omniture

tara-indepay Lancar Daftar Keluar Satu-klik pertama SEA dengan Kerjasama Domino's Pizza

tara-Indepay
2022-06-02 18:11 163

JAKARTA, Indonesia, 2 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Platform perdagangan tanpa kepala (headless) berasaskan Open API Setara Networks Worldwide, tara-indepay mengumumkan Daftar Keluar Satu-klik nirgeseran pertama SEA bersama syarikat gergasi makanan dan minuman (F&B) global Domino's Pizza. Pengalaman pembayaran pelanggan menjadi tumpuan dalam perkongsian ini. Ia akan membolehkan pelanggan Domino's menikmati Daftar Keluar Satu-klik dengan akaun bank BRI mereka tanpa bertukar kepada mana-mana antara muka bayaran atau aplikasi perbankan lain. Pelanggan boleh mendaftar dan mencipta ID-Bayar (Pay-ID) unik untuk beralih pantas ke daftar keluar dengan satu klik yang mudah.

(Right to Left) Rajid Saha_CEO & Cofounder Setara Network Worldwide & Mayank Singh_Chief Digital Officer & Vice President Domino Pizza Indonesia
(Right to Left) Rajid Saha_CEO & Cofounder Setara Network Worldwide & Mayank Singh_Chief Digital Officer & Vice President Domino Pizza Indonesia

Terdapat pelbagai masalah utama yang dialami oleh pelanggan / peniaga ekoran mekanisme pembayaran - 17% (1 daripada 6) transaksi menurun lantaran proses daftar keluar yang panjang dan rumit, 9% ekoran ketiadaan kaedah / instrumen pembayaran pilihan, 4% ekoran kemerosotan kad kredit dan banyak lantaran kos bayaran lain yang tinggi - Platform ini dibina untuk mengatasi masalah berkenaan dan dalam masa yang sama menawarkan ciri yang pantas dan mudah serta standard keselamatan tertinggi.

Platform generasi seterusnya ini mendayakan jenama-jenama D2C dan usahawan perseorangan dengan menawarkan platform penglibatan perniagaan hujung-ke-hujung yang dilengkapi dengan pendigitan segera, perdagangan sosial, pemesanan, analisis, CRM, rantaian bekalan, pemasaran & promosi dan banyak lagi berserta pembayaran dan pengumpulan masa sebenar yang disediakan dalam bentuk Open API, SDK dan aplikasi mudah alih.

"Pembayaran digital memainkan peranan penting dalam mendorong ekonomi sesebuah negara. Platform kami menyelesaikan proses yang sukar hanya dengan menawarkan pengalaman transaksi yang amat berkos rendah, pantas, lancar dan selamat yang hanya mengambil masa tidak lebih daripada sesaat. Ia akan membawa impak kepada ekonomi digital dengan cara yang besar kerana ia akan membantu penjual meningkatkan keuntungan mereka dan pembeli-belah untuk membeli dengan lebih yakin dan selamat," kata Rajib Saha, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif Setara Networks Worldwide.

Harneet Singh, Ketua Pegawai Eksekutif Domino's Pizza Indonesia berkata, "Inovasi melalui transformasi digital bagi memenangi pengguna sentiasa menjadi keutamaan Domino's dan hebat rasanya dapat menjadi pengusaha F&B pertama di Indonesia yang melancarkan pengalaman Daftar Keluar Satu-klik tara-indepay. Saya melihatnya sebagai langkah yang amat progresif untuk Perdagangan Dalam Talian di Indonesia, memandangkan ia dapat memberi impak yang sangat meluas dalam memudahkan proses pembayaran dengan sempurna."

Platform pengagregatan peniaga tara-indepay telahpun berada dalam fasa-fasa penyepaduan berbeza dengan semua bank utama termasuk Mandiri, BTN, BNI, Danamon dan CIMB Niaga; dijangka mengaktifkannya dalam 6-8 minggu akan datang. Ia juga bekerjasama dengan beberapa pengagregat perbankan teras, gerbang pembayaran dan syarikat penukaran untuk melanjutkan platform tersebut kepada bank-bank BUKU2 dan BUKU3.(*)

Hubungi: 

Elisabeth Fransisca, elisabeth.sisca@ssscomms.com

Source: tara-Indepay
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Financial Technology