omniture

Makmal e-basikal ADO diperakui sebagai "Makmal QTL" oleh SGS

ADO EBIKE
2022-05-30 18:13 177

HUIZHOU, China, 30 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Pada 27 Mei, makmal e-basikal A DECE OASIS(ADO) meluluskan kelayakan SGS organisasi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai pensijilan "makmal QTL"! Ini sememangnya satu pencapaian perintis dan ia merupakan lembaran yang baharu untuk ADO sejurus selepas majlis ulang tahun pertamanya.

 


Makmal berkenaan berkeluasan kira-kira 3,300 meter persegi dan terletak di bahagian selatan Huizhou dengan jumlah pelaburan mencecah 15 juta RMB. ADO Laboratory komited untuk mengkaji teknologi baharu bagi membina basikal elektrik yang lebih baik, selain menginkubasi produk inovatif yang utama. Walau bagaimanapun, teknologi ujian termaju SGS pastinya mendapat manfaat dalam menaik taraf kualiti produk, meningkatkan keupayaan penyelidikan produk dan keupayaan inovasi teknologi dalam industri basikal elektrik.

Pensijilan ini merupakan penanda aras yang diiktiraf untuk kualiti dan integriti. Ia menyediakan ujian yang komprehensif selaras dengan standard EU, Kanada dan standard lain serta mengeluarkan laporan ujian berwibawa yang diiktiraf secara meluas. Ia merupakan satu-satunya jenama terkemuka yang ditentukan oleh ramai notari.

Produk siri DECE ADO telah lulus pensijilan CE SGS. Namun begitu, makmal ADO telahpun memenuhi keperluan kemudahan SGS dan mempunyai banyak instrumen ujian canggih yang dapat mengendalikan item ujian seperti sokongan yang komprehensif untuk ujian produk baharu, ujian komponen, penilaian keselamatan sistem elektrik dan ujian kelesuan mekanikal. Ia akan meliputi ujian fungsian produk, mekanikal, bahan, sifat-sifat kekuatan dan sebagainya.

Setakat hari ini, ADO mempunyai lebih daripada 16 paten dan 6 hak cipta perisian dan membangunkan sistem kawalan dwi-mod ADO G-Drive, mewujudkan kelebihan kompetitif yang dibezakan dalam prestasi produk. Kini, dengan sokongan SGS, pensijilan CE dan pensijilan makmal QTL, ia bermaksud ADO mempunyai kelebihan utama antarabangsa dari segi kualiti produk dan spesifikasi.

"Kami berharap agar ADO akan menjadi pilihan pedelec (kayuhan pedal elektrik) terbaik untuk perjalanan singkat harian buat semua orang," bagi menyediakan yang terbaik untuk perjalanan ulang-alik harian mereka, bagi memberi pengalaman berulang-alik yang selamat dan andal kepada pengguna; pengguna kami akan menjadi lebih gembira dalam kehidupan, bagi mencapai lebih banyak peluang kehidupan. Inilah kepercayaan pengasas ADO, En. Sen.

ADO sentiasa mengutamakan pengguna, menekankan kualiti produk dan perkhidmatan serta komited untuk membina komuniti e-basikal dengan penuh kasih sayang dan mencapai pertumbuhan. Dengan matlamat strategik untuk membina jenama inovasi teknologi bertaraf global dalam industri vertikal pedelec, impian telah menjadi kenyataan dan menjadi jenama global yang boleh dipercayai dari China sebagai "Crescent Moon Spring" ("Musim Bunga Bulan Sabit").

www.adoebike.com

Facebook: https://www.facebook.com/Adoebike

HUBUNGI: Amy Wang, marketing@adoebike.com

Source: ADO EBIKE
Keywords: Auto Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Transportation