omniture

Jurassic World Dominion: Toys"R"Us menjalin kerjasama dengan Universal Brand Development dan Mattel lancar mainan serta acara eksklusif

Toys"R"Us Asia
2022-06-02 10:17 108

KUALA LUMPUR, Malaysia, 2 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Dinosaur mengambil alih Toys"R"Us Malaysia. Selaras dengan pelancaran global filem Jurassic World Dominion yang telah lama dinantikan di pawagam pada bulan Jun ini daripada Universal Pictures dan Amblin Entertainment, Toys"R"Us merupakan satu-satunya tempat yang membolehkan keluarga merasai keseronokan kehidupan sebenar filem tersebut dengan mainan dinosaur Jurassic World rasmi yang eksklusif, acara menarik dan hadiah percuma disediakan untuk semua peminat dinosaur di luar sana pada musim panas ini.

Toys “R” Us Malaysia mempersembahkan Permainan dan Acara Eksklusif Jurassic World Dominion untuk para peminat
Toys “R” Us Malaysia mempersembahkan Permainan dan Acara Eksklusif Jurassic World Dominion untuk para peminat

 

"Ini merupakan salah satu filem keluarga utama yang pertama dilancarkan dalam tempoh dua tahun dengan barangan baharu yang hebat berkaitan dengannya dan Toys"R"Us teruja dapat menjadi sebahagian daripada salah satu francais yang terbesar dalam sejarah pawagam ini," kata Jo Hall, Ketua Pegawai Komersial Toys"R"Us Asia. "Bagi menghidupkan keterujaan untuk peminat Jurassic World dan ahli-ahli Star Card kami di kedai kami serta dalam talian, kami bekerjasama dengan Mattel dan Universal Brand Development bagi menawarkan pengalaman yang unik kepada pelanggan di Asia ini."

Pengalaman Jurassic World yang unik

Mulai 1 - 30 Jun 2022, 14 buah kedai di seluruh Malaysia akan membawakan pengalaman Jurassic World dalam-kedai yang unik kepada para peminat.

Bermula dengan mainan Jurassic World yang eksklusif termasuk Owen & Velociraptor 'Blue' Pursuit Pack, Owen Escape Pack dan Release 'n Rampage Pack Set yang hanya boleh didapati di kedai Toys"R"Us dan laman eDagang kami.

Di samping itu, peminat dapat mengambil bahagian dalam permainan AR yang mengujakan dimana peminat dinosaur boleh menggunakan telefon pintar  mereka untuk membebaskan 7 dinosaur Jurassic World seperti Velociraptor yang "hidup" di dalam kedai seolah-olah kini dinosaur berada di dunia kita.

"Kami teruja untuk bekerjasama dengan Toys"R"Us bagi menghidupkan Jurassic World Dominion. Bab yang baharu dan menarik ini merupakan salah satu francais yang paling ikonik dalam sejarah perfileman yang meneruskan pengembaraan yang telah memukau khalayak global dan kolaborasi eksklusif kami bersama Toys"R"Us ini memberikan pengalaman dinosaur yang unggul. Para peminat akan dibawa merasai pengalaman yang mengasyikkan  sambil mengambil gambar dengan dinosaur seperti di alam realiti  dengan hanya beberapa klik pada telefon mereka – ini adalah projek yang telah lama dinanti-nantikan oleh kami dan kami tidak sabar untuk peminat menyertai kami dalam keseronokan ini!" kata Jo Pascoe, Naib Presiden Produk Pengguna Universal Brand Development Australia, New Zealand, Asia Tenggara dan India.

Selain itu, jangan lepaskan peluang mengambil gambar yang mengujakan di LG2 Blue Concourse Sunway Pyramid pada bulan Jun ini.

Bagi Ahli-ahli Star Card, 20 teratas dalam kalangan orang yang berbelanja bagi barangan Jurassic World pada bulan Jun berpeluang untuk memenangi dua tiket filem Jurassic World: Dominion. Ahli-ahli juga akan berpeluang menebus beg jinjing Jurassic World edisi terhad dengan setiap pembelian bernilai RM180 bagi barangan Jurassic World Dominion.

Latar Belakang Jurassic World Dominion

Jurassic World Dominion ialah bab yang seterusnya merupakan salah satu francais yang terbesar dalam sejarah pawagam.

Filem berkenaan, daripada Universal Pictures dan Amblin Entertainment, menyaksikan kembalinya pengarah Colin Trevorrow yang turut berperanan sebagai penerbit eksekutif bersama Steven Spielberg. Frank Marshall dan Pat Crowley turut kembali sebagai penerbit. Alexandra Derbyshire pula turut serta sebagai penerbit eksekutif.

Chris Pratt dan Bryce Dallas Howard sekali lagi membintangi filem ini dan disertai oleh pemenang Academy Award® Laura Dern, calon Golden Globe Sam Neill dan Jeff Goldblum yang memainkan semula watak mereka sebagai Dr. Ellie Sattler, Dr. Alan Grant dan Dr. Ian Malcolm. Filem berkenaan turut dibintangi oleh barisan pelakon antarabangsa yang hebat termasuk Mamoudou Athie, Scott Haze, Dichen Lachman, Daniella Pineda, Campbell Scott, Isabella Sermon, Justice Smith, Omar Sy, DeWanda Wise dan BD Wong, sebagai Dr. Henry Wu.

Menyertai pasukan Jurassic buat kali pertama ialah Emily Carmichael, yang telah mencipta skrip filem Jurassic World Dominion bersama Trevorrow. Mereka menghasilkan kisah daripada cerita oleh Derek Connolly dan Trevorrow yang bersama-sama menulis jalan cerita Jurassic World dan Jurassic World: Fallen Kingdom.

Trevorrow mengarahkan Jurassic World 2015 yang mencatatkan kutipan kasar $1.67 bilion di seluruh dunia dan merupakan filem keenam dengan kutipan tertinggi dalam sejarah pawagam. Francais Jurassic, yang menyambut ulang tahun ke-25 pada tahun 2018 telah mengutip lebih daripada $5 bilion secara kolektif menerusi pecah panggung seluruh dunia.

Latar Belakang Mattel

Mattel ialah sebuah syarikat mainan global yang terkemuka dan pemilik salah satu katalog francais hiburan kanak-kanak dan keluarga yang paling mantap di dunia. Kami mencipta produk yang inovatif dan pengalaman yang memberi inspirasi, menghiburkan dan memperkasa kanak-kanak dengan bermain. Kami berinteraksi dengan pengguna melalui portfolio jenama ikonik kami termasuk Barbie®, Hot Wheels®, Fisher-Price®, American Girl®, Thomas & Friends®, UNO®, Masters of the Universe®, Monster High® dan MEGA®, serta harta intelek popular yang lain yang kami miliki atau lesenkan dengan kerjasama syarikat-syarikat hiburan global. Tawaran kami melibatkan kandungan filem dan televisyen, permainan, muzik,dan acara secara langsung. Kami beroperasi di 35 lokasi dan produk kami boleh didapati di lebih daripada 150 negara dengan kerjasama syarikat-syarikat runcit dan e-dagang yang terkemuka di dunia. Sejak penubuhannya pada tahun 1945, Mattel berbangga dapat menjadi rakan kongsi yang dipercayai dalam memperkasa kanak-kanak untuk meneroka keajaiban zaman kanak-kanak dan mencapai potensi penuh mereka.

Kunjungi kami dalam talian di mattel.com.

Latar Belakang Toys"R"Us Asia

Selama hampir 40 tahun, Toys"R"Us telah menjadi rakan kongsi yang dipercayai kepada keluarga sebagai destinasi utama untuk mainan, permainan, peralatan sukan dan kelengkapan pembelajaran yang terbaik untuk kanak-kanak dan bayi, serta segala keperluan yang diperlukan oleh ibu bapa baharu untuk menjaga dan menyokong bayi mereka.

Beribu pejabat di Hong Kong, syarikat ini mengendalikan lebih 470 buah  kedai bersama lebih daripada 10,000 ahli pasukan di seluruh Asia termasuk Brunei, tanah besar China, Hong Kong, Jepun, Malaysia, Singapura, Taiwan dan Thailand – serta melesenkan lebih daripada 85 buah di Filipina dan Macau. Toys"R"Us dan Babies"R"Us menawarkan rangkaian jenama tempatan dan antarabangsa berkualiti yang dipilih dengan teliti, produk yang inovatif dan eksklusif, program kesetiaan yang menarik serta pengalaman dalam-kedai interaktif yang mendorong imaginasi kanak-kanak dan menginspirasikan pembelajaran pada setiap peringkat perkembangan kanak-kanak.

Toys"R"Us mengendalikan 38 buah kedai di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut dan butiran kedai, sila kunjungi www.toysrus.com.my.

Hubungan Media
Evelina Leung (Pengurus Perhubungan Awam Serantau)
Evelina.leung@toysrusasia.com

Source: Toys"R"Us Asia
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Retail Toys New products/services