omniture

ALE Device perkenal IPS SIP DeskPhone 5-inci canggih dengan Wi-Fi 2.5/5G dan Bluetooth 5.0 terbina-dalam

ALE Device
2022-06-10 00:51 215

Alcatel-Lucent Enterprise M8 DeskPhone: lebih daripada sekadar telefon

SHANGHAI, 10 Jun 2022 /PRNewswire/ -- ALE China Co., Ltd, peneraju bagi teknologi audio untuk pasaran telefon talian darat global, berdagang di bawah nama ALE Device, memperkenalkan SIP DeskPhone yang canggih di bawah siri Myriad - Alcatel-Lucent Enterprise M8. Telefon baharu ini mewakili pencapaian yang besar bagi ALE Devices yang dibuat untuk pasaran SIP terbuka dan direka bentuk untuk membantu ahli perniagaan kekal terhubung dan produktif di mana-mana, pada bila-bila masa.


M8 DeskPhone dibina untuk cara bekerja dan menjalani kehidupan yang baharu. Ia mempunyai banyak pilihan sambungan yang membolehkannya disegerakkan dengan peranti berbilang media. Dibebaskan daripada lingkungan stesen kerja tetap, ia dapat memenuhi keperluan sambungan perniagaan yang dinamik. Audionya yang terkemuka dalam industri dan teknologi yang baru diterima pakai menjamin pengalaman baharu dalam audio, reka bentuk, kelajuan dan prestasi untuk pengguna akhir.

Ciri-ciri utama 

  • Paparan Penukaran Dalam-Satah (IPS) 5 inci
  • Seni bina baharu untuk kelajuan super
  • Wi-Fi 2.5G/5G dan Bluetooth 5.0 terbina-dalam, USB A & C
  • Audio jalur lebar super dan penalaan audio 360-darjah
  • Persidangan setempat 12-cara
  • Kekunci peka-sentuhan dengan LED
  • Roda pintar dengan lampu LED untuk fungsi navigasi dan kawalan volum
  • Reka bentuk fabrik yang elegen diinspirasikan oleh pembesar suara yang terkenal

M8 DeskPhone cukup fleksibel untuk mengikuti perkembangan pengguna dalam senario kerja yang dinamik termasuk pejabat pelan-terbuka, bilik mesyuarat atau di rumah. Ia boleh digunakan sebagai DeskPhone konvensional, menyampaikan audio yang paling terkini atau ia boleh menggantikan pelbagai peralatan persidangan dan beroperasi sebagai telefon persidangan atau pembesar suara dalam bilik mesyuarat. Bahkan, orang ramai boleh menggunakannya untuk mendengar muzik semasa waktu rehat mereka.

Kunjungi laman sesawang untuk mengetahui lebih lanjut tentang M8 DeskPhone.

Latar Belakang ALE Device 

ALE China Co., Ltd, beroperasi di bawah nama dagangan "ALE Device" merupakan pakar teknologi audio dalam pasaran DeskPhone global yang mereka bentuk dan memasarkan peranti komunikasi untuk perusahaan. Syarikat ini memfokuskan kepada teknologi inovatif untuk membangunkan pelbagai jenis peranti komunikasi perusahaan seperti telefon SIP, set kepala, peralatan audio dan video untuk Komunikasi Bersatu. Produk-produk ini boleh disepadukan kepada pelbagai penyelesaian dengan alat penyediaan yang mudah dengan cara yang berkesan kos, selamat dan fleksibel.

Kunjungi laman sesawang kami untuk maklumat lanjut: www.aledevice.com 

 

Source: ALE Device
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications New products/services