omniture

UniPin dan Moonton Umum Perkongsian untuk Mobile Legends Paling Dinanti-nantikan: Kejohanan Piala Asia Tenggara Bang Bang, MSC 2022

UniPin
2022-06-13 08:34 80

KUALA LUMPUR, Malaysia, 13 Jun 2022 /PRNewswire/ -- UniPin sebagai pendaya perkhidmatan hiburan digital yang terkemuka di Asia Tenggara dengan sukacitanya mengumumkan satu perkongsian baharu bersama MOONTON Games.

Top-up MLBB diamonds at unipin.com, win Gold Ticket Grand Finals MSC 2022 and 3D2N trip to Kuala Lumpur!
Top-up MLBB diamonds at unipin.com, win Gold Ticket Grand Finals MSC 2022 and 3D2N trip to Kuala Lumpur!

Stella Soh, Pengarah Komersial UniPin Malaysia berkata bahawa perkongsian antara UniPin dan MOONTON Games adalah berasaskan kepada visi yang sama untuk menyokong pertumbuhan ekosistem e-sukan di Asia Tenggara yang dapat dilakukan dengan mewujudkan dan menjalankan pelbagai aktiviti dan kejohanan. Justeru itu, UniPin teruja menjadi sebahagian daripada MSC 2022 sebagai Rakan Kongsi Esukan Serantau rasmi.

"Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan MOONTON Games dalam MSC 2022 memandangkan kami berkongsi minat dan nilai yang sama. UniPin komited untuk membangunkan peluang di peringkat akar umbi dan menyokong komuniti. Ia juga merupakan visi UniPin untuk menjadikan perkhidmatan kami boleh diakses oleh semua pemain tanpa mengira lokasi, demografi atau status sosioekonomi mereka terutamanya di Asia Tenggara serta negara-negara baru muncul yang lain," kata Stella.

Adrian Cher, Ketua Jualan Serantau daripada MOONTON Games berkata bahawa kolaborasi dengan UniPin ini akan menyediakan jalan untuk peminat kami mengikuti MSC 2022 beraksi ketika kami meraikan #SupremaSEA e-sukan dengan cara sebaik mungkin dengan menganjurkan sekali lagi acara pentas secara langsung yang berskala besar.

"Kejohanan ini berperanan sebagai platform serantau untuk pemain MLBB dan peminat untuk berhimpun dan meraikan bakat terbaik di seluruh Asia Tenggara. Komitmen UniPin sejajar dengan visi kami untuk membantu memacu pertumbuhan dan kemampanan dalam ekosistem e-sukan dan kami juga teruja untuk saling bekerjasama erat dengan mereka untuk membawakan aksi tersebut lebih dekat dengan peminat kami," kata Adrian.

Bagi mengalu-alukan MSC 2022, UniPin menyediakan peluang hebat kepada peminat MLBB untuk menghadiri Kejohanan Peringkat Akhir MSC 2022 dengan menawarkan perjalanan berbayar sepenuhnya selama 3 hari 2 malam di Kuala Lumpur termasuk tiket Gold Tier untuk Kejohanan Peringkat Akhir itu sendiri. Mulai 27 Mei hingga 19 Jun, UniPin turut menawarkan pelbagai hadiah yang hebat seperti hadiah dalam-permainan MLBB pulangan tunai dan 'kulit' wira Epic. Sebagai kemuncaknya, UniPin akan menganjurkan beberapa aktiviti yang menyeronokkan di reruai mereka di MSC 2022, di mana para peserta boleh memenangi lebih banyak hadiah dan barangan eksklusif apabila melawat reruai tersebut.

Semua butiran maklumat yang berkaitan dengan UniPin, boleh diakses secara rasmi di www.unipin.com dan Instagram @unipin_malaysia.

Untuk pertanyaan media

Kezia Maharani 
Perhubungan Media
pr@unipin.com

Source: UniPin
Keywords: Advertising Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Sporting Events Sports Licensing/marketing agreements