omniture

Xinhua Silk Road: "Pasar raya dunia" Yiwu buka taman perindustrian pintar di Guigang Selatan China

Xinhua Silk Road
2022-06-06 10:06 152

BEIJING, 6 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Sebuah taman perindustrian komersial pintar dan baharu yang menampilkan komoditi kecil-kecilan Yiwu telahpun dibuka pada 28 Mei di Bandar Guigang, Wilayah Berautonomi Zhuang Guangxi selatan China. Pesanan bernilai 210 juta yuan (kira-kira 31.48 juta dolar A.S.) secara keseluruhan telahpun dibuat pada hari perasmian.

Upacara perasmian taman perindustrian komersial pintar baharu menampilkan komoditi kecil-kecilan Yiwu telahpun diadakan pada 28 Mei 2022 di Bandar Guigang, Wilayah Berautonomi Zhuang Guangxi selatan China. (Foto oleh Chen Rongling)
Upacara perasmian taman perindustrian komersial pintar baharu menampilkan komoditi kecil-kecilan Yiwu telahpun diadakan pada 28 Mei 2022 di Bandar Guigang, Wilayah Berautonomi Zhuang Guangxi selatan China. (Foto oleh Chen Rongling)

Dengan jumlah pelaburan sebanyak 11 bilion yuan, taman perindustrian tersebut meliputi kawasan berkeluasan of 2,388 mu (159.2 hektar) dan kawasan pembinaan terancang berkeluasan 3 juta meter persegi, menurut Yang Yang, timbalan pengurus besar Zhejiang China Commodities City Group Co., Ltd. Taman berkenaan dijangka menawarkan 40,000 jawatan pekerjaan langsung, dengan jumlah transaksi tahunan puratanya mencecah kira-kira 13 bilion yuan manakala keuntungan dan cukai tahunan mencecah kira-kira 400 juta yuan, ujar Yang.

Dikenali sebagai "Pasar Raya Dunia", Bandar Yiwu di Wilayah Zhejiang, timur China memperkenalkan model bandar perindustrian komersial pintar generasi keenamnya kepada projek baharu di Guigang. Melalui inovasi teknologi termasuk maklumat awan data raya perdagangan global, 5G dan AI, taman berkenaan mewujudkan ekosistem perdagangan global yang dibawakan dengan model operasi rantaian industri "lapan-dalam-satu" yang mengintegrasikan perdagangan, pasaran profesional, pengeluaran dan pemprosesan, pergudangan dan logistik, siaran langsung dan sebagainya.

Berhubung dengan ahli-ahli Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) baik melalui darat mahupun lautan, Guangxi sedang mengintai peluang pembangunan yang belum pernah terjadi sebelum ini dari segi logistik rentas-sempadan. Pelancaran taman tersebut akan menyemai bandar Guigang dengan dorongan yang padu untuk berkembang bagi menjadi "modal komoditi kecil-kecilan" di selatan China, kata Su Jian, timbalan pengarah jabatan perdagangan serantau Guangxi, menyatakan bahawa taman perindustrian tersebut akan berusaha untuk menawarkan perkhidmatan kepada pasaran ASEAN yang diperluas di bawah Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

Data menunjukkan bahawa jualan komoditi kecil-kecilan kepada negara-negara ASEAN telah meningkat dengan signifikan selepas RCEP berkuat kuasa. Dijangkakan bahawa taman perindustrian berpangkalan di Guigang akan mendapat ilham daripada pengalaman pembangunan Yiwu untuk meningkatkan lagi keupayaan perdagangan dan perkhidmatannya serta mempromosikan lebih banyak produk dengan ciri Guigang ke mata dunia, menurut Yan Jiuqiu, pengarah bagi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Perbandaran Guigang.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/328234.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications