omniture

OnRobot Palletizer Menguasai Pasaran dengan Kemudahan Penggunaan dan Kelajuan Pelaksanaan Tiada Tandingan dalam Pakej Lengkap, Mampu Milik

OnRobot
2022-06-06 11:08 201

OnRobot Palletizer ialah penyelesaian perkakasan dan perisian penyusunan palet yang berkuasa dan automatik yang menggabungkan ciri kemampumilikan, prestasi dan penyepaduan pantas yang belum pernah terjadi sebelum ini dengan jejak kecil bagi menyampaikan automasi penyusunan palet yang fleksibel kepada syarikat-syarikat daripada semua saiz.

SINGAPURA, 6 Jun 2022 /PRNewswire/ -- OnRobot, peneraju dunia bagi penyelesaian perkakasan dan perisian untuk aplikasi kolaboratif, melancarkan OnRobot Palletizer, penyelesaian penyusunan palet kolaboratif lengkap yang direka bentuk untuk menghapuskan masalah fizikal dan kewangan daripada proses penyusunan palet (palletizing).

OnRobot Palletizer memperluas pendekatan yang mengutamakan aplikasi OnRobot kepada automasi kolaboratif dengan membolehkan pengguna memilih sistem penyusunan palet yang berfungsi untuk keperluan aplikasi khusus mereka hasil daripada jejak penjimatan ruangnya dan keupayaan untuk mengendalikan banyak jenis kotak, bungkusan, corak, palet dan ketinggian susuan yang berbeza. Serasi dengan robot kolaboratif dan robot perindustrian ringan daripada jenama-jenama Doosan, FANUC, OMRON, Techman dan Universal Robots, OnRobot Palletizer disediakan sebagai sistem keluar-dari-kotak yang lengkap atau sebagai komponen individu untuk mencipta penyelesaian campur-dan-padan. OnRobot Palletizer merangkumkan empat produk perkakasan dan perisian baharu:

  • OnRobot Palletizing, perisian penyusunan palet intuitif yang membimbing pengguna melalui seluruh pelaksanaan dari awal hingga akhir melalui antara muka pintar tunggal untuk semua komponen. Ia juga merupakan penjimat masa sebenar yang direka bentuk untuk mengurangkan kos projek keseluruhan. Sebaik sahaja perkakasan fizikal tersedia dan terjamin, pengguna akhir atau penyepadu hanya perlu membuka OnRobot Palletizing untuk menerima panduan langkah-demi-langkah melalui proses persediaan aplikasi penyusunan palet. Direka bentuk untuk mengurangkan masa pelaksanaan dengan menghapuskan kerumitan, perisian ini membolehkan walau pengguna akhir yang tidak berpengalaman melaksanakan sistem ini dalam masa yang singkat yang diperlukan menggunakan antara muka pengaturcaraan tradisional. Sebagai contoh, dengan menggunakan OnRobot Palletizing, pengguna akhir yang tidak berpengalaman boleh menyediakan aplikasi penyusunan palet penuh dalam sehari, berbanding 12 atau lebih hari menggunakan perisian pengaturcaraan konvensional. Pelaksanaan semula adalah jauh lebih pantas, dengan pengguna akhir tidak berpengalaman yang sama memprogram semula sel untuk aplikasi penyusunan palet yang berbeza hanya dalam tempoh setengah hari. Panduan pelaksanaan aplikasi penyusunan palet juga tersedia di platform e-pembelajaran Learn OnRobot yang percuma.
  • OnRobot 2FGP20, pencengkam penyusunan palet yang berkuasa, serba guna dan elektrik dengan muatan 20 kg dan lengan boleh disesuaikan yang dapat mengendalikan kotak kadbod standard serta kotak terbuka dan produk sedia-rak di samping turut mengendalikan kepingan slip tanpa menukar pencengkam atau memerlukan pengendalian tambahan; tiada bekalan udara luar diperlukan.
  • OnRobot Lift100, lif teguh dengan jumlah muatan 100 kg yang menyediakan paksi ke-7 untuk jenama-jenama 'cobot' serta robot perindustrian ringan; fungsi-henti diperakui TÜV memudahkan pelaksanaan kolaboratif yang selamat dan berkesan; menyediakan penempatan yang selamat dan tepat walaupun pada kelajuan tinggi.
  • OnRobot Pallet Station, lekapan palet dipasang pada lantai yang tahan lama direka bentuk untuk memastikan penempatan yang konsisten; setiap satu didatangkan dengan sensor terbina dalam untuk mengesan kehadiran palet.

"Syarikat-syarikat bersaiz kecil dan sederhana memerlukan automasi penyusunan palet yang mudah digunakan, pantas dilaksanakan dan mampu milik – walaupun sekiranya aplikasi berubah dari masa ke masa," kata Enrico Krog Iversen, Ketua Pegawai Eksekutif OnRobot. "OnRobot Palletizer menggabungkan masa pelaksanaan yang pantas dengan jejak kecil serta titik harga yang terbaik dalam pasaran – kesemuanya menggunakan pendekatan berfokuskan aplikasi kami yang memberikan kepada pengguna lebih kefleksibelan berbanding pendekatan tradisional. OnRobot Palletizer boleh digunakan keluar-dari-kotak dan dengan gangguan minimum pada susun atur kilang dan gudang sedia ada."

Penyusunan palet manual merupakan tugas intensif buruh, berulang dan tidak ergonomik, yang menjadikannya calon yang ideal untuk automasi. Automasi penyusunan palet meningkatkan produktiviti dan daya pemprosesan serta meningkatkan kualiti dan ergonomik.

"Dengan menjadikan automasi kolaboratif mampu milik tersedia untuk syarikat-syarikat daripada semua saiz dan tahap kemahiran teknologi, OnRobot memecahkan halangan global terhadap penerimaan dan dalam masa yang sama membina 'One Stop Shop' unik yang direka bentuk untuk memenuhi semua keperluan automasi dan perniagaan syarikat-syarikat pembuatan dan gudang," kata Iversen. "OnRobot Palletizer ialah penambahan berkuasa kepada portfolio penyelesaian perkakasan dan perisian kami yang semakin berkembang pesat untuk aplikasi kolaboratif."

Perisian OnRobot Palletizing "mengurangkan dengan ketara masa persediaan yang diperlukan untuk membolehkan aplikasi beroperasi," kata Adrián Pérez Martínez, Ketua Pegawai Teknologi & Pengasas Bersama di Neobotik, penyepadu automasi yang berpangkalan di Huelva, Sepanyol, salah satu tapak di mana OnRobot Palletizer diuji sebelum dilancarkan. "Sangat mudah untuk memasang semua perkakasan dan perisian apabila melalui persediaan awal sel. Antara muka pengguna grafik pula menjadikannya boleh direalisasikan walaupun untuk pengaturcara bukan pakar untuk memprogramkan penyelesaian penyusun palet penuh."

OnRobot Palletizer mempunyai tiga kelebihan utama berbanding automasi penyusunan palet sedia ada, jelas Martínez: "Ia pantas untuk dilaksanakan. Ia mempunyai antara muka pengaturcaraan yang mudah digunakan. Berat pencengkam juga optimum, menjadikan penyelesaian ini ideal untuk pelbagai jenis aplikasi penyusunan palet kolaboratif, termasuk dalam industri-industri seperti makanan dan minuman, yang mana terdapatnya aliran tinggi kotak terbuka yang sedia untuk disusun di atas palet dan mencengkam kotak menggunakan pencengkam vakum tradisional tidak dapat dilakukan."

Kit Akhbar: Muat turun imej dan video di sini.

Latar Belakang OnRobot

OnRobot ialah penyedia penyelesaian perkakasan dan perisian yang terkemuka di dunia untuk aplikasi kolaboratif. OnRobot membangunkan pencengkam fleksibel, jejari elektrik-sepenuhnya, vakum, magnetik, lunak dan teknologi cengkam Gecko memenangi anugerah selain daripada sensor daya/tork, sistem penglihatan 2.5D, paksi ke-7 mendatar, pemutar skru, kit pengilap dan pengecas alatan. Semua tawaran adalah berasaskan kepada platform ''One System, Zero Complexity' yang sama, menyediakan pengalaman antara muka dan pelanggan yang seragam. Analisis data dan pemantauan jarak jauh disediakan merentas kesemua alat OnRobot dan jenama-jenama 'cobot' atau robot perindustrian ringan yang terkemuka dengan perisian WebLytics. Disokong oleh platform e-pembelajaran Learn OnRobot yang percuma, OnRobot menjadikannya mudah untuk melaksanakan automasi kolaboratif untuk tugas-tugas seperti pembungkusan, kawalan kualiti, pengendalian bahan, penjagaan mesin, penyusunan palet, pemasangan dan kemasan permukaan. Beribu pejabat di Odense, Denmark, OnRobot juga mempunyai pejabat-pejabat di Dallas, Soest (Jerman), Barcelona, Shanghai, Tokyo, Seoul, Singapura dan Budapest.

www.onrobot.com

Source: OnRobot
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Machinery Mining/Metals New products/services