omniture

Pesakit Pertama Telah Mendaftar Diri Dalam Kajian SELUTION SLR IDE BTK

MedAlliance
2022-06-09 17:40 60

LEIPZIG, Jerman, 9 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Pesakit pertama telah mendaftarkan diri dalam ujian klinikal FDA IDE BTK (Bawah Lutut) SELUTION4BTK yang melibatkan SELUTION SLR™, belon elusi sirolimus baharu MedAlliance, hanya seminggu selepas menerima kelulusan IDE.

First Patient Enrolled in SELUTION SLR IDE BTK Study
First Patient Enrolled in SELUTION SLR IDE BTK Study

"Saya teruja untuk memulakan ujian penting yang akan membuktikan bahawa teknologi baharu ini memberi manfaat kepada pesakit yang menghidap CLTI," ulas Dr. Michael Lichtenberg, Ketua Jabatan Angiologi di Klinikum Hochsauerland, Arnsberg, Jerman. "Setakat ini tiada apa-apa yang telah berfungsi secara konsisten dalam populasi pesakit ini. Data klinikal awal daripada pendaftar SELUTION SLR adalah memberangsangkan dan saya telah melihat prestasi teknologi baharu ini dalam kerja rutin saya. Kajian ini direka untuk membuktikan bahawa SELUTION SLR lebih berkesan berbanding standard penjagaan semasa dalam populasi pesakit yang sukar ini."

Permulaan pendaftaran dalam kajian ini mengikuti kelulusan IDE (Pengecualian Peranti Penyelidikan) di AS seminggu yang lalu. Petunjuk BTK untuk SELUTION SLR telah diberi Gelaran Peranti Cemerlang oleh FDA pada tahun 2019.

Matlamat bagi ujian klinikal SELUTION4BTK ini adalah untuk menunjukkan keberkesanan yang unggul dan keselamatan SELUTION SLR yang setara berbanding pesakit belon angioplasti (tidak bersalut) biasa (POBA) dalam rawatan arteri BTK di CLTI (Iskemia yang Mengancam Anggota Badan Kronik). Ujian ini ialah kajian tunggal yang prospektif, berbilang pusat dan percubaan secara rawak.

377 subjek dirawakkan pada nisbah 1:1  kepada sama ada SELUTION SLR atau kawalan. Ini merupakan kajian pertama seumpamanya di mana pesakit CLI (Iskemia yang Mengancam Anggota Badan Kronik) 'dunia sebenar' boleh dimasukkan. Pesakit sedang didaftarkan di kira-kira 40 buah lokasi di seluruh AS, Eropah dan Asia.

"Saya amat berbangga dengan pasukan MedAlliance yang telah dapat memulakan kajian ini dengan begitu cepat dan mempunyai pesakit pertama yang mendaftar hanya seminggu selepas menerima kelulusan IDE," ulas Jeffrey B. Jump, Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif MedAlliance. "Ini merupakan satu pencapaian hebat dan satu peristiwa penting bagi MedAlliance."

SELUTION SLR telah dianugerahkan Kelulusan Tanda CE untuk rawatan penyakit arteri periferal pada bulan Februari 2020 dan untuk rawatan penyakit arteri koronari pada bulan Mei 2020. FDA AS telah menganugerahkan SELUTION SLR dengan empat gelaran cemerlang: untuk rawatan lesi aterosklerotik dalam arteri koronari natif; restenosis sten dalam koronari; indikasi periferal bawah lutut dan AV-Fistula.

Pada bulan Ogos 2021, seramai lebih 3,000 orang pesakit pertama telah didaftarkan dalam kajian terkawal rawak koronari baharu ini yang membandingkan SELUTION SLR dengan sten elusi ubat limus [DES]. Ini merupakan kajian DEB terbesar yang pernah dimulakan dan berpotensi untuk mengubah amalan perubatan.

Teknologi DEB MedAlliance melibatkan MicroReservoirs unik yang diperbuat daripada polimer biodegradasi yang dicampurkan dengan ubat sirolimus antirestenotik. MicroReservoirs menyediakan pelepasan ubat yang terkawal dan berterusan hingga 90 hari1. Pelepasan sirolimus yang dilanjutkan daripada stent telah terbukti sangat berkesan pada kedua-dua vaskulatur koronari dan periferal. CAT™ (Cell Adherent Technology) proprietari MedAlliance membolehkan MicroReservoirs disaluti pada belon dan melekat pada lumen saluran apabila dihantar melalui belon angioplasti.

SELUTION SLR kini tersedia di Eropah dan di semua negara lain yang mengiktiraf Tanda CE.

Hubungan Media: 

Richard Kenyon
rkenyon@medalliance.com
+44 7831 569940

Tentang MedAlliance 

MedAlliance ialah sebuah syarikat teknologi perubatan milik persendirian. Ia beribu pejabat di Nyon, Switzerland dan mempunyai pejabat di Jerman, Singapura, UK dan AS. MedAlliance mengkhusus dalam pembangunan teknologi terkini dan pengkomersialan kombinasi produk peralatan dan ubat-ubatan canggih untuk rawatan penyakit arteri koronari dan periferal. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.medalliance.com

  1. Drug concentration evident in MicroReservoirs and tissue – Data pada fail M.A. Med Alliance SA

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1834626/MedAlliance_Image.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1196864/MedAlliance_Logo.jpg?p=medium600

Source: MedAlliance
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries