omniture

Penyelesaian Kampus Karbon Sifar-Bersih Pintar Huawei Menang Juara WSIS Prize 2022

Huawei
2022-06-06 10:40 242

 

GENEVA, Switzerland, 6 Jun 2022  /PRNewswire/ -- Huawei telah dinamakan sebagai Juara (Champion) di Majlis Penyampaian Hadiah Forum Sidang Kemuncak Dunia mengenai Masyarakat Bermaklumat (WSIS) 2022 di Geneva semalam. Juara WSIS 2022 Prizes, disampaikan kepada Huawei atas penggunaan penyelesaian kampus karbon sifar-bersih pintar olehnya di projek Taman Perindustrian Karbon-rendah & Tenaga Pintar Yancheng. Sejumlah 996 projek telah dipertimbangkan untuk anugerah ini dan proses pemilihan mengambil masa selama lima bulan.   

WSIS ialah perhimpunan tahunan terbesar di dunia bagi ICT untuk komuniti pembangunan. Acara yang menyasarkan untuk memajukan matlamat pembangunan mampan global ini dianjurkan secara bersama oleh ITU, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) dan pertubuhan-pertubuhan PBB yang lain serta pemudah cara pelan tindakan WSIS. Pertandingan WSIS Prizes menganugerahkan hadiah kepada projek-projek kelestarian yang cemerlang dalam 18 kategori, termasuk infrastruktur maklumat dan komunikasi, E-kerajaan, E-persekitaran, E-kesihatan dan E-pertanian. Penyelesaian kampus karbon sifar-bersih pintar Huawei dicalonkan untuk kategori persekitaran tahun ini.

Taman Perindustrian Karbon-rendah & Tenaga Pintar Yancheng
Taman Perindustrian Karbon-rendah & Tenaga Pintar Yancheng

Projek Taman Yancheng dibangunkan secara bersama oleh Huawei dan Yancheng Power Supply Company, subsidiari State Grid Corporation of China. Projek berkenaan menggunakan model tiga dimensi untuk transformasi tenaga, penyahkarbonan dan transformasi digital. Dengan memfokuskan kepada tiga senario iaitu pengurusan tenaga pintar, pengurusan karbon dan pengurusan kampus, projek ini menyampaikan pemantauan waktu sebenar untuk peralatan tenaga, pengurusan emisi karbon yang kukuh, pengurusan kawalan akses pintar dan mudah serta kawalan mikro-grid pintar dan diselaraskan. Kampus berkenaan dikuasakan oleh sumber tenaga pelengkap dan menyepadukan sistem penggunaan tenaganya dengan terminal di kampus. Projek berkenaan merupakan paparan kepada kampus pintar dan karbon-rendah yang menyumbang kepada sistem tenaga moden hijau, karbon-rendah, selamat dan cekap.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang WSIS, sila kunjungi: https://www.itu.int/net4/wsis/forum/2022/

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei secara dalam talian di:
http://www.linkedin.com/company/Huawei
http://www.twitter.com/Huawei
http://www.facebook.com/Huawei 
http://www.youtube.com/Huawei

 

 

 

 

Source: Huawei
Keywords: Environmental Products & Services Internet Technology Oil/Energy Telecommunications Utilities New products/services