KUALA LUMPUR, Malaysia, 3 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Pada Hari Raya Aidilfitri kali ini, Jasmine Food Corporation (Jasmine Food) berhasrat untuk membantu mereka yang meraikan perayaan ini, terutamanya individu yang menghidap diabetes agar makan dengan sihat semasa musim perayaan ketika rakyat Malaysia bersiap sedia untuk merayakannya dengan jamuan raya yang melibatkan segala-galanya bermula daripada daging dan karbohidrat kepada gula dan pencuci mulut.
Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila kunjungi https://www.prnasia.com/mnr/JasmineFood_202205.shtml
"Dengan ketupat, rendang, serunding serta beraneka kuih-muih pada Hari Raya, kebimbangan terhadap penyakit jangka panjang seperti kolesterol dan diabetes terus meningkat. Sekitar satu dalam lima orang dewasa di negara ini menghidap diabetes, lalu memberi jolokan "Negara Paling Manis di Asia" kepada Malaysia. Kita perlu berhati-hati dengan pengambilan makanan kita dan mengurangkan masalah kesihatan yang mungkin berlaku," kata Lim Swee Keat, Ketua Pegawai Eksekutif Jasmine Food Corporation.
Berdasarkan kepada Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi yang dijalankan pada tahun 2019, kira-kira 3.9 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes Jenis 2.
Dengan mengambil kira statistik ini dan kesihatan rakyat, Jasmine Food menggalakkan orang ramai untuk menyajikan makanan di jamuan Aidilfitri dengan diet seimbang dan hidangan yang sihat menerusi pilihan beras berkhasiat daripada Jasmine Food seperti Beras Basmati PusaCream Jasmine.
Beras rebus merupakan pilihan yang sihat untuk diambil pada setiap hidangan; ia mempunyai kesan yang sangat baik ke atas kesejahteraan keseluruhan dan memainkan peranan dalam mencegah dan mengurus penyakit kronik. Ia merupakan sebahagian daripada rangkaian bijirin penuh dengan dedak, endosperma dan germa utuh. Tidak seperti beras putih, pilihan beras rebus mengekalkan mineral dan vitamin semula jadi yang tinggi seperti protein, kalium, kalsium, zat besi, fosforus serta vitamin B1, B2, B3 dan E.
Varieti Beras PusaCream Jasmine basmati yang dipilih khas ini mempunyai skor Indeks Glisemik, kanji dan lemak yang rendah. Ia tidak mengandungi kolesterol dan bebas gluten. Beras Rebus PusaCream Jasmine mempunyai skor Indeks Glisemik (GI) yang jauh lebih rendah berbanding mana-mana jenis beras, yang dapat membantu dalam pengawalan gula darah dalam tempoh jangka panjang. Ia juga merupakan sumber karbohidrat kompleks yang baik yang sering didapati dalam bijirin penuh untuk memastikan kita kenyang lebih lama dan membantu kita mengekalkan penurunan berat badan.
Bekerjasama dengan pertubuhan tempatan bagi membawa perubahan
Jasmine Food juga bekerjasama dengan Diabetes Malaysia Cawangan Sungai Buloh sejak tahun 2018 untuk berkongsi faedah-faedah beras PusaCream Jasmine dalam kalangan masyarakat tempatan melalui kempen We Care, We Share. Kempen tersebut yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang diabetes dan menggalakkan orang ramai untuk makan dengan lebih baik telah menunjukkan kesan yang positif ke atas ahli-ahlinya. Melalui kempen ini, pesakit diabetes telah mengalami paras tenaga yang lebih baik dengan kelesuan lebih rendah, kawalan bahagian serta pengurusan berat.
"Walaupun merupakan sebuah syarikat besar, kami masih Jenama yang Dipercayai oleh pengguna kami. Melalui kempen We Care, We Share, kami mengubah tabiat pemakanan komuniti kami dan memastikan setiap demografi disediakan dengan pilihan yang sesuai dengan keperluan kesihatan mereka. Sebagai rakyat Malaysia, kami mengambil berat terhadap insan lain – setiap anggota masyarakat perlu memainkan peranan mereka demi pembangunan negara ini," tegas Lim Swee Keat.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi http://www.jasmine.com.my/.
Latar Belakang Jasmine Food
Ditubuhkan pada tahun 1960, Jasmine Food Corporation, subsidiari Padiberas Nasional Berhad (BERNAS), merupakan peneraju bagi pengedaran dan pemasaran industri beras di Malaysia menerusi pelbagai anugerah yang telah dicapai olehnya. Jasmine Food mengedarkan produk beras termasuk beras wangi, beras basmati, beras putih (import dan tempatan), beras khas, beras perang, beras pulut dan bihun beras di seluruh negara yang disampaikan melalui jaringan wakil penjual yang komprehensif termasuk pasar raya besar dan pasar raya dengan jumlah pengunjung yang ramai, pasar mini serta kedai runcit.