omniture

CGTN: Kanak-kanak: Daripada 'anak pokok' menjadi 'hutan' untuk bangsa Cina

CGTN
2022-06-06 10:27 161

BEIJING, 6 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Kanak-kanak adalah sangat berharga dalam budaya Cina dan dilihat sebagai masa depan sesebuah keluarga. Di samping itu, pertumbuhan mereka adalah sangat penting demi masa depan China, sebuah negara yang berazam untuk mencapat penggiatan semula.

Hari Kanak-kanak Antarabangsa yang jatuh pada 1 Jun disambut di seluruh China pada setiap tahun. Pada hari Selasa, Presiden Cina Xi Jinping menegaskan usaha untuk menggalakkan perkembangan kanak-kanak yang sihat dan menyeluruh serta menyampaikan salam perayaan kepada kanak-kanak di seluruh negara ini.

Dua bulan lalu, Xi membandingkan kanak-kanak dengan "anak pokok" apabila menghadiri aktiviti menanam pokok di Beijing, bagi menggalakkan mereka untuk menyumbang kepada pembangunan negara ini.

"Kamu ibarat anak pokok," kata beliau. "Kamu akhirnya akan membesar menjadi pokok yang menjulang tinggi pada masa depan dan menjadi hutan untuk bangsa Cina, hutan bakat."

Menekankan matlamat China untuk membina sebuah negara sosialis moden yang hebat dengan ciri-ciri Cina menjelang pertengahan abad ini, beliau berkata, "Kamu mempunyai masa selama 30 tahun lagi. Sekarang kamu berumur 10 tahun dan ketika itu kamu berusia 40 tahun. Kami akan menjadi tonggak negara ini."

Xi menggalakkan kanak-kanak untuk mengejar impian mereka

Xi menyukai kanak-kanak dan sentiasa mendorong mereka untuk mengejar impian mereka.

"Kehidupan yang lebih baik untuk kanak-kanak merupakan hasrat terbesar kami," kata Xi apabila mengambil bahagian dalam sebuah acara menjelang Hari Kanak-kanak Antarabangsa pada tahun 2013.

Meraikan festival tersebut pada tahun 2014 bersama pelajar-pelajar di sebuah sekolah rendah, beliau berkata kanak-kanak merupakan masa depan negara ini dan harapan buat bangsa Cina.

"Wira dipupuk sedari kecil lagi. Gelombang di belakang mendorong mereka yang berada di hadapan. Saya berharap anda menjalani kehidupan dengan impian dan aspirasi," kata beliau kepada pelajar.

Pada Mei 2013, Xi melawat sebuah sekolah di Daerah Lushan, Bandar Ya'an, Wilayah Sichuan, barat daya China, beberapa minggu sebelum gempa bumi bermagnitid 7.0 melanda kawasan tersebut. Di dalam bilik darjah yang dipasang siap, beliau menghadiri mesyuarat kelas bersama anak murid dan menggalakkan mereka untuk bekerja keras dalam mengejar impian mereka.

Sembilan tahun kemudian, bekas anak murid yang berada di dalam bilik darjah tersebut mengimbau kata-kata Xi.

"Saya duduk di barisan hadapan apabila Datuk Xi berdiri di hadapan kelas. Dengan senyuman, beliau bertanyakan impian kami," kata Luo Yunfang. "Saya ingat lagi jawapan saya adalah untuk bekerja sebagai seorang editor kerana saya suka menulis. Datuk Xi berasa sangat gembira. Beliau memuji kami kerana imaginasi kami."

Luo, kini merupakan seorang mahasiswa di Chengdu University of Technology, berkata bahawa beliau berusaha menjadikan impian beliau suatu kenyataan.

"Saya menyertai pusat media sekolah kami dan telah menulis banyak artikel. Sedikit sebanyak saya cuba merealisasikan impian saya sedikit demi sedikit," kata beliau.

Usaha China dalam melindungi hak kanak-kanak

Sejak penubuhan Republik Rakyat China pada tahun 1949, kerajaan pada semua peringkat menyediakan penjagaan yang belum pernah diberikan sebelum ini kepada kanak-kanak dan belia, bermula dengan memastikan akses yang sama rata kepada pendidikan dan menghantar guru-guru ke kawasan kampung pergunungan yang miskin untuk melabur bagi menaik taraf kemudahan di kawasan luar bandar.

Negara ini telah mewujudkan sistem perundangan dengan lebih daripada 100 undang-undang dan peraturan yang melindungi hak serta kepentingan wanita dan juga kanak-kanak secara komprehensif, menurut kertas putih yang dikeluarkan pada bulan Jun tahun lalu oleh Pejabat Penerangan Majlis Negeri.

Beberapa undang-undang dan peraturan baru sahaja digubal atau dipinda sejak sedekad yang lalu bagi mengukuhkan lagi perlindungan hak dan kepentingan kanak-kanak. Dua langkah penting ialah semakan terhadap undang-undang perlindungan ke atas kanak-kanak, yang berkuat kuasa pada 1 Jun 2021 dan Undang-undang Penggalakan Pendidikan Keluarga yang dilaksanakan pada 1 Januari 2022.

Sementara itu, China menggiatkan usaha untuk mengurangkan beban kerja pelajar yang berlebihan bagi menggalakkan perkembangan yang sihat dan menyeluruh.

Pada bulan Julai tahun lalu, China melancarkan dasar "pengurangan berganda" bagi mengatasi beban akademik yang berlebihan ke atas para pelajar sekolah rendah dan menengah serta pengajaran luar-kampus yang amat hangat.

Selepas pelaksanaan dasar baharu, institusi-institusi latihan luar-kampus luar talian yang menawarkan program-program subjek kurikulum telah dikurangkan sebanyak 83.8 peratus di seluruh negara manakala institusi-institusi latihan dalam talian telah dikurangkan sebanyak 84.1 peratus, seperti mana data yang ditunjukkan oleh Kementerian Pendidikan.

https://news.cgtn.com/news/2022-06-02/Children-From-saplings-to-forest-for-Chinese-nation-1ax7cqqppza/index.html

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Children-related news