SHENZHEN, China, 7 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Geekbuying, peruncit dalam talian terkemuka China yang memfokuskan kepada e-dagang eksport rentas-sempadan mengumumkan penaiktarafan jenama pada bulan Jun 2022, melancarkan logo dan sistem VI baharu, kedudukan penjenamaan dan nilai-nilai teras. Ia mengalami transformasi daripada platform membeli-belah dalam talian yang didominasi oleh penjualan produk elektronik kepada pembina ekosistem saluran jenama rentas-sempadan.
Pasukan Geekbuying membuat perancangan dan reka bentuk yang teliti untuk memenuhi hala tuju pembangunan strategik syarikat dan menaik taraf pengalaman visual serta membeli-belah pengguna dan ia mentransformasikan gaya 'gek' tipikal kepada gaya platform e-dagang antarabangsa untuk memenuhi keperluan kumpulan pengguna yang lebih luas dan menarik minat rakan-rakan kongsi jenama luar negara yang lebih cemerlang. Geekbuying akan komited untuk membina ekosistem saluran jenama rentas-sempadan yang utama di dunia.
Geekbuying memilih warna biru dan merah sebagai warna-warna utama logo baharu sementara warna latar belakang laman sesawangnya berwarna biru dan putih. Huruf awal, G terletak pada 'beg membeli-belah' selepas reka bentuk fon; bumi digunakan sebagai prototaip untuk mempermudah potongan bulatan abstrak pada bahagian 'ing'. Ia melambangkan bahawa Geekbuying ketika ini dan akan terus komited untuk mewujudkan saluran jenama global yang cekap pada masa akan datang.
Sejak sepuluh tahun yang lalu, Geekbuying menunjukkan sepenuhnya potensinya sebagai peneraju bagi jenama-jenama Cina yang berkembang ke luar negara. Menerusi pengembangan pemasaran globalnya, ia komited untuk membawa jenama dan komoditi China yang berkualiti tinggi, rantaian bekalan yang cekap dan khidmat pelanggan kelas pertama kepada dunia. Pengasas Geekbuying berkata: "Ulang tahun ke-10 merupakan satu peluang untuk Geekbuying mencapai kejayaan. Misi kami adalah untuk menumpukan perhatian kami bagi membina saluran jenama yang cekap untuk berkembang ke luar negara. Kami memiliki tiga nilai teras: menghormati orang ramai, melangkaui jangkaan pelanggan dan mengejar kecemerlangan. Kami sentiasa percaya bahawa pengguna merupakan daya penggerak dan menjadi syarikat yang paling tulus ikhlas sentiasa menjadi matlamat kami."
Berdasarkan kepada penaiktarafan jenama yang menyeluruh, Geekbuying akan melancarkan sambutan ulang tahun ke-10 pada bulan Jun, melancarkan dan mengaplikasikan sepenuhnya imej baharu dan menyediakan banyak diskaun promosi untuk semua pelanggan.
Latar Belakang Geekbuying
Ditubuhkan pada tahun 2012, selama bertahun-tahun Geekbuying.com telah menjual berjuta-juta produk di serata dunia. Sepuluh tahun mengalami pertumbuhan dan pembangunan telah mengupayakan Geekbuying untuk menjalin hubungan yang erat dengan jenama-jenama yang terkenal di dunia sebanyak lebih daripada 2,000. Beberapa jenama yang bekerjasama erat dengan kami ialah Eleglide, Roborock, Jimmy dan banyak lagi.
Dijemput melawat: https://www.geekbuying.com
Hubungi: