omniture

CGTN: China berusaha imbangi kawalan COVID-19 yang dinamik dan pertumbuhan ekonomi

CGTN
2022-06-13 22:48 242

BEIJING, 13 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Di bawah falsafah pembangunan bertumpukan rakyat, China mengutamakan kehidupan dan kesihatan rakyat kerana negara ini masih meneruskan pendekatan yang dinamik bagi memastikan kawalan epidemik serta pembangunan sosial, ekonomi.

Beijing terus memperhalusi pendekatan anti-COVID-19nya, menjadikannya lebih saintifik, tepat dan berkesan, agar dapat meminimumkan impak pandemik ke atas pembangunan ekonomi dan sosial.

Semasa pemeriksaan terkini oleh Presiden Xi Jinping di Wilayah Sichuan, barat daya China, beliau menyeru usaha untuk mengatasi kesukaran dalam pembangunan ekonomi dan dalam masa yang sama menegaskan bahawa pendekatan sifar-COVID-19 yang dinamik haruslah didukung tanpa berbelah bahagi.

Presiden Xi, juga merupakan setiausaha agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC), memulakan pemeriksaan beliau pada hari Rabu dan melawat bandar-bandar Meishan serta Yibin.

Menggalakkan pembangunan pertanian hijau

Menggalakkan pemodenan pertanian diketengahkan apabila Xi melawat kampung Yongfeng. Dengan bergantung pada kelebihan industri padi dan teknologi, kampung berkenaan membina tapak ujian perintis yang terbesar bagi varieti padi baharu di wilayah berkenaan.

Setelah mengetahui tentang usaha kawasan tempatan untuk memajukan pembangunan tanah ladang standard tinggi, meningkatkan pengeluaran bijirin dan menggalakkan penggiatan semula luar bandar, Xi berkata usaha diperlukan untuk mengukuhkan aplikasi serta latihan sains dan teknologi pertanian serta membangunkan pertanian hijau, ekologi dan cekap dengan aktif.

"Rakyat Cina yakin dapat benar-benar memastikan mangkuk nasi berada dalam genggaman tangan kami sendiri," kata beliau, menambah bahawa penting untuk memastikan keselamatan makanan, khususnya pengeluaran bijirin.

Melindungi persekitaran ekologi di lembangan Sungai Yangtze

Melindungi persekitaran ekologi merupakan satu lagi tumpuan semasa lawatan pemeriksaan Xi.

Melindungi persekitaran ekologi lembangan Sungai Yangtze merupakan prasyarat untuk menggalakkan pembangunan Jalur Ekonomi Sungai Yangtze yang berkualiti tinggi, kata Xi apabila beliau melawat Sanjiangkou, di mana sungai Jinsha dan Minjiang bercantum menjadi Sungai Yangtze.

Jalur Ekonomi Sungai Yangtze mencakupi sembilan wilayah dan dua kawasan perbandaran, menyumbang sebanyak lebih 40 peratus bagi penduduk dan agregat ekonomi negara ini.

Kepimpinan tertinggi China menyeru usaha untuk menukarkan jalur ekonomi menjadi tumpuan negara ini terhadap pembangunan hijau, arteri utama untuk "dwi peredaran" yang lancar dalam pasaran domestik serta antarabangsa dan kuasa utama yang menerajui pembangunan ekonomi yang berkualiti tinggi.

Memastikan kehidupan dan pengeluaran normal rakyat

Semasa pemeriksaan berkenaan, Xi turut menyeru langkah-langkah untuk memudahkan siswazah kolej mendapat pekerjaan, menggalakkan inovasi saintifik dan teknologi dalam perusahaan serta meningkatkan kapasiti negara ini demi inovasi bebas.

Presiden amat prihatin akan usaha menyelamat dan merawat rakyat yang cedera dalam bencana gempa bumi bermagnitud 6.1 di Ya'an, Sichuan pada 1 Jun lalu.

Beliau menggesa pihak-pihak berkuasa tempatan untuk mengatur segala yang perlu untuk penduduk yang terjejas akibat bencana gempa bumi tersebut, memastikan bekalan keperluan harian dan membuat perancangan untuk pemulihan dan pembinaan semula.

Mengulas tentang banjir dan bencana geologi baru-baru di beberapa bahagain di China, beliau menyeru untuk melakukan persiapan kontingensi awal bagi melindungi nyawa dan harta benda rakyat. Beliau juga menuntut usaha menyelamat yang pantas selepas bencana bagi meminimumkan angka korban dan kehilangan harta benda.

https://news.cgtn.com/news/2022-06-09/Xi-Jinping-inspects-southwestern-Chinese-city-of-Yibin-1aIZLohONTG/index.html 

 

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Broadcast feed announcements Economic news, trends, analysis