omniture

FiberHome Bantu Filipina Pasang Rangkaian Kabel Marin

FiberHome
2022-05-31 09:26 71

MANILA, Filipina, 31 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Pada 26 Mei 2022, kapal Fenghua 21, dimiliki oleh FiberHome Marine Network Equipment Co., Ltd., telah menyelesaikan pendaratan kabel dengan jayanya di bahagian utara Pulau Siargao. Penyempurnaan pendaratan kabel tersebut menandakan bahawa FiberHome telah menyampaikan sepenuhnya tiga segmen fasa II bagi PLDT DSCPA2 yang memiliki panjang keseluruhan 230 km.

Pada 26 Mei, pasukan projek FiberHome mengadakan sebuah majlis besar-besaran dengan pihak pengurusan peringkat tinggi PLDT dan Gabenor-gabenor Siargao di tapak pendaratan Rizal. Pelanggan daripada PLDT menyampaikan ucapan di majlis tersebut, mereka mengesahkan usaha yang telah dilakukan oleh rakan kongsi FiberHome dalam projek ini. PLDT memberi pujian tinggi kepada perkhidmatan berkualiti tinggi dan cekap yang disediakan. Gabenor-gabenor Siargao merakamkan jutaan terima kasih kepada PLDT dan FiberHome atas pembinaan rangkaian telekomunikasi di kawasan Siargao. Projek berkenaan akan meningkatkan komunikasi digital di kawasan setempat dan meningkatkan peluang pekerjaan serta pembangunan ekonomi di kawasan berkenaan dengan ketara. Selepas majlis tersebut, wakil-wakil PLDT menaiki kapal tersebut untuk melawat.

Pemimpin-pemimpin daripada PLDT & Smart melawat Kapal Peletak Utama FiberHome "FENGHUA 21"
Pemimpin-pemimpin daripada PLDT & Smart melawat Kapal Peletak Utama FiberHome "FENGHUA 21"

Seluruh DSCPA2 merupakan projek siap guna penuh EPC yang mana laluannya meliputi kebanyakan kawasan di semua pulau di Filipina. Seluruh jaringan laluan tersebut mengandungi sekitar 20 segmen yang menghubungkan lebih daripada 10 pulau dan 30 titik pendaratan.

Dengan bergantung kepada keupayaan FiberHome Group dalam seluruh rantaian industri komunikasi optik, FiberHome Marine telah menjadi pembekal sistem rangkaian marin dan kontraktor penyepadu am dengan hak harta intelek bebas yang menyepadukan penyelidikan dan pembangunan (R&D), reka bentuk dan kapasiti pengeluaran rangkaian penuh peralatan penghantaran hujung pantai, peralatan sistem bawah air, kabel optik dasar laut dan peranti teras. FiberHome Marine dapat menyediakan tujuh perkhidmatan utama termasuk reka bentuk simulasi, kajian atas meja, tinjauan marin, pengendalian lesen, pembekalan produk, pemasangan dan pembinaan, penyelenggaraan dan sokongan.

Fenghua 21 ialah kapal peletak kabel pertama yang telah dapat digunakan dalam pembinaan projek sistem komunikasi kabel optik marin di wilayah Guangdong, China. Kapal ini mempunyai hampir 7000 tan draf air dan menggunakan peralatan profesional serta perisian seperti sistem penentududukan dinamik DP2 yang canggih, kren Kerangka-A pertama domestik, bajak tertanam dasar laut, mesin peletak kabel linear dwi saluran dan sistem perisian Makailay. Menerusi peralatan dan bantuan sistem berkenaan, Fenghua 21 dapat melakukan peletakan yang berketepatan tinggi secara bebas untuk kerja-kerja kabel optik marin di air yang dalam.

Dengan penyerahan yang lancar dalam projek DSCPA 2, FiberHome Marine akan terus melangkah ke arah perjalanan yang seterusnya, memperkukuh kerjasama yang saling menguntungkan dengan rantaian nilai industri global serta mula belayar untuk pembinaan rangkaian marin global.

Source: FiberHome
Keywords: Computer/Electronics Maritime/Shipbuilding Transportation