omniture

CGS-CIMB Securities Raih Empat Anugerah FinanceAsia 2022

CGS-CIMB Securities (Singapore) Pte Ltd
2022-06-06 10:32 108

SINGAPURA, 6 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Selama tiga tahun berturut-turut, CGS-CIMB Securities telah diiktiraf sebagai broker terbaik di Singapura dan Malaysia oleh FinanceAsia. 

Tambahan pula, kumpulan berkenaan telah memenangi dua anugerah yang baru diperkenalkan bagi tahun 2022: Anugerah Impak Sosial Terbesar (Antarabangsa) dan Anugerah Penggunaan Teknologi Paling Inovatif untuk cawangan Thailand. Ini merupakan kali pertama dalam sejarah organisasi bahawa kumpulan berkenaan telah dianugerahkan dengan empat anugerah oleh FinanceAsia. Sebagai broker No. 1 di Singapura dan Malaysia, serta broker yang terkemuka di ASEAN, CGS-CIMB mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju industri.

Pada tahun 2021, CGS-CIMB Securities telah menggiatkan usaha seluruh kumpulannya untuk menumpukan kepada Strategi Visi 25, iaitu rancangan lima tahun yang menggariskan peluang pertumbuhan yang tinggi khususnya dalam bidang keterpusatan pelanggan, segmen Milenia dan Wanita serta Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG). Dengan memanfaatkan golongan profesional kewangan syarikat yang berpengalaman dan pelbagai penyelesaian digital, CGS-CIMB Securities menyasarkan untuk memperkasa pelanggan dan komuniti bagi membuat keputusan bermaklumat tentang kewangan mereka demi masa depan yang lestari.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CGS-CIMB, Carol Fong: "Kami berbesar hati kerana sekali lagi FinanceAsia mengiktiraf kami sebagai Broker Terbaik di Singapura dan Malaysia serta menganugerahkan Anugerah Penggunaan Teknologi Paling Inovatif dan Anugerah Impak Sosial Terbesar. Anugerah-anugerah baharu ini mengukuhkan lagi kedudukan kumpulan kami sebagai firma broker yang terkemuka dan dipercayai di Asia yang juga sejajar dengan matlamat organisasi kami."

Latar Belakang CGS-CIMB Securities

CGS-CIMB Securities (CGS-CIMB) ialah salah satu penyedia perkhidmatan kewangan bersepadu yang terkemuka di Asia. Ia merupakan usaha sama antara China Galaxy International Financial Holdings Limited, subsidiari milik penuh China Galaxy Securities Co. Ltd. dan CIMB Group Sdn. Bhd.

Melalui jaringan pejabat tempatan, cawangan dan rakan kongsi strategik, kami memiliki kehadiran global secara langsung di lebih 20 negara dan wilayah, bagi menyediakan perspektif yang benar-benar berciri Asia. Kami berkedudukan kukuh sebagai gerbang kewangan utama Asia dengan tumpuan utama diberikan ke atas penyelidikan terperinci serta analisis mendalam terhadap ekuiti dan produk kewangan.

Kami merupakan sebuah firma berpusatkan pelanggan dan memberi tumpuan kepada penciptaan nilai untuk pelanggan, menawarkan rangkaian penyelesaian pelaburan dan kewangan untuk pelanggan runcit serta institusi. Perniagaan kami melibatkan pembrokeran runcit, ekuiti institusi, derivatif, perkhidmatan utama, penyelidikan ekuiti, pengurusan kekayaan serta pembrokeran dalam talian.

Disokong oleh pasukan penyelidikan yang memenangi anugerah, kami mempunyai salah satu liputan penyelidikan yang paling komprehensif dengan lebih 1,000 saham. Keupayaan penyelidikan kami yang mantap menjadi tulang belakang kepada tawaran produk dan perkhidmatan kami yang seterusnya menghubungkan pelanggan kepada peluang.

Source: CGS-CIMB Securities (Singapore) Pte Ltd
Keywords: Banking/Financial Service Awards