omniture

Kajian Dapati Cabaran Utama yang Dihadapi oleh Wartawan Termasuk Memerangi Berita Palsu, Memfailkan Cerita pada Kadar Lebih Pantas dan Menarik Khalayak Baharu

Cision Ltd
2022-05-31 12:18 193
  • Laporan 2022 State of the Media Cision menekankan keperluan terhadap hubungan yang efektif dan cekap antara media dan perhubungan awam
  • Sebahagian besar wartawan (91%) berkata hanya kira-kira separuh daripada pic yang diterima oleh mereka adalah relevan 

HONG KONG, 31 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Biarpun akses kepada kewartawanan yang berkualiti tinggi dan pelaporan yang boleh dipercayai menjadi semakin tersebar luas, peranan media menjadi semakin mencabar memandangkan mereka menghadapi tekanan yang semakin bertambah untuk meningkatkan output, menghasilkan kandungan menarik yang menonjol dalam kitaran berita 24-jam serta mendorong penglibatan.

Cision, platform komunikasi komprehensif yang membantu golongan profesional perhubungan awam dan pemasaran di seluruh dunia memahami, mempengaruhi dan menguatkan cerita mereka, mengeluarkan laporan State of the Media tahunannya dengan respons daripada lebih 3,800 wartawan daripada 17 pasaran global untuk memahami cabaran utama yang dihadapi dalam pasaran yang berkembang dengan pesat dan bagaimana perhubungan awam dapat menyokong pelaporan yang berkualiti tinggi dan boleh dipercayai.

Menurut laporan tersebut, cabaran terbesar para wartawan adalah mengekalkan kredibiliti sebagai sumber berita yang dipercayai (32%) dan memerangi tuduhan "berita palsu". Bagi cabaran kedua terbesar pula, para wartawan memetik impak kakitangan yang lebih kecil dan sumber yang sedikit yang diberikan ke atas beban kerja mereka. Bahkan, tiga dalam sepuluh wartawan (29%) memfailkan 10 atau lebih cerita setiap minggu.

Halangan Terbesar Wartawan daripada Laporan State of the Media 2022 Cision
Halangan Terbesar Wartawan daripada Laporan State of the Media 2022 Cision

"Ia bukan lagi tugas wartawan untuk sekadar menyampaikan berita dan ia membuka peluang kepada komunikator profesional untuk menjalin kerjasama dengan jayanya bersama media bagi memastikan cerita disampaikan dengan cara yang pantas, berkesan dan relevan," kata Nicole Gulliot, Ketua Pegawai Operasi Cision dan Presiden PR Newswire. 

Apa yang Dimahukan oleh Wartawan daripada Golongan Profesional PR: 

Apabila melibatkan sumber yang paling bermanfaat kepada wartawan untuk menghasilkan cerita atau idea cerita, lebih daripada satu pertiga wartawan (37%) memetik siaran akhbar, menjadikannya jawapan teratas. Lebih daripada tiga perempat (76%) ingin menerima siaran akhbar daripada jenama-jenama dan golongan profesional PR melalui sebarang jenis kandungan yang lain. Trend dan data pasaran tersenarai di tempat kedua (63%) dan hampir separuh (49%) menginginkan jemputan acara.

"Siaran akhbar masih menjadi sumber terbaik dan merupakan kaedah pilihan untuk menyampaikan berita kepada media dengan cara yang sah, teliti dan segera," kata Gulliot.

Bagi menjalin hubungan yang lebih kukuh bersama wartawan, golongan profesional PR perlu peka akan hal yang berikut:

  • Maklumat yang tepat dan bersumber: Hampir dua pertiga (60%) mendapati adalah tidak boleh dimaafkan untuk menyediakan sesuatu yang kurang berkualiti, memandangkan terdapat kritikan yang tinggi terhadap kredibiliti dan kepercayaan khayalak.
  • Menepati tarikh akhir: Jika mereka merasakan bahawa golongan profesional PR tidak menghormati masa mereka, sebahagian besar wartawan (22%) berkata mereka tidak akan meluangkan masa mereka kepada golongan profesional PR berkenaan.
  • Hentikan spam: Sebahagian besar wartawan (74%) tidak akan bertolak ansur apabila "dihantar spam dengan pic yang tidak relevan," merupakan satu lagi alasan bagi memastikan pic menyasarkan media yang tepat. Bahkan, hanya 9% wartawan berkata kebanyakan pic yang diterima oleh mereka adalah relevan.
  • Merangkumkan multimedia: imej, video dan infografik: 22% wartawan berkata publisis boleh menjadikan tugas mereka lebih mudah dengan menyediakan kandungan tersebut dalam pic mereka dan siaran akhbar. Lebih daripada separuh (54%) berkata mereka lebih cenderung untuk membuat liputan tentang suatu cerita sekiranya pic tersebut merangkumkan multimedia di hadapan.

"Apabila melibatkan hubungan antara golongan profesional industri komunikasi dan wartawan, kesemuanya berkenaan dengan meringankan beban untuk media," kata Guillot. "Ia bermula dengan mengenali wartawan yang tepat untuk diajak berbicara, menjalin kerjasama yang berasaskan kepada kepercayaan dan memahami khalayak yang ingin didekati oleh anda berdua bersama-sama."

Untuk pandangan lebih lanjut, muat turun 2022 State of the Media Report: Insights PR Pros Need to Win Over Journalists Cision

Laporan State of the Media 2022 Cision
Laporan State of the Media 2022 Cision

Metodologi Laporan 

Cision menjalankan tinjauan 2022 State of the Media sepanjang bulan Januari dan Februari 2022. Tinjauan diemelkan kepada ahli-ahli Cision Media Database yang disemak oleh pasukan kajian media syarikat untuk menentusahkan kedudukan mereka sebagai ahli profesional media, individu berpengaruh dan penulis blog. Kami turut menyoal selidik ahli-ahli daripada pangkalan data HARO (Help a Reporter Out) kami dan menyediakan tinjauan tersebut kepada ahli profesional media dalam pangkalan data PR Newswire for Journalists.

Tinjauan tahun ini mengumpul respons daripada 3,890 responden dalam 17 pasaran di seluruh dunia: A.S., Kanada, UK, Perancis, Jerman, Finland, Sweden, Itali, Sepanyol, Portugal, China, Australia, Singapura, Malaysia, Indonesia, Taiwan dan Hong Kong. 

Bahasa tinjauan tersebut diterjemahkan dan disetempatkan untuk setiap pasaran dan kemudian keputusan diselaraskan bersama-sama untuk menghasilkan laporan global ini.

Latar Belakang Cision 

Cision ialah platform komunikasi komprehensif yang membolehkan lebih daripada 100,000 ahli profesional perhubungan awam dan pemasaran di seluruh dunia memahami, mempengaruhi dan menguatkan cerita mereka. Sebagai peneraju pasaran, Cision membolehkan golongan profesional komunikasi generasi akan datang beroperasi secara strategik dalam landskap media moden yang mana kejayaan syarikat dipengaruhi secara langsung oleh pendapat umum. Cision mempunyai pejabat di 24 negara merentas benua Amerika, EMEA dan APAC serta menawarkan rangkaian penyelesaian yang terbaik dalam kelas termasuk PR Newswire, MultiVu, Brandwatch, Cision Communications Cloud® dan Cision Insights. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi www.cision.com dan ikuti @Cision di Twitter. 

 

 

Source: Cision Ltd
Keywords: Advertising Computer/Electronics Publishing/Information Service Survey, Polls & Research Data Analytics