omniture

SEM9 Tingkatkan Permainan dengan Hotel E-sukan Pertama Asia Tenggara

SEM9
2022-06-02 09:00 123

KUALA LUMPUR, Malaysia, 2 Juni 2022 /PRNewswire/ -- Hotel E-sukan Asia Tenggara yang pertama seumpamanya telahpun dilancarkan, menawarkan pengalaman hospitaliti yang tiada tandingan baik untuk pemain mahupun bukan pemain.

 

 

Terletak di bandar Senai, Johor, Malaysia, SEM9 Senai Esports Hotel mempunyai bilik-bilik mewah yang dilengkapi dengan kemudahan teknologi yang terkini.

Dibangunkan dan dibina oleh organisasi e-sukan Asia Tenggara SEM9 dan disokong oleh SEAGM & Aiken Digital, SEM9 Senai bermatlamat untuk membawakan konsep bidang permainan/e-sukan serba baharu. Hotel ini terletak hanya dalam jarak 3-minit berjalan kaki dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

"SEM9 Senai memberi yang terbaik dari segi keselesaan, menggabungkan bentuk dan fungsi bagi memenuhi keperluan yang paling mencabar bukan sahaja untuk pasukan e-sukan terbaik di dunia, tetapi juga untuk menampung keperluan tetamu daripada semua kumpulan dengan himpunan luas bilik permainan dan bukan permainan," kata Tommy Chieng, Pengerusi SEM9.

Hapuskan pasukan musuh dengan bergaya dan selesa – bilik permainan dihiasi secara menarik dengan lampu LED untuk memadankan semangat yang dipancarkan oleh pemain, sama ada untuk pasukan dengan dua orang – atau lebih.

Alami yang terbaik daripada kemegahan visual permainan dengan komputer permainan berprestasi ultra-tinggi yang dikuasakan oleh grafik Nvidia terkini (seperti RTX 3090 & 3060 GPU), kerusi permainan yang selesa dan peranti persisian permainan agar pemain tidak akan terlepas pukulan penting yang mungkin membolehkan pasukan mereka memperoleh hadiah kejohanan yang diingini itu.

Apabila melibatkan permainan, setiap saat adalah penting – bebatan, satu masalah utama pemain di mana-mana sahaja, akan tinggal sebagai sejarah kerana seluruh hotel tersebut dilengkapi dengan jalur lebar berkelajuan tinggi dan akses internet mudah alih, sama ada melalui WiFi atau kabel.

Pemain konsol dan mudah alih juga tidak akan merasa disisihkan – terdapat bilik yang direka khusus untuk pemain mudah alih dan dilengkapi dengan PlayStation 5 terkini, berserta alat kawalan tanpa wayar DualSense mereka.

Pemain daripada semua fahaman juga mempersiapkan diri mereka dengan Zon Barangan SEM9 Senai yang menampilkan pakaian SEM9 eksklusif hinggalah jersi pasukan e-sukan serta barang koleksi.

SEM9 mempunyai lebih 3,000,000 peminat merentas semua rangkaian sosial dan kini dengan pengenalan kepada SEM9 Senai Esports Hotel, bersedia untuk mendekati lebih ramai peminat berbanding sebelum ini untuk mentakrifkan semula istilah "percutian singkat."

Bilik permainan SEM9 Senai sedia untuk ditempah sekarang; dibuka kepada orang ramai pada 1 Jun 2022 dengan 122 buah bilik (termasuk bilik bukan permainan). Bilik permainan sedia untuk ditempah sepanjang hari atau setengah hari. Harga bermula daripada RM 220 untuk sepanjang hari dan RM 115 untuk setengah hari, tertakluk kepada 6% SST.

Pihak-pihak yang berminat boleh mengetahui lebih lanjut di https://hotel.sem9.gg/senai

Latar Belakang SEM9 

SEM9 ialah organisasi e-sukan yang berkembang paling pantas di wilayah ini, beribu pejabat di Kuala Lumpur. Dengan lima pasukan profesional yang bersaing dalam perlawanan Asia Tenggara yang utama seperti WCS Asia Championship, PUBG Mobile Pro League dan Le Mans Virtual LMP. SEM9 telah mengambil bahagian dalam lebih daripada 45 perlawanan, meraih tempat pertama sebanyak 7 kali, 16 podium dan 9 penghormatan.

Latar Belakang SEAGM 

SEA Gamer Mall Sdn Bhd, SEAGM ialah syarikat platform e-dagang barangan dan perkhidmatan digital antarabangsa yang bertapak kukuh untuk pemain global, pembangun permainan dan penerbit. Dengan beberapa pejabat seluruh dunia di Malaysia, China dan Thailand, SEAGM menjadi pilihan pemain untuk tambah nilai permainan dalam talian & barangan digital.

SEAGM berjaya membangunkan platform pembayaran e-dagang barangan digital dan permainan dalam talian (SEAGM.com) dan platform pasaran barangan digital (KALEOZ.com) dari bawah. Dengan banyak projek serta kolaborasi dan perkongsian yang berjaya, SEAGM bersedia untuk mencapai kejayaan yang lebih besar ketika ia memantapkan kedudukannya dalam industri permainan secara global.

Latar Belakang Aiken Digital 

Aiken Digital ialah sebuah agensi pertumbuhan yang telah bertapak yang memberi tumpuan untuk membangunkan penyelesaian teknologi yang dikuasakan oleh AI untuk mencetuskan pertumbuhan generasi baharu untuk syarikat-syarikat.

Aiken memiliki jejak global dengan 7 pejabat di seluruh dunia iaitu di Malaysia, Singapura, China dan UK. Ditubuhkan pada tahun 2006 dan beribu pejabat di China, Aiken menawarkan perkhidmatan kepada pelbagai pelanggan yang besar seperti Mastercard, Sotheby, L'Oréal dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Kevin Wong
+6012-303 0111
Kevin@sem9.org

Source: SEM9
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Hotels and Resorts Multimedia/Online/Internet Travel New products/services