omniture

Modul Kawalan Mikro dan Perisian Reka Bentuk Baru daripada Rockwell Automation Optimumkan Reka Bentuk Mesin Pintar

Rockwell Automation
2022-06-08 14:58 205

SINGAPURA, 8 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Pembina mesin boleh mereka bentuk dan memprogram mesin kendiri dengan lebih cekap menerusi modul kawalan Micro850 dan Micro870 2080-Lx0E Allen-Bradley yang baru menggunakan keluaran perisian Connected Components Workbench terkini daripada Rockwell Automation.

Modul Kawalan Mikro dan Perisian Reka Bentuk Baharu daripada Rockwell Automation Optimumkan Reka Bentuk Mesin Pintar
Modul Kawalan Mikro dan Perisian Reka Bentuk Baharu daripada Rockwell Automation Optimumkan Reka Bentuk Mesin Pintar

Modul Kawalan baru ini memudahkan pelaksanaan projek dengan protokol DNP3 baru, iaitu satu set protokol komunikasi standard terbuka yang digunakan dalam SCADA dan sistem pemantauan jarak jauh untuk pelaporan data yang tepat. Modul Kawalan ini juga telah mengembangkan sokongan DF1, komunikasi dua-hala serentak dan dua-hala silih ganti, bagi membantu meningkatkan komunikasi CIP Serial melalui mod dupleks penuh dan separuh dupleks serta modem radio.

Keupayaan sambungan ini dapat memenuhi lebih banyak keperluan aplikasi, khususnya dalam industri air/air sisa. Di samping itu, sokongan protokol lanjutan meminimumkan risiko penukaran untuk pemodenan sistem kawalan MicroLogix hingga Micro800. Pengguna boleh meningkatkan produktiviti dengan pelaksanaan kawalan yang dipertingkat serta prestasi respons I/O yang dapat mempercepatkan proses reka bentuk untuk pembangunan projek yang lebih pantas.

Keupayaan baru dan dipertingkat dalam perisian Connected Components Workbench versi 20.01 membantu memajukan kecekapan reka bentuk. Perisian tersebut mempermudah pembangunan mesin kendiri yang dibina dengan Micro Control System Rockwell Automation. Pengguna dapat menjimatkan masa pembangunan melalui kadar pemindahan data yang lebih pantas dengan peningkatan prestasi muat naik dan muat turun masing-masing sebanyak 23% dan 40%.

Keluaran perisian terkini ini membantu memudahkan konfigurasi dan memenuhi lebih banyak keperluan aplikasi air/air sisa dengan sokongan DNP3 dan DF1 yang diperluas termasuk mod separuh dupleks dan modem radio. Ia juga dapat meningkatkan keselamatan sistem melalui penetapan/pengesahan kata laluan baru serta penyulitan/penyahsulitan projek pengguna dalam modul memori sambungan.

Perisian Connected Components Workbench versi 20.01 ialah keperluan minimum untuk modul kawalan Micro850 dan Micro870 2080-Lx0E. Pengguna boleh mendapat faedah daripada persekitaran pengaturcaraan yang lebih selamat dengan penyulitan yang dipertingkat antara perisian dan modul-modul kawalan baru serta peningkatan pengesahan protokol dengan Secure Authentication versi 5 (Sav5) dalam komunikasi DNP3.

Latar Belakang Rockwell Automation 

Rockwell Automation, Inc. (NYSE: ROK), merupakan peneraju global bagi automasi perindustrian dan transformasi digital. Kami menghubungkan imaginasi manusia dengan potensi teknologi bagi mengembangkan apa yang mungkin boleh dilakukan secara insani, seterusnya menjadikan dunia lebih produktif dan lebih lestari. Beribu pejabat di Milwaukee, Wisconsin, Rockwell Automation menggaji kira-kira 25,000 penyelesai masalah khusus untuk pelanggan kami di lebih daripada 100 negara. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana kami merealisasikan Connected Enterprise® merentas perusahaan perindustrian, kunjungi www.rockwellautomation.com.

Allen-Bradley, Connected Components Workbench, Micro800, Micro850, Micro870, MicroLogix dan Rockwell Automation ialah cap dagangan Rockwell Automation Inc.

Source: Rockwell Automation
Related Stocks:
NYSE:ROK
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications New products/services