omniture

Huawei Sampaikan Anugerah Terunggul kepada Rakan Kongsi Rantau ASEAN JJ-LAPP dan Perkukuh Perkongsian

Huawei
2022-06-01 04:26 179

SINGAPURA, 1 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Acara-acara pada minggu lalu telah menunjukkan lonjakan yang besar dalam kemunculan semula Huawei APAC dan ASEAN Foundation daripada pandemik, lantaran kedua-duanya berupaya mengadakan Kongres Inovasi Digital Huawei APAC 2022 pada 19 Mei lalu dan seterusnya Sidang Kemuncak Rakan Kongsi Singapura pada 20 Mei.

Sidang Kemuncak Rakan Kongsi Kuasa Digital Huawei APAC - sebuah acara unggulan tahunan yang menghimpunkan rakan-rakan kongsi penting - menyaksikan ramai penceramah dan ahli panel terkenal memupuk dialog berkisarkan tema "Mendigitalkan, Mentransformasikan Masa Kini" dan memberi pencerahan tentang keperluan yang semakin meningkat untuk mendorong pertumbuhan yang inklusif serta mampan melalui inovasi digital.

Sidang kemuncak berkenaan melabuhkan tirai dengan majlis makan malam rasmi dan acara penyampaian anugerah yang mana JJ-LAPP, usaha sama antara Jebsen & Jessen dan LAPP Holding Asia, menerima pelbagai anugerah terhormat.


Pertama, JJ-LAPP menerima 'Future Star Award' ('Anugerah Bintang Masa Depan') Huawei. Perjalanan menuju pencapaian ini bermula pada tahun 2020 apabila Huawei dan JJ-LAPP mula bekerjasama. Kemudian, kedua-duanya berkembang menjadi Rakan Kongsi Bernilai Tambah diperakui Huawei di Singapura dan Indonesia pada April 2021, melanjutkan seterusnya perjanjian mereka pada Januari 2022 dan Pengerusi Jebsen & Jessen Group, Heinrich Jessen menandatangani Memorandum Persefahaman mereka yang terkini untuk mengukuhkan JJ-LAPP sebagai Rakan Kongsi Rantau ASEAN Huawei. Future Star Award meraikan khususnya hakikat bahawa dalam tempoh kurang daripada setahun, JJ-LAPP (Malaysia, Indonesia dan Singapura) telah berjaya mendapat pesanan 60MW melalui pasukan yang komited yang mementingkan pelanggan. Tambahan pula, sebagai sebuah syarikat neutral-karbon selama lebih daripada 10 tahun lamanya, JJ-LAPP menggalas komitmen yang lebih besar untuk membina persekitaran yang lestari demi generasi masa depan. Future Star Award dikurniakan kepada: En. Chang Chee Keong, Pengurus Besar, JJ-LAPP Malaysia; En. Torben Christensen, Pengarah Presiden, JJ-LAPP Indonesia; dan Cik Hanis Koh, Pengurus Besar, JJ-LAPP Singapura.

Kedua, En. Torben Christensen turut menerima 'Business Innovation Award' ('Anugerah Inovasi Perniagaan'), 'Excellent Marketing Award' ('Anugerah Pemasaran Cemerlang') dan 'Excellent Case Study Sharing Awards' ('Anugerah Perkongsian Kajian Kes Cemerlang').

Ketiga, 'Top Seller Awards' ('Anugerah Penjual Terbaik') individu Huawei diterima oleh: En. Syarief Dananjaya, Jurutera Kanan Jualan, JJ-LAPP Indonesia; Cik Siow Fei Jean, Ketua Segmen - Tenaga Boleh Diperbaharui, JJ-LAPP Malaysia; dan En. Lo Ting Kai, Pengurus Jualan, JJ-LAPP Singapura.

Keempat, 'Instructor Gold Award' ('Anugerah Emas Pengajar') disampaikan kepada En. Raja Hotmarasi, Pengurus Sokongan Teknikal & Kejuruteraan, JJ-LAPP Indonesia dan Cik Bethel Sanga, Pengurus Segmen untuk Tenaga Boleh Diperbaharui, JJ-LAPP Filipina.

Akhir sekali, En. Syarief Dananjaya turut menerima 'Partner Competition-Solution Award' ('Anugerah Penyelesaian-Pertandingan Rakan Kongsi'), bersama-sama En. Falikh Fisal, Jurutera Sokongan Teknikal, JJ-LAPP Malaysia dan En. Wildan Soefian, Jurutera Perkhidmatan, JJ-LAPP Indonesia.

"Pasukan JJ-LAPP layak menerima penghargaan yang luar biasa atas penerimaan sejumlah besar anugerah daripada Huawei hari ini. Kami menghargai perkongsian bersama Huawei ini dan berterima kasih atas tindak balas mereka yang berdedikasi dan tumpuan yang didorong oleh penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang luar biasa. Produk inovatif dan pendekatan sokongan Huawei, digandingkan dengan liputan pasaran serantau yang unik oleh JJ-LAPP dan dorongan keusahawanan yang bersungguh-sungguh, mewujudkan kekuatan gabungan yang disegani. Penyongsang dan sistem storan tenaga Huawei melengkapkan kabel solar, panel solar dan struktur pemasangan panel kami. Pakej gabungan ini mewujudkan cadangan nilai yang menarik untuk pelanggan kami. Perjanjian Rakan Kongsi Serantau baharu, yang kami tandatangani hari ini, meningkatkan perkongsian kami yang telahpun membuahkan hasil," kata Heinrich Jessen, Pengerusi Jebsen & Jessen Group.

Tenaga solar telah menjadi tonggak penting dalam peralihan tenaga global dan menjadi sumber tenaga pilihan ekoran kemajuan pesat dalam penyelesaian berteknologi tinggi yang telah meningkatkan secara drastik kebolehcapaian, kebolehsuaian, penentuan harga yang kompetitif, kelestarian dan output produktivitinya. Perkongsian yang berkembang pesat antara Huawei International Pte. Ltd. dan JJ-LAPP ini mencerminkan matlamat bersama mereka untuk memenuhi permintaan tenaga yang berubah-ubah di rantau ini melalui pengilangan solar dan penggunaan teknologi Fotovolta (PV) Solar.

Source: Huawei
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Telecommunications Utilities Awards Trade show news