Pelanggan boleh menerima pulangan tunai sehingga RM1,000 dan berpeluang memenangi iPhone 13 Pro Max
KUALA LUMPUR, Malaysia, 1 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Sempena sambutan Hari Kesedaran Insurans (28 Jun), Gibraltar BSN telah melancarkan kempen pelanggan Syioking June untuk tahun kedua dengan harapan dapat menggalakkan rakyat Malaysia meningkatkan perlindungan mereka dan memenangi hadiah menarik.
Kempen Syioking June, Pelanggan Gibraltar BSN boleh menerima pulangan tunai sehingga RM1,000 dan berpeluang memenangi iPhone 13 Pro Max
Ketua Pegawai Eksekutif Gibraltar BSN Lee Kok Wah berkata, "Kempen Syioking June kami pada tahun lepas telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. Kami menerima maklum balas daripada pelanggan kami bahawa kempen ini telah mendorong mereka untuk menilai semula tahap perlindungan mereka, dan kami berbesar hati kerana kempen kami telah memangkinkan perubahan positif. Dengan menyediakan ganjaran yang lebih besar dan lebih menarik tahun ini, kami berharap kempen ini akan mendorong lebih ramai rakyat Malaysia untuk mengambil langkah penting bagi memastikan liputan mereka memenuhi keperluan mereka."
Kempen Syioking June direka khusus untuk memacu tindakan yang akan mengukuhkan perlindungan pelanggan. Sepanjang tempoh kempen (1-30 Jun 2022), pelanggan baru dan pelanggan sedia ada boleh menerima pulangan tunai sehingga RM1,000 apabila mereka membeli polisi baru.
Pelanggan juga boleh menerima penyertaan cabutan bertuah dan berpeluang memenangi iPhone 13 Pro Max, dan hadiah "syiok" lain bernilai RM80,000 apabila mereka melakukan mana-mana tindakan berikut:
Pelanggan yang melakukan mana-mana tindakan yang tersenarai di atas akan menerima penyertaan untuk Cabutan Bertuah. Untuk menggalakkan penglibatan digital, pelanggan juga akan menerima tiket tambahan jika mereka melakukan tindakan melalui Live Chat di laman web Gibraltar BSN. Meskipun tiada had bilangan penyertaan, setiap pemenang hanya boleh memenangi satu hadiah.
Kok Wah menghuraikan lanjut, "Sempena sambutan Hari Kesedaran Insurans, kami menyeru rakyat Malaysia untuk menyertai dan menyemak semula insurans hayat mereka secara berkala sebagai salah satu daripada perancangan kewangan mereka kerana kehidupan ini penuh dengan liku-liku yang tidak dapat dijangka. Dengan memastikan polisi anda berkembang seiring dengan keperluan semasa anda, anda dapat menjamin masa depan kewangan keluarga anda dengan polisi insurans hayat. Apabila keluarga dan kerjaya anda berkembang, begitu juga perlindungan anda."
Untuk maklumat lanjut mengenai cara untuk menyertai Syioking June, sila layari www.gibraltarbsn.com/syiok atau ikuti akaun media sosial rasmi Gibraltar BSN di Facebook dan Instagram.