CHANGZHOU, China, 7 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Trina Solar, penyedia bagi penyelesaian keseluruhan PV dan tenaga pintar yang terkemuka, disenaraikan sebagai 'AAA', kategori tertinggi dalam laporan Kebolehterimaan Bank ModuleTech PV terkini yang dilaporkan oleh PV-Tech.
Berdasarkan kepada model analitik proprietari untuk memberikan skor dan pemeringkatan kebolehterimaan bank, laporan tersebut menggabungkan kedua-dua tahap kesihatan pembuatan dan kewangan syarikat-syarikat, iaitu isu terkini yang mencakupi lebih daripada 50 pembekal modul PV.
Trina Solar menduduki tempat kedua bagi penghantaran modul global pada tahun 2021, dengan angka 24.8GW serta mengekalkan kedudukan berkenaan dalam suku pertama tahun 2022, menghantar 8GW. Laporan industri menunjukkan bahawa penghantaran global modul 210 meningkat dengan pesat pada tahun 2021 bagi mencapai 26GW, Trina menyumbang 16W dengan penghantaran kumulatif modul 210 melebihi 35GW setakat penghujung Mac 2022.
Penunjuk teknologi turut dianalisis dalam laporan PV Tech. Trina terus berinovasi dalam bidang ini, menjadi penggerak awal dalam teknologi jenis-n dan mencatatkan rekod dunia ke-23 pada bulan Mac dengan sel 210×210mm TOPCon mencapai kecekapan maksimum 25.5%. Syarikat ini turut menetapkan penanda aras yang tinggi untuk kecekapan sel PERC dan HJT miliknya.
Modul Vertex bernilai tinggi Trina, daripada versi kuasa-ultra-tinggi 410W kepada 600W+ Vertex S meliputi kedua-dua aplikasi loji janakuasa kediaman dan atas permukaan tanah besar serta telah menunjukkan kombinasi keandalan yang sangat baik, hasil tenaga yang tinggi dan LCOE rendah. Ekoran komitmennya yang berpanjangan terhadap kualiti produk, baru-baru ini, Trina juga telah diiktiraf sebagai "Pelaksana Terbaik" oleh PVEL buat tahun kelapan berturut-turut.
Menurut laporan kewangan 2021 syarikat ini, ia mencapai hasil $6.895 bilion, satu peningkatan sebanyak 51.2% berbanding tahun sebelumnya dengan jumlah aset mencecah $9.966 bilion, satu peningkatan 39.36% berbanding tahun sebelumnya.
Helena Li, Presiden perniagaan Sel dan Modul Trina mengulas: "Trina Solar telah menjadi pembekal modul PV global yang terkemuka selama bertahun-tahun. Berdasarkan kepada prestasi kewangan, inovasi teknologi dan nilai produk kami yang konsisten, kami berbangga disenaraikan dalam kategori AAA menerusi pemeringkatan kebolehterimaan bank PV Tech. Trina Solar akan terus maju dan mencipta nilai pelanggan yang lebih tinggi secara global."