omniture

XCMG Anjur Festival Pelanggan Antarabangsa Keempat, Tonjolkan Teknologi Pintar dan Tanpa Pemandu, Tenaga Baharu dan Produk Elektrik

XCMG
2022-06-01 06:47 111

XUZHOU, China, 1 Jun 2022 /PRNewswire/ -- XCMG (SHE:000425) telah menganjurkan Festival Pelanggan Antarabangsa ("Festival") keempatnya bermula dari 20 Mei secara dalam talian, dengan 16 sesi dalam talian dan tempat luar talian merentas lima benua disiarkan secara langsung secara global dan berinteraksi dengan sesi utama yang bertempat di Xuzhou, China, berlangsung selama 10 hari hingga 30 Mei.

XCMG Anjur Festival Pelanggan Antarabangsa Keempat, Tonjolkan Teknologi Pintar dan Tanpa Pemandu, Tenaga Baharu dan Produk Elektrik.
XCMG Anjur Festival Pelanggan Antarabangsa Keempat, Tonjolkan Teknologi Pintar dan Tanpa Pemandu, Tenaga Baharu dan Produk Elektrik.

Melalui lensa yang mengatasi batasan masa dan ruang, XCMG memperkenalkan teknologi pintarnya yang terkini dan teknologi kawalan tanpa pemandu kepada syarikat-syarikat sewa peralatan permbinaan, pemaju dan kontraktor untuk lombong serta prasarana, selain menegaskan komitmennya terhadap pembangunan rendah karbon, hijau bagi tenaga baharu dan produk elektrik. Di Festival berkenaan, XCMG memeterai perkongsian strategik global dengan Shell untuk bekerjasama secara strategik dalam menggalakkan pembangunan yang berkualiti tinggi.

"Tahun 2022 merupakan ulang tahun ke-17 jalinan kerjasama antara OCR dan XCMG dan kami menyaksikan bagaimana XCMG menjadi jenama terkemuka dengan pengaruh yang luas di Thailand. Kami menjemput kakitangan veteran yang telah bersama syarikat ini selama 17 tahun untuk menyertai Festival ini, selain menonjolkan peralatan XCMG pertama yang telah menjalankan fungsinya selama 17 tahun," kata Sirapop Tantitham, Pengurus Besar O.C.R. Company Limited. "Kami mengetengahkan tiga kategori produk sebagai hos sesi cawangan di Thailand, termasuk jentera angkut elektrik yang mencetuskan kegemparan dalam industri jentera pembinaan Thailand, menyaksikan produk elektrik XCMG dilaporkan oleh pelbagai media di Thailand."

Hanson Liu, naib presiden XCMG dan pengurus besar XCMG Import & Export, menyatakan bahawa eksport XCMG telah mengekalkan kadar pertumbuhan yang tinggi dengan peta pasaran eksport 187 negara dan wilayah, dalam suku pertama, eksport industri jentera pembinaan China meningkat sebanyak 48 peratus berbanding tahun sebelumnya manakala eksport XCMG meningkat sebanyak 143 peratus berbanding tahun sebelumnya.

"Jumlah eksport kren, mesin pengorek, jentera angkut dan jentera jalan raya telah menjadi peneraju dalam seluruh industri ini dengan pertumbuhan bahagian pasaran yang berterusan, bahagian pasaran eksport keseluruhan XCMG meningkat sebanyak 9 peratus berbanding tahun sebelumnya," kata Liu. "Kami turut menyaksikan perubahan dalam trend eksport, dengan pertumbuhan yang signifikan dalam pasaran berkualiti tinggi di Eropah, Amerika Utara dan Australia. Dalam suku pertama, jumlah jualan produk yang dieksport ke Eropah meningkat sebanyak lebih 100 peratus."

"Kami menganjurkan Festival Pelanggan Antarabangsa XCMG buat kali pertama di Jerman dan mempamerkan lebih 200 produk daripada 35 barisan yang meliputi empat kategori termasuk mesin pengorek, platform kerja udara, penggelek jalan dan banyak lagi, antaranya, mesin pengorek kecil daripada XCMG kini merupakan jenama Cina yang paling popular di Eropah dan model terkenal bagi promosi kami di Festival ini," kata Xuan Du, Timbalan Pengurus Besar XCMG European Sales and Services GmbH.

Festival tahunan memantapkan lagi strategi pembangunan antarabangsa XCMG. Negara-negara yang terbesar di dunia memperkenalkan dasar rangsangan untuk infrastruktur dalam tempoh pasca-pandemik dan permintaan terhadap jentera pembinaan adalah tinggi.

Di samping itu, peralihan dan transformasi tenaga telah meningkatkan permintaan terhadap komoditi tenaga hijau seperti kuprum, kobalt dan litium yang telah merangsang operasi perlombongan di seluruh dunia. XCMG, sebagai penyedia penyelesaian perlombongan terkemuka yang berupaya untuk menawarkan set peralatan perlombongan bersepadu, turut menerima peluang pasaran yang lebih besar.

"XCMG akan memenuhi harapan dan berjuang bersama-sama rakan kongsi global kami untuk memajukan strategi digital, hijau dan antarabangsa kami, menyumbang kepda dunia dengan pembangunan berkualiti tinggi yang lebih dinamik dan XCMG yang berdaya saing secara global," kata Wang Min, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif XCMG.

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Keywords: Auto Banking/Financial Service Machinery Mining Mining/Metals Transportation