omniture

Constellar bersiap sedia untuk siri acara dinamik bermula daripada Teknologi Kewangan dan Makanan kepada Teknologi Pertanian, Industri 4.0 dan Kesejahteraan

Constellar
2022-06-01 14:00 228

SINGAPURA, 1 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Constellar teruja untuk mengalu-alukan komunitinya secara peribadi sekali lagi menerusi barisan acara yang pelbagai dalam separuh kedua tahun 2022. Sebagai pengurus tempat untuk Singapore EXPO yang memenangi anugerah dan rakan kongsi pilihan Asia untuk penganjuran dan pengurusan acara, pencapaian terkini oleh Constellar di 2022 Singapore Tourism Awards telah meningkatkan komitmen pasukan ini untuk terus meninggikan standard bagi kecemerlangan acara dan penciptaan nilai.

Dalam tempoh enam bulan akan datang, Constellar akan menganjurkan dan mengadakan lebih 10 pameran dan persidangan terbesarnya selain beberapa acara yang pertama dalam industri apabila acara pengguna akhirnya kembali.

Acara Perniagaan 

Baru sahaja dinamakan sebagai Penganjur Acara Cemerlang untuk Transformasi industri ASIA-PACIFIC 2021, Constellar sekali lagi akan mempamerkan teknologi dan trend terkininya di edisi kelima platform utama wilayah ini untuk Industri 4.0 dan penyelesaian pembuatan pintar. Dengan sekatan perjalanan COVID-19 telahpun dihapuskan, acara ini dijangka menarik minat lebih 18,000 hadirin dari serata dunia.

Lebih 60,000 hadirin dari 160 negara akan berhimpun di edisi ketujuh Festival Teknologi Kewangan (FinTech) Singapura, menyemarakkan komuniti Teknologi Kewangan global dengan pelbagai kandungan, peluang perangkaian, kolaborasi industri dan inisiatif inovasi.

Agri-Food Tech Expo Asia sulung, sebuah acara mengambil bahagian di Singapore International Agri-Food Week Temasek dijangka menarik minat lebih 6,000 hadirin fizikal, menghimpunkan pengusaha utama dan penginovasi Asia dalam industri pengeluaran makanan, pembuatan, teknologi dan perdagangan.

Di wilayah ini, Pameran Perdagangan Makanan & Minuman Antarabangsa Malaysia, salah satu pameran perdagangan makanan dan minuman yang terbesar di Malaysia, akan kembali ke Kuala Lumpur. Patient Experience & Innovation Summit, sebuah acara Constellar untuk memberi inspirasi kepada pengamal rawatan kesihatan dan perubatan untuk menjadikan rawatan kesihatan lebih inovatif, intuitif dan bersifat empati, akan turut diadakan di Bangkok buat kali pertama. Di New Delhi, FinTech Festival India akan memaparkan peluang pelaburan dan meningkatkan kolaborasi antara rakan kongsi teknologi kewangan India & global.

Acara Pengguna 

Setelah lama menyepi, COMEX, salah satu pameran IT pengguna yang paling mantap di Singapura, akan kembali sebagai edisi fizikal dengan tawaran yang menarik untuk peminat teknologi. Pameran-pameran makanan yang popular Yummy Food Expo dan World Food Fair akan turut kembali sebagai dua pameran pensampelan makanan di lapangan yang terbesar yang bakal diadakan di Singapura sejak COVID-19.

Di tempat terurus Constellar, Singapore EXPO, keluarga juga boleh menuju ke tempat tersebut dalam bulan Jun untuk menyertai beberapa aktiviti kesejahteraan yang dianjurkan oleh Constellar bersempena dengan Wellness Festival Singapore 2022 Singapore Tourism Board. Bertema BE@EXPO, aktiviti-aktiviti ini akan melengkapkan tawaran gaya hidup baharu yang diperkenalkan baru-baru ini di tempat tersebut, seperti litar 'fun-kart' dibina khas yang terbesar di Singapura dan dewan badminton serta penambahan F & B terbaharu, Timbre+ Eastside and TAG Restaurant & Bar.

Sorotan BE@EXPO termasuk kelas memasak yang memberi tumpuan pada pemakanan dengan herba Cina, diajar oleh Doktor Diana Goh daripada Kin Teck Tong dan Ketua Pegawai Kulinari Cef Richmond Lim daripada pasukan kulinari Singapore EXPO; kelas membakar kek yang lebih sihat oleh cef-cef pastri di Academy of Pastry and Culinary Arts (APCA); sesi yoga mesra kanak-kanak dan keluarga serta senaman Jump Boots yang popular dalam kalangan orang dewasa dan kanak-kanak.

Acara diadakan di Singapore EXPO

Selain daripada barisan aktiviti yang disebut di atas, Singapore EXPO, tempat MICE dibina khas yang terbesar di negara ini, akan turut menjadi tuan rumah kepada barisan acara perdagangan yang pelbagai dan unik. Ini termasuk Asia Tech x Singapore, acara teknologi unggulan Asia; Food & Hotel Asia (FHA-Food & Beverage dan FHA-HoReCa), acara perkhidmatan makanan & hospitaliti yang terkemuka di Asia; MRO Asia-Pacific, acara utama wilayah ini untuk penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih dalam penerbangan; Jewellery & Gem WORLD Singapore, acara belian perdagangan yang terbesar di dunia untuk batu permata dan barang kemas; Cosmoprof, acara perdagangan B2B yang terkemuka di Asia-Pasifik yang meliputi semua sektor kecantikan; dan Natural Disaster Expo Asia, acara yang terkemuka untuk pengurusan dan pengurangan bencana alam.

Dengan kembalinya acara dan trafik pengunjung ke Singapore EXPO, Constellar akan terus memperkenalkan lebih banyak ciri untuk meningkatkan pengalaman pelanggan termasuk pelaburan kemampanan yang akan mempercepatkan perjalannya ke arah keneutralan karbon. Salah satu pelaburan sedemikian termasuk bugi berautonomi pertama Singapura dengan 100% teknologi yang dibangunkan di dalam negara. Kenderaan ini dibina oleh syarikat pemula teknologi tempatan Autsren Emobility Pte Ltd dalam kolaborasi penyelidikan bersama Energy Research Institute @ Nanyang Technological University (NTU/Eri@n). Pelaburan sepanjang beberapa bulan akan datang termasuk panel solar untuk kecekapan tenaga yang lebih baik dan pencerna makanan untuk menukarkan sisa makanan menjadi tenaga elektrik, air dan kompos.

"Kami teruja untuk mengalu-alukan kembali acara secara langsung, serta untuk mengaplikasikan pembelajaran dari dua tahun lalu untuk membangunkan jaringan yang lebih mantap dan pengalaman acara yang inovatif," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Jean-François Quentin. "Dengan penglibatan secara bersemuka kekal menjadi aspek perniagaan kami yang paling tidak dapat diganti dan pendorong penting untuk membina semula momentum perniagaan, kami akan terus melabur dalam keupayaan bagi menyampaikan penglibatan yang berkualiti kepada komuniti kami."

Butiran lanjut tentang acara tersebut boleh ditemui di Folder Lampiran.

Pasukan Constellar Communications dapat dihubungi di comms@constellar.co

Latar Belakang Constellar 

Constellar menghubungkan ekosistem global yang terdiri daripada rakan kongsi acara dan pengguna melalui portfolio harta intelek (IP) yang holistik dalam industri Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE). Sebagai rakan kongsi rujukan Asia untuk menyusun atur pengalaman acara dan tempat yang inovatif, Constellar mengaktifkan rangkaian yang memberi kesan untuk menyatukan pasaran global, perniagaan dan pengguna demi pertumbuhan mampan. Menerusi kepakaran dan dedikasi kami, kami melabur bagi membantu anda membina hubungan yang dipercayai bersama pihak berkepentingan untuk tempoh jangka panjang dan mengupayakan kolaborasi silang-industri melalui penyelesaian penglibatan khalayak yang bertaraf dunia.

Kunjungi www.constellar.co untuk maklumat lanjut.

Source: Constellar
Keywords: Agriculture Banking/Financial Service Computer/Electronics Food/Beverages Travel Financial Technology