omniture

F&NHB Menyebarkan Keceriaan Raya ke seluruh Negeri di Malaysia

Fraser and Neave Holdings Bhd
2022-06-15 10:53 103

KUALA LUMPUR, Malaysia, 15 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Syarikat makanan dan minuman terkemuka Malaysia, Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB) berkongsi kegembiraan Hari Raya Aidilfitri bersama lebih 500 individu and keluarga dari komuniti yang memerlukan sokongan di seluruh negara melalui program tahunan syarikat, dengan sumbangan yang diagihkan berjumlah lebih daripada RM 45,000.

F&N volunteers spread Raya cheer to an orphanage home at Kuantan
F&N volunteers spread Raya cheer to an orphanage home at Kuantan

Program tersebut dijalankan di seluruh Malaysia, termasuk Kuala Terengganu, Kota Bahru, Kuantan, Johor Bahru, Seremban, Pulau Pinang, Ipoh, Lembah Klang, Kota Kinabalu dan Kuching dimana ia turut menyaksikan 70 sukarelawan menyumbang tenaga lebih daripada 170 jam kepada komuniti. Melalui program tersebut, F&NHB juga bekerjasama dengan organisasi tempatan seperti Glenmarie Golf and Country Club, Kota Permai Golf and Country Club, Johor Darul Ta'zim FC, TV Alhijrah, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk menyediakan bantuan dan keperluan asas kepada rumah kanak-kanak, pusat perlindungan wanita dan kanak-kanak, B40 dan komuniti orang asli di kawasan yang dikenal pasti.

"Hari Raya adalah cuti perayaan bagi menyambut berakhirnya puasa di bulan Ramadan, yang juga di ibaratkan sambutan untuk menziharkan sihat ihsan, pengampunan dan bersedekah. Maka, inilah masa yang sesuai untuk menyumbang lebih banyak kepada masyarakat yang kurang bernasib baik berbanding dengan kita," kata Felicia Liew, Pengurus Modal Insan yang juga sukarelawan F&N di Kuching.

Selain daripada itu, syarikat ini turut menghubungi terus penerima bantuan untuk memahami keperluan khusus mereka, seperti barangan runcit dan keperluan seharian. Disebabkan itu, syarikat ini turut mengedarkan Bungkusan Raya, beras, minyak masak, bijirin, biskut, susu tin dan lampin.

Sumbangan yang disediakan juga mengandungi produk F&N seperti 100PLUS, Susu Pekat dan Susu Sejat F&N, Kordial F&N, F&N Fun Flavors, F&N ICE MOUNTAIN, Susu Soya Ros F&N SEASONS, dan Susu F&N Magnolia, serta ketupat dan sos Sri Nona.

Program ini dimulakan atas dasar semangat ingin berkongsi dan mengambil berat keperluan masyarakat. Tambahan pula, keadaan ekonomi yang masih belum pulih sepenuhnya selepas dua tahun akibat pandemik yang mungkin menyebabkan badan amal turut mengalami kesukaran untuk memperoleh dana daripada orang ramai bagi menyokong operasi harian mereka.

Komuniti adalah Keutamaan Syarikat

Kerja sosial F&NHB dirintis atas dasar komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk memperjuangkan jenama yang didorong oleh komuniti, dimana ia dimulakan oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia dan menyumbang kembali kepada komuniti yang telah memacu kejayaan dan pertumbuhan syarikat ini.

"Kami kekal menjadikan masyarakat sebagai fokus keutamaan kami dan kami tidak sabar untuk menjalankan lebih banyak kempen bagi meringankan bebanan komuniti terdedah tempatan," kata Karen Tan, Pengarah Komunikasi, Hal Ehwal Korporat & Kelestarian F&NHB.

Sebelum Program Raya ini, 100PLUS telah memulakan program Ramadan pada April 2022 dengan memberi sumbangan kepada masyarakat setempat. Pasukan khas 100PLUS Ramadan berganding bahu dengan Persatuan Seniman Malaysia dan MYDIN untuk Program Bubur Lambuk bagi mengedarkan hampir 17,000 tin 100PLUS ACTIVE (yang bernilai hampir RM30,000) kepada orang ramai semasa berbuka puasa di pelbagai lokasi di seluruh negara.

Semasa program itu dijalankan, Duta Jenama 100PLUS, Syafiq Kyle telah membuat penampilan khas untuk menyertai sukarelawan komuniti tempatan dalam menyediakan makanan untuk mereka yang memerlukan dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan untuk kekal terhidrat bagi rangsangan mental dan fizikal sepanjang bulan puasa Ramadan.

Mengenai Fraser & Neave Holdings Bhd:

Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB) adalah sebuah syarikat Malaysia yang disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Berhad yang mempunyai sejarah gilang-gemilang yang menjangkau 138 tahun dan ia adalah sinonim dengan produk halal dan berkualiti tinggi yang dipercayai sejak turun-temurun. Kumpulan F&N mempunyai perolehan tahuan bernilai RM4 bilion daripada perniagaan teras dan berdasarkan konstituen indek FTSE4Good Bursa Malaysia (F4GBM) dalam komitmen yang tinggi untuk Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG). Untuk makluman lebih lanjut, sila layari www.fn.com.my  dan Linkedln.

Source: Fraser and Neave Holdings Bhd
Related Stocks:
Malaysia:3689
Keywords: Beverages Food/Beverages Corporate Social Responsibility