omniture

Vantage lancar berdagang emas tanpa swap untuk tempoh terhad

Vantage
2022-05-30 19:09 43

SINGAPURA, 30 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Vantage, broker berbilang aset antarabangsa, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ia akan membenarkan dagangan XAUUSD emas tanpa-swap untuk semua pelanggan.

Vantage melancarkan dagangan emas tanpa swap untuk masa yang terhad
Vantage melancarkan dagangan emas tanpa swap untuk masa yang terhad

 

Bermula sekarang hingga akhir Julai, dagangan XAUUSD emas tidak akan dikenakan bayaran semalaman.

Peningkatan ciri produk ini telah dirancang untuk memberi kemudahan yang lebih besar kepada pedagang XAUUSD emas yang melaksanakan strategi dagangan dengan baik pada jangka masa panjang mahupun jangka masa pendek, di tengah-tengah ketidaktentuan pasaran semasa. Butiran tentang perkembangan baharu ini boleh ditemui di sini.

Dagangan emas tanpa swap dibuka kepada semua pedagang XAUUSD, merentas semua akaun dagangan, tanpa mengira saiz dagangan hingga 31 Julai 2022. Ia juga dibuka untuk pelanggan yang berdagang di Vantage App.

"Pelanggan kami sentiasa menjadi keutamaan dalam keputusan perniagaan kami dan peningkatan produk baharu ini dirancang untuk memberi faedah kepada pedagang emas yang mencari piihan dagangan berkos rendah," kata Marc Despallieres. Ketua Pegawai Strategi & Perdagangan di Vantage.

Despallieres menyatakan bahawa perdagangan tanpa swap bukanlah ciri baharu, namun biasanya terhad kepada pemegang akaun tanpa swap. "Memandangkan dolar AS terus kukuh, kami ingin menyokong pedagang yang tetap yakin terhadap emas atau mencari peluang perdagangan jangka masa pendek di tengah-tengah ketidaktentuan ini."

"Perdagangan emas tanpa swap melengkapkan penawaran sedia ada di Vantage termasuk melibatkan spread rendah, kecairan tinggi serta perdagangan pelaksanaan yang pantas dan kami yakin pedagang kami akan berupaya mendapat manfaat daripada perkembangan terkini ini."

Latar Belakang Vantage

Vantage ialah broker berbilang aset bertaraf global yang menawarkan pelanggan dengan akses kepada perkhidmatan yang pantas dan hebat untuk memperdagangkan CFD pada tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks dan Saham.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih daripada 10 tahun, kini Vantage mempunyai lebih 1,000 pekerja/kakitangan merentas lebih daripada 30 pejabat global.

Vantage adalah lebih daripada sekadar broker. Ia menyediakan ekosistem perdagangan yang dipercayai dan platform perdagangan yang lebih pantas dan lebih ringkas yang membolehkan pelanggan memanfaatkan peluang perdagangan.

Diperkasakan untuk berdagang melalui peluang pasaran apabila anda

berdagang dengan lebih pintar @vantage.

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service New products/services Future Events