omniture

Samsung Asset Management (Hong Kong) lancar ETF Teknologi Blok Rantai pertama di Asia

Samsung Asset Management (Hong Kong) Limited
2022-06-09 17:30 155

HONG KONG, 9 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Samsung Asset Management (Hong Kong) Limited ("SAMHK") mengumumkan pelancaran Samsung Blockchain Technologies ETF (kaunter HKD: 3171.HK), ETF berkaitan blok rantai global yang pertama seumpamanya di Asia*. Tarikh penyenaraian akan dibuat pada 23 Jun 2022 (Khamis), pada Stock Exchange of Hong Kong ("SEHK"). ETF ini menetapkan harga penyenaraian pada USD2.0 (kira-kira HKD15.6) dengan pelaburan awal mencecah kira-kira USD100 (kira-kira HKD780) untuk saiz lot niaga 50 unit. ETF ini akan didagangkan dalam HKD.

Blok rantai merujuk kepada lejar digital terkongsi, teragih rakan-ke-rakan yang membantu pemindahan maklumat dan harta antara pengguna dengan cara yang agak cekap dan selamat. Dibandingkan dengan storan data tradisional, teknologi blok rantai mempunyai merit keselamatan yang dipertingkat, ketelusan yang lebih luas dan pengurangan kos transaksi. Saiz Pasaran blok rantai dijangka meningkat daripada USD4.9Bilion kepada USD227.9Bilion pada tahun 2028, dengan CAGR 72.9%**. Blok rantai berpotensi menyimpan data sebanyak 10% daripada nilai setara KDNK dunia menjelang tahun 2027***. Memandangkan teknologi blok rantai berkembang dengan kadar yang pantas, ETF yang diurus secara aktif membolehkan pengurus portfolio merebut peluang pelaburan dengan tahap kefleksibelan yang lebih tinggi. ETF ini akan melabur dalam syarikat-syarikat berkaitan blok rantai global seperti pemaju-pemaju dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D), benefisiari dan pelabur.

Carmen Cheung, Ketua ETF dan Pelaburan Pasif berkata, "Permintaan terhadap pemprosesan dan storan data akan dipercepatkan dengan evolusi dunia digital kita. Teknologi blok rantai akan selanjutnya digunakan secara meluas untuk perniagaan-perniagaan berbeza bagi meningkatkan kecekapan data, keselamatan dan memendekkan masa kebolehcapaian. Kami melihat hal ini sebagai salah satu trend masa depan untuk transformasi digital."

*Sumber: Bloomberg, setakat 9 Jun 2022
** Sumber: Insight Parnters, setakat 11 Februari 2022
*** Sumber: World Economic Forum, 23 Oktober 2020

Maklumat ETF:

Kod Saham

Kaunter HKD: 3171.HK

Jumlah Pelaburan Awal

Kira-kira HKD780 / USD100

Lot Dagangan

50

Bayaran Pengurusan

0.85% p.a.

Strategi Pelaburan

Diurus dengan aktif

Laman Sesawang Produk

https://samsungetfhk.com/product/3171/

Untuk butiran, sila rujuk laman web produk:

Laman web produk: https://www.samsungetfhk.com/zh/product/3171

Latar Belakang Samsung Asset Management (Hong Kong) Limited

Samsung Asset Management (Hong Kong) Limited terlibat terutamanya dalam perkhidmatan pengurusan aset dan khidmat nasihat pelaburan sekuriti di Hong Kong. Ia memegang lesen daripada SFC untuk menjalankan aktiviti-aktiviti dikawal selia Jenis 4 (memberi nasihat berhubung sekuriti) dan Jenis 9 (pengurusan aset).

Source: Samsung Asset Management (Hong Kong) Limited
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services Blockchain