omniture

XCMG Gabungkan Pembangunan Mampan dengan Strategi Berpusatkan Tenaga Baharu Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2022

XCMG
2022-06-06 11:07 128

XUZHOU, China, 6 Jun 2022 /PRNewswire/ -- XCMG (SHE:000425) telah memperoleh "lesen hijau" pertama dalam sektor kren pembinaan China pada bulan Mei untuk kren hibrid XCT25PHEV yang merupakan model "hibrid sebenar" yang pertama di dunia. Ia dibangunkan sepanjang tempoh lima tahun lamanya dan menjalani ujian serta pengoptimuman selama dua tahun lagi dan model ini juga mengambil langkah yang penting ke arah pengeluaran berskala.

XCMG Gabungkan Pembangunan Mampan dengan Strategi Berpusatkan Tenaga Baharu Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2022
XCMG Gabungkan Pembangunan Mampan dengan Strategi Berpusatkan Tenaga Baharu Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2022

Berpegang kepada matlamat "dwi-karbon" China, industri jentera pembinaan kini berada pada titik perubahan untuk melakukan peralihan dan transformasi tenaga baharu, terutamanya dalam sektor kren yang menghasilkan kren beban berat, berkuasa super dan bergerak. XCMG, peneraju bagi pasaran kren global, telah merealisasikan 100 peratus penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengeluaran kren domestik di bawah 300 tan dan kumpulan ini juga mempunyai tapak industri yang mantap, yang mana satu daripada setiap tiga kren di dunia dikilangkan oleh XCMG.

XCT25PHEV membuat penampilan sulungnya pada tahun 2020 di bauma China sebagai satu-satunya kren trak dengan teknologi hibrid dan boleh beroperasi dengan kuasa elektrik tulen, bertukar secara bebas antara empat mod iaitu hibrid, elektrik, bahan api dan terpasang. Ia juga merupakan kren pertama yang memperoleh lesen hijau.

Pada 29 Mei, XCMG telah menghantar hampir 100 unit trak tenaga baharu ke Amerika Selatan, model berkenaan merupakan trak buang tegar elektrik tulen pertama di dunia, dilengkapi dengan bateri litium besi fosfat berketumpatan tenaga tinggi yang memberi kuasa untuk mencecah 525/700kWj, mencapai pengecasan dan nyahcas pantas, jarak berulang-alik yang panjang serta tahap keselamatan dan keandalan yang tinggi. Ia direka bentuk untuk menyelesaikan masalah utama dengan cekap bagi lombong Amerika Selatan termasuk emisi karbon yang tinggi, jarak berulang-alik yang pendek serta faktor keselamatan yang rendah. 

Bagi memajukan lagi strategi lestarinya untuk infrastruktur baharu yang hijau, karbon rendah dan pintar, baru-baru ini, XCMG menandatangani perjanjian rangka kerja bagi kerjasama strategik bersama Shudao Investment Group, berganding bahu untuk menjalin kerjasama yang komprehensif serta mendalam dalam bidang pembangunan jentera pembinaan tenaga baharu, pengurusan tapak binaan tanpa manusia, lombong pintar serta pembinaan dan penyelenggaraan lebuh raya.

XCMG dan Shudao akan meninjau dan mempercepatkan pembuatan hijau dan pintar, memberi tumpuan pada transformasi industri dan penaiktarafan serta memupuk bakat untuk memajukan pembangunan infrastruktur digital baharu.

Lu Chuan, Presiden XCMG, menyatakan bahawa pada tahun 2021, XCMG menjalankan 20 projek pengelektrikan dan mereka bentuk mesin pengorek elektrik, jentera angkut, forklift, platform kerja udara dan produk terpasang.

"XCMG mempersiapkan pembangunan untuk teknologi kawalan elektronik, bateri dan pemacu elektrik, dengan jumlah pelaburan cukup besar yang disalurkan khususnya untuk R&D dengan bersungguh-sungguh," kata Lu. "Kami memfokuskan kepada reka bentuk menjimatkan tenaga untuk sistem pemacu elektrik, penilaian status berkecekapan tinggi untuk pek bateri dan banyak lagi serta membangunkan sendiri 17 komponen teras pemacu elektrik bersiri dalam tiga kategori dan kesemuanya telah diindustrikan. Matlamatnya adalah untuk memperoleh 25 peratus hasil daripada produk tenaga baharu menjelang tahun 2027 dan 35 peratus pada tahun 2030."

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Keywords: Auto Mining Mining/Metals Oil/Energy Transportation Utilities Corporate Social Responsibility