omniture

Ekspo Industri Data Raya Antarabangsa China 2022 bermula dalam talian

The China International Big Data Industry Expo 2022 Organizing Committee
2022-05-30 12:18 139

GUIYANG, China, 30 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Pada 26 Mei, Ekspo Industri Data Raya Antarabangsa China 2022 berlangsung secara dalam talian, menerusi upacara perasmian diadakan di Guiyang, ibu kota wilayah Guizhou, China.

Sebilangan besar tokoh terkenal di peringkat kebangsaan dan antarabangsa termasuk negarawan, usahawan dan ilmuwan menghadiri upacara perasmian tersebut dan menyampaikan ucapan.

Di bawah tema tahunan "merebut peluang digital baharu dan menikmati nilai digital", ekspo tahun ini mengikuti secara rapat trend ekonomi digital bagi meninjau peluang baharu untuk revolusi teknologi digital dan transformasi industri.

Semasa sesi satu-hari, para tetamu membincangkan topik-topik berpengaruh seperti metaverse, keselamatan data dan Internet perindustrian. Di samping itu, ekspo ini memberi tumpuan kepada penyepaduan mendalam antara data raya dengan ekonomi sebenar, tadbir urus sosial, sara hidup rakyat dan penggiatan semula luar bandar. Penggunaan data untuk mentransformasikan industri-industri tradisional secara rantaian penuh turut terlibat.

Selain daripada lapan forum, Pelancaran Ekspo Data Raya (Big Data Expo Release) yang bertujuan untuk memaparkan pencapaian cemerlang data raya dalam industri, pertanian dan pelancongan turut menggamit perhatian. Semasa pelancaran, 55 daripada 437 pencapaian saintifik dan teknologi dianugerahkan Anugerah Pencapaian Teknologi Utama Ekspo Data Raya termasuk 24 produk baharu, 26 teknologi baharu dan lima model perniagaan.

Bagi mencipta platform yang interaktif dan membawa pengalaman imersif, ekspo ini mengambil manfaat daripada kaedah komunikasi yang baharu. Umpamanya, ekspo ini menggunakan perkhidmatan persidangan pintar, makhluk maya dan teknologi transmisi kependaman rendah.

Ekspo tahun ini dianjurkan secara bersama oleh Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara, Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat, Pentadbiran Ruang Siber China dan kerajaan rakyat Wilayah Guizhou.

Berdasarkan kepada kedudukan strategik Guizhou, Ekspo Industri Data Raya Antarabangsa China 2022 menekankan inovasi dalam transformasi pencapaian teknologi dengan harapan untuk meneroka pengalaman terhadap penaiktarafan industri dan pembinaan China digital.

Bahkan, Guizhou mempercepatkan pembinaan zon perintis komprehensif peringkat kebangsaan yang pertama negara ini untuk data raya dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Kadar pertumbuhan wilayahnya bagi ekonomi digital menduduki tempat pertama di negara ini selama 6 tahun berturut-turut.

Sebagai ekspo peringkat kebangsaan yang pertama di dunia dengan tema data raya, Ekspo Industri Data Raya Antarabangsa China telah diadakan untuk tujuh sesi berturut-turut sejak tahun 2015. Ia telah mencipta platform bertaraf dunia untuk mempamerkan pencapaian terkini, bertukar-tukar idea dan menggalakkan kerjasama dalam industri yang berkaitan.

 

Source: The China International Big Data Industry Expo 2022 Organizing Committee
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Trade show news