omniture

GARNIER MALAYSIA LANCAR INISIATIF 'GARNIER GREEN BEAUTY' DENGAN PEMBERSIHAN PANTAI REMIS

Garnier Malaysia
2022-06-07 12:24 110

KUALA LUMPUR, 7 Jun, 2022 /PRNewswire/ -- Garnier Malaysia baru-baru ini telah mengadakan aktiviti pembersihan pantai di Pantai Remis, Kuala Selangor sebagai sebahagian daripada inisiatif alam sekitarnya di bawah komitmen Green Beauty. Pada tahun 2022, Garnier Malaysia dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) bekerjasama untuk menangani pencemaran plastik di negara ini dengan Pantai Remis sebagai pantai pertama daripada lima pantai di seluruh negara untuk aktiviti pembersihan pantai.

GARNIER MALAYSIA LANCAR INISIATIF 'GARNIER GREEN BEAUTY' DENGAN PEMBERSIHAN PANTAI REMIS
GARNIER MALAYSIA LANCAR INISIATIF 'GARNIER GREEN BEAUTY' DENGAN PEMBERSIHAN PANTAI REMIS

Green Beauty adalah inisiatif global dengan komitment untuk mengurangkan impak Garnier terhadap alam sekitar secara menyeluruh menjelang 2025. Matlamat 2025 termasuklah memastikan produk tidak dihasilkan daripada plastik baharu, dan menukar bungkusan untuk memastikan semua bahan boleh diguna semula, dikitar semula dan boleh dikompos. Garnier mengambil langkah-langkah hijau dalam setiap perjalanan operasi jenamanya, di mana ia komited memastikan tapak industrinya adalah neutral karbon menjelang 2025. Garnier juga berhasrat untuk memperkasa 1,000 komuniti melalui program Penyumberan Perpaduan.

Di peringkat tempatan, Garnier Malaysia telah memulakan aktiviti pembersihan pantai. 80 peserta yang terdiri daripada wakil-wakil Garnier Malaysia, Watsons Malaysia dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia telah hadir ketika pembersihan di Pantai Remis. Peserta berkumpul di Pantai Remis walaupun dalam cuaca hujan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembersihan pantai yang pertama kali diadakan ini.

Chris Chan yang memimpin Garnier Malaysia berkata, "Menangani krisis plastik di negara ini adalah satu langkah penting ke arah alam sekitar yang lebih hijau dan lestari. Melalui kempen Garnier Green Beauty, kami berharap dapat menggalakkan rakyat Malaysia termasuklah pelanggan kami untuk membuat pilihan yang bijak dan memilih untuk melakukan amalan kitar semula. Selain itu, kami juga akan menganjurkan bengkel pendidikan sekolah di seluruh negara untuk mendidik dan memupuk Hero Hijau masa depan kita. Inisiatif Hero Hijau ini memperkasa pelanggan kami untuk bersama-sama membuat perubahan, di mana dengan setiap pembelian produk Garnier, kami akan mendidik seorang pelajar tentang pengurangan sisa plastik."

I.S. Shanmuraj, Pengarah Eksekutif, Persatuan Pencinta Alam Malaysia yang juga menyertai acara tersebut berkata, "Kami ingin terus berganding bahu dengan rakan-rakan kerjasama yang komited terhadap alam sekitar yang lebih hijau dan masa depan yang lebih baik. Kami juga berbesar hati dapat bekerjasama dengan Garnier kerana ini menunjukkan dedikasi mereka dalam mewujudkan perubahan dan menggalakkan pendidikan tentang kitar semula."

Selain itu, bengkel-bengkel sekolah di seluruh negara turut dianjurkan untuk mendidik pelajar dan guru tentang sisa dan kitar semula plastik. Bengkel-bengkel sekolah ini ditubuhkan dengan kerjasama Persatuan Pencinta Alam Malaysia, sepanjang tahun ini sehingga Disember 2022.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Garnier Green Beauty, sila layari www.garnier.com.my/green-beauty atau ikuti Garnier Malaysia di Facebook atau Instagram.

Source: Garnier Malaysia
Keywords: Cosmetics & Personal Care Environmental Products & Services Household/Consumer/Cosmetics Corporate Social Responsibility