omniture

Rekod Baharu, GMW Umum Secara Rasmi POER ke-300,000

GWM
2022-06-06 10:08 146

BAODING, China6 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Pada 8 Mei lalu, GWM POER ke-300,000 telah disiapkan di barisan pengeluaran di Kilang Pintar Chongqing GWM, barat daya China.

Rekod Baharu, GMW Umum Secara Rasmi POER ke-300,000
Rekod Baharu, GMW Umum Secara Rasmi POER ke-300,000

Ia merupakan catatan rekod baharu oleh GWM sejak kenderaan ke-200,000 dihantar kepada pelanggan pada bulan Ogos tahun lalu. Hanya dalam tempoh dua tahun, GWM POER berjaya meraih pencapaian kenderaan ke-300,000 yang luar biasa.

"Berdasarkan kepada kekuatan produknya yang luar biasa, GWM POER menjadi model paling laris terjual dan telah membawa produk pikap yang berkualiti tinggi dan pintar kepada pengguna global," kata Tony Sun, Timbalan Pengurus Besar GWM International di majlis penyempurnaan GWM POER ke-300,000.

Sebenarnya, dengan mengambil pasaran Cina sebagai titik permulaannya, GWM POER telah menyempurnakan kenderaan daripada yang pertama hingga ke-10,000 dalam tempoh kurang daripada seratus hari di barisan pengeluaran sejak tahun 2019.

Bagi memenuhi keperluan yang berbeza-beza daripada pelbagai pasaran di serata dunia, GWM POER menawarkan jenis konfigurasi pintar yang berbeza. Dalam pasaran Australia umpamanya, model tersebut dilengkapi dengan berbilang sistem bantuan pemandu pintar seperti Bantuan Kekal Lorong (LKA), Brek Kecemasan Automatik (AEB), untuk meningkatkan keselamatan pemandu dan penumpang secara komprehensif dalam segenap aspek semasa berada di jalan raya.

Khususnya fungsi AEB, ini akan mengawal kenderaan secara automatik untuk membrek apabila pemandu mengalami kecemasan atau perlu mengekalkan jarak selamat yang minimum. Dalam keadaan sedemikian, fungsi ini dapat mengurangkan kemalangan perlanggaran dan meningkatkan keselamatan di jalan raya.

Bagi memenuhi keperluan pelanggan global yang berbeza, GWM turut memimpin dalam melancarkan Jingangpao dalam pasaran Cina baru-baru ini. Ia merupakan model terkini dalam sub-siri GWM PICKUP. Dilengkapi dengan kotak kargo yang besar, Jingangpao memberi kemudahan kepada kehidupan mahupun tugas harian pelanggan. Sebagai contoh, sekiranya pelanggan merancang untuk membawa beberapa perabot bersaiz besar dan peralatan mekanikal, reka bentuk kapasiti muatannya dapat membantu mereka menyelesaikan pengangkutan dengan lebih cekap.

Ketika ini, GWM POER telah dilancarkan dalam lebih daripada 50 negara termasuk Australia, New Zealand, Chile, Arab Saudi dan Afrika Selatan serta mencapai pertumbuhan jualan dalam banyak pasaran.

Laporan yang dikeluarkan oleh National Automobile Association of Chile (ANAC) menunjukkan bahawa pada bulan Februari tahun ini, jualan GWM PICKUP meningkat sebanyak 38%, dengan bahagian pasaran melebihi 19% ekoran GWM POER yang laris terjual.

"Pada masa akan datang, GWM akan terus menaik taraf dan memperbaharui produk pikapnya agar pelanggan global dapat menikmati produk dan perkhidmatan terbaik yang dibawakan oleh teknologi yang canggih," kata Tony.

Tahun ini, GWM turut merancang untuk melancarkan Jingangpao ke dalam beberapa pasaran termasuk Arab Saudi, Chile dan pasaran-pasaran lain bagi menawarkan pilihan baharu yang lebih terpelbagai dan berorientasikan pelanggan untuk pelanggan global dalam pasaran pikap.

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation