omniture

XCMG Disenaraikan Tiga Teratas dalam Yellow Table KHL Group untuk Tahun Kedua Berturut-turut

XCMG
2022-06-10 00:29 215

 Platform Kerja Udaranya Turut Tersenarai di Kedudukan ke-5 dalam senarai Access M20 Manufacturers  

XUZHOU, China, 10 Jun 2022 /PRNewswire/ -- XCMG (SHE:000425) disenaraikan antara tiga pengeluar peralatan asli (OEM) terbaik di dunia untuk tahun kedua berturut-turut, menurut Yellow Table yang diterbitkan oleh International Construction Magazine, subsidiari bagi syarikat media pembinaan global KHL Group. Selain itu, platform kerja udara XCMG juga menduduki tempat kelima di seluruh dunia dalam senarai Access M20 Manufacturers.

Yellow Table 2022 from KHL Group: XCMG Ranked Top Three OEMs in the World for the 2nd Consecutive Year; Credit: KHL Group.
Yellow Table 2022 from KHL Group: XCMG Ranked Top Three OEMs in the World for the 2nd Consecutive Year; Credit: KHL Group.

XCMG telah menunjukkan prestasi yang baik dalam penunjuk-penunjuk prestasi global yang lain, dengan kren bergerak dan penggerudian arah mendatar tersenarai di tempat pertama, kren menara tersenarai di tempat kedua, kren dipasang pada trak dan jentera jalan raya tersenarai di tempat ketiga buat julung kalinya, peralatan penggalian permukaan lombong tersenarai sebagai lima teratas dan set lengkap jentera cerucuk dan jentera konkrit tersenarai di tempat pertama. Peralatan penggalian XCMG disenaraikan di tempat kedua di China dan keenam di dunia dan telah melangkaui 200,000 unit dalam pengeluaran dan penjualan.

Di samping itu, XCMG telah menjadikan kedudukan pertama dalam industri bagi kereta bomba angkat dan platform kerja udara jenis-bum lebih stabil, seterusnya meningkatkan keuntungan. Hasil untuk jentera pembinaan kecil dan forklift masing-masing meningkat sebanyak 50% dan 258% berbanding tahun sebelumnya. Tapak penyelenggaraan baharu XCMG turut beroperasi, dengan stesen asfalt dan produk penyelenggaraan casis disenaraikan antara dua teratas dalam industri ini.

"Pendapatan kendalian XCMG bukan sahaja telah mencapai paras tinggi yang mencatat rekod, imbangan hasil dalam kategori-kategori produk yang berbeza juga telah menjadi lebih sekata," kata Wang Min, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi XCMG.

Pengantarabangsaan pasaran

Pada tahun 2021, walaupun terdapat halangan yang dibawa oleh pandemik, XCMG berkembang ke pasaran luar negara dan mencapai hasil eksport melebihi RMB 13 bilion, satu peningkatan berbanding tahun sebelumnya sebanyak lebih daripada 90%.

Pencapaian antarabangsa yang lain juga termasuk melabur USD 99 juta dalam pengembangan pasaran Amerika Utara, memenangi kontrak untuk pesanan besar kren bernilai RMB 100 juta di Asia-Pasifik, menggunakan peralatan perlombongan lelubang-terbuka berskala besar bernilai hampir RMB 200 juta, membekalkan 500 mesin pengorek ke Asia Tenggara dan menghantar lebih 100 platform kerja udara ke Amerika Utara.

Di samping itu, tapak pembuatan XCMG Brazil telah mencapai kejayaan penting dalam pasaran jentera pembinaan Amerika Selatan. Pada tahun 2021, jumlah pengeluaran dan penjualannya menyaksikan peningkatan lebih daripada 200% berbanding tahun sebelumnya manakala skala operasinya meningkat sebanyak 198% berbanding tahun sebelumnya. "Matlamat pembangunan Rancangan Lima-Tahun kami adalah untuk memastikan agar pendapatan daripada pengantarabangsaan adalah tidak kurang daripada 40%," tambah Wang.

Memacu perubahan industri

Sebagai peneraju dunia dalam industri jentera pembinaan, visi XCMG dipacu oleh pelaburan jangka panjang dan inovasi paras tinggi dalam penyelidikan dan pembangunan terhadap teknologi sekitar peralatannya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, XCMG terus mengukuhkan kapasiti inovasinya dan membangunkan penyelidikan saintifik dan teknologi yang utama. Antara produk-produknya ialah kren menara terbesar di dunia XGT15000-600S, trak buang perlombongan pacuan belakang yang terbesar di dunia DE440, perata tanah perlombongan amat besar GR5505 dan pemuat tanan domestik XC9350, yang membentuk sebahagian daripada katalog jentera berkualiti tingginya yang ekstensif.

 

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Keywords: Auto Construction/Building Machinery Transportation Awards Survey, Polls & Research