omniture

Memperkenalkan The Premium Collection Ulang Tahun ke-40 Clé de Peau Beauté

Clé de Peau Beauté
2022-06-10 11:00 447

Penjagaan Kulit dan Solekan Idaman Diperbaharui menjadi Barang Kemas Anggun dengan Kerjasama Elie Top

TOKYO, 10 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Pada musim cuti ini, Clé de Peau Beauté memperkenalkan koleksi mewah dan amat dinanti-nantikan dengan kerjasama pereka barang kemas Paris yang terkenal Elie Top, menggenapkan setahun sambutan ulang tahun ke-40 untuk jenama berkenaan. Dengan tema Radiant Sky (Langit Bersinar), dan diinspirasikan oleh objek-objek di angkasa, koleksi edisi terhad ini merangkumi khazanah penjagaan kulit dan solekan Clé de Peau Beauté yang paling dicari-cari: La Crème and Lipstick, diimaginasikan semula dalam ciptaan karya agung barangan kemas anggun yang menonjolkan dengan sempurna komitmen Clé de Peau Beauté terhadap ketukangan yang luar biasa.

The Premium Collection Ulang Tahun ke-40 Clé de Peau Beauté
The Premium Collection Ulang Tahun ke-40 Clé de Peau Beauté

Telah mewujudkan teras penting dalam ritual penjagaan kulit dan solekan yang paling mewah di dunia selama 40 tahun, koleksi luar biasa ini mewakili perayaan ketukangan – ditempa secara artistik dan mewah dengan emas dan perak serta ditatahkan dengan berlian. Bertema Radiant Sky (Langit Berkilauan) yang begitu sesuai, koleksi ini diinspirasikan oleh Matahari yang bercahaya dan pendarrona lembut Bulan. Untuk koleksi ini, pereka berwawasan Elie Top menggambarkan cakerawala dalam mata fikirannya, menukar cahayanya menjadi barang kemas Corps Celeste edisi terhad: Dazzling Jeweled Sun dan Luminous Jeweled Moon bagi menekankan dan meningkatkan keserian luminari Clé de Peau Beauté sendiri, La Crème and Lipstick yang menjadi idaman sejagat.

"Menggabungkan tenaganya bersama-sama merupakan kunci untuk menyerlahkan keserian yang tidak terhingga," kata En. Top.

Buatan tangan, sejak dari awal, The Premium Collection menonjolkan komitmen Clé de Peau Beauté ke arah ketukangan yang luar biasa. "Melukis dengan tangan membantu saya merasakan hubungan antara manusia dan bintang – kedua-duanya diterangi oleh sinaran tak terhingga yang sama," kata En. Top.

Setiap unit barangan kemas anggun dalam The Premium Collection, diukir dengan halus, ditera, digilap, ditatahkan dengan berlian dan dipasang menggunakan tangan oleh tukang berkemahiran tinggi di Perancis. Hanya tiga set lengkap The Premium Collection Ulang Tahun ke-40 Clé de Peau Beauté dapat dihasilkan menggunakan kaedah teliti yang berhati-hati ini setiap bulan.

Dazzling Jeweled Sun

Dazzling Jeweled Sun Melingkungi La Crème ikonik Clé de Peau Beauté
Dazzling Jeweled Sun Melingkungi La Crème ikonik Clé de Peau Beauté

Matahari memberi sinaran kepada langit. La Crème pula memberi keserian kepada kulit. Manakala Dazzling Jeweled Sun daripada En. Elie Top pula memberi penghormatan kepada kedua-duanya. Kesenian En. Top menggabungkan vermeil emas lapan belas karat, perak bercop-925 yang tulen untuk menghasilkan The Planet Jewelry Box. Di dalamnya, digantung seperti kaviar di atas ais, terletaknya La Crème. Direka bentuk selama berhari-hari dengan kaedah yang memakan masa dengan Penyinar Memperkasa-Kulit (Skin-Empowering Illuminator) yang amat pekat, krim muka mewah ini melembutkan dan menegangkan kulit serta menghasilkan semula kecantikan semula jadi.

"Saya membayangkan La Créme sebagai harta karun, terkunci di dalam peti besi dan anda harus mencari kunci untuk membuka rahsia yang tersimpan rapi ini," kata En. Top. The Sun Pendant membuka kunci The Planet Jewelry Box, mendedahkan khazanah di dalamnya – La Crème dilingkari dengan plat bersadur emas 24-karat. Loket tertanggal apabila ia membuka kunci, sedia dipakai sebagai barang kemas yang sangat indah. Diperbuat daripada emas dan perak yang sama seperti The Planet Jewelry Box, The Sun Pendant ditatahkan dengan 40 berlian tambahan – satu untuk setiap tahun sejarah Clé de Peau Beauté. Apabila The Sun Pendant dan La Crème ditanggalkan, bekas tersebut bertukar menjadi The Planet Jewelry Box.

Hanya terdapat dua bengkel di dunia ini yang mampu mencipta The Planet Jewelry Box, kerana sfera yang bersaiz besar harus dibentuk menjadi dua keping perak tulen. Sebaik sahaja bengkel yang betul ditugaskan, sepuluh percubaan yang berhati-hati diperlukan untuk mencapai tuangan sfera yang sempurna.

Luminous Jeweled Moon

Luminous Jeweled Moon Melingkungi The Lipstick Collection Clé de Peau Beauté
Luminous Jeweled Moon Melingkungi The Lipstick Collection Clé de Peau Beauté

Bulan memantulkan sinaran yang lembut dan tersebar. Begitu juga dengan The Lipstick Collection Clé de Peau Beauté – dan barangan tempaan emas dan berlian yang mengiringinya. The Luminous Jeweled Moon menyimpan Gincu dalam saduran bersalut emas 24-karat. Bedak kompak The Moon Mirror mempunyai bahagian luar bersadur emas, dengan berlian yang ditatahkan memaparkan bintang serta fasa bulan yang berbeza-beza. Di dalamnya, cermin dua sisi buatan Perancis membantu menjadikan setiap sapuan sempurna. Selain itu, di dalam kotak berwarna biru gelap The Premium Collection terdapat empat warna Gincu yang boleh ditukar ganti. Setiap satu mengandungi teknologi Penggalak Memperkasa-Cahaya (Light-Empowering Enhancer) – diinspirasikan oleh berlian untuk memantulkan dan menyebarkan kilauan. Bibir dan kulit diserikan, dengan kilauan tak terhingga yang kelihatan diterangi oleh bulan.

Latar Belakang Elie Top

En. Elie Top memulakan kerjaya beliau ketika berusia 20 tahun dan dua tahun kemudian, beliau diberi kepercayaan untuk mencipta koleksi barang kemas bagi sebuah syarikat fesyen yang berprestij. Kolaborasi selama sedekad bersama Lanvin menyusul. Pada tahun 2015, beliau menubuhkan Elie Top, jenama barang kemas anggun senama yang telah dapat dilihat di The New York Times, Vogue dan Financial Times. The Premium Collection Ulang Tahun ke-40 Clé de Peau Beauté menawarkan peluang untuk memiliki barangan Elie Top yang amat terhad, setiap satunya mengandungi produk mewah yang paling diidamkan daripada Clé de Peau Beauté.

Latar Belakang The Premium Collection Ulang Tahun ke-40 Clé de Peau Beauté

The Premium Collection hanya tersedia di negara-negara/wilayah-wilayah tertentu. Untuk butiran, sila semak dengan tempat jualan Clé de Peau Beauté kawasan setempat anda.

Latar Belakang Clé de Peau Beauté

Clé de Peau Beauté, jenama mewah bertaraf global daripada Shiseido Co., Ltd., ditubuhkan pada tahun 1982 sebagai ekspresi unggul bagi keanggunan dan sains. Clé de Peau Beauté bermaksud kunci kepada kecantikan kulit. Falsafah jenama ini adalah untuk menyerlahkan kuasa keserian pada wanita dengan memanfaatkan teknologi solekan dan penjagaan kulit yang canggih dari seluruh dunia. Selamanya dibimbing oleh kepekaan dan kecerdasan estetik yang hebat, Clé de Peau Beauté telah menerapkan produk-produknya dengan nilai kemodenan, kepesonaan dan kedinamikan untuk muncul sebagai peneraju industri dalam memberi keserian yang begitu luar biasa, yang terpancar dari dalam. Boleh didapati di 23 negara dan wilayah seluruh dunia. 

Laman Penambat Clé de Peau Beauté The Premium Collection: https://www.cledepeau-beaute.com/int/the-premium-collection.html

Laman Sesawang Rasmi Clé de Peau Beauté: www.cledepeau-beaute.com

Instagram Rasmi Clé de Peau Beauté: https://www.instagram.com/cledepeaubeaute/

 

Source: Clé de Peau Beauté
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail New products/services