omniture

Kilang Pintar Teway Food Terajui Pembuatan Perencah Kompaun hinggalah Pembangunan Kualiti

Sichuan Teway Food Group Co., Ltd
2022-05-31 09:05 104

CHENGDU, China, 31 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Kilang pintar pertama Sichuan Teway Food Group Co., Ltd ("Teway Food", SHE: 603317), pengeluar perencah kompaun utama Cina, telahpun beroperasi secara rasmi baru-baru ini di Taman Perindustrian Hidangan Sichuan di Chengdu, China.

Teway Food memanfaatkan pendekatan reka bentuk barisan pengeluaran yang inovatif dalam industri ini dengan menggunakan teknologi rentas industri dan rentas senario yang bertujuan untuk menangani cabaran tenaga manusia dalam pengeluaran makanan tradisional. Kapasiti pengeluaran barisan tunggalnya meningkat lebih dua kali ganda dengan kecekapan per kapita meningkat sebanyak lebih daripada enam kali ganda, manakala kos pembuatan berterusan menurun sebanyak hampir 40 peratus.

"Teway Food menyambut era Industri 4.0 dan pembuatan pintar akan memimpin trend pasaran. Kilang pintar ini menonjolkan pencapaian penting dalam transformasi digital kami, laluan yang telah kami ikuti sejak tahun 2019," kata Zhiyong Yu, Naib Presiden Teway Food. "Informatisasi dan industrialisasi merupakan komponen-komponen asas dalam strategi keseluruhan syarikat ini untuk mengalami transformasi daripada pengeluar makanan tradisional kepada penyedia makanan moden. Pelaburan oleh syarikat ini dalam tapak pengeluaran pintar di Pidu dan Shuangliu di Chengdu memperkasa transformasi ini dan akan menggalakkan pembangunan mampan untuk syarikat ini."

Diperkasa oleh platform digitalnya, kilang pintar Teway Food menggunakan sistem pembuatan dan pengurusan automatik digital serta pintar dengan banyak teknologi yang digunakan buat kali pertama dalam industri ini termasuk set robot yang lengkap untuk menjalankan pengelompokan automatik, pengangkutan dan pencampuran bahan, periuk tindak balas yang dapat menggoreng bahan-bahan secara automatik, sistem pembersihan automatik cucian setempat, sistem pergudangan pintar serta aplikasi sistem penghantaran udara berskala besar.

Automasi pintar sedemikian membolehkan kawalan bahan mentah yang tepat mengikut prosedur pengeluaran yang diseragamkan, bagi menjamin kualiti dan rasa produk. Ia juga mengupayakan aliran maklumat telus yang menjadikan setiap langkah dalam proses pengeluaran boleh dikesan, lalu menjamin selanjutnya keselamatan makanan. Kilang pintar tersebut turut melancarkan mekanisme pemantauan dan analisis kualiti produk yang lebih tepat yang akan membantu syarikat ini membuat keputusan tentang penaiktarafan produk serta pembangunan produk baharu.

Latar Belakang Teway Food 

Teway Food ialah pengeluar makanan terkemuka berpangkalan di China yang memfokuskan kepada perencah kompaun yang mengkhusus dalam perasa untuk hidangan periuk panas dan masakan Cina, dengan produk-produknya diedarkan ke lebih 30 negara termasuk China, Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada dan Australia.

Untuk maklumat lanjut tentang Teway Food, sila kunjungi Facebook.

Maklumat Perhubungan Perniagaan

Rachel Luo
+86 136 6622 9775
luoxin@teway.cn

Source: Sichuan Teway Food Group Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:603317
Keywords: Food/Beverages