omniture

InsureMO dan Unqork ganding bahu revolusikan cara industri insurans global bina aplikasi

InsureMO
2022-06-15 14:14 195

SINGAPURA, 15 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Platform perisian tengah Open API tanpa kepala (headless) InsureMO digabungkan dengan platform tanpa-kod perusahaan Unqork kini menawarkan KELAJUAN (SPEED) dan KETANGKASAN (AGILITY) untuk ekosistem Insurans menangani cabaran jejak legasi yang amat besar dalam perusahaan.

14 Jun 2022 Singapura - InsureMO dan Unqork mengumumkan satu perkongsian global yang bertujuan untuk menyampaikan kelajuan dan ketangkasan dalam mencipta sebarang aplikasi insurans untuk penanggung insurans, broker/ejen serta Teknologi Insurans (InsurTech) untuk semua barisan perniagaan dalam Hayat, Harta Benda & Korban (P&C) serta Kesihatan. Gabungan kuasa API pejabat Tengah daripada platform InsureMO dan keupayaan pembangunan aplikasi tanpa-kod gred-perusahaan Unqork akan membolehkan pelanggan mencipta pengalaman digital yang berkualiti tinggi serta aplikasi perniagaan teras dan dalam masa yang sama meninggalkan kekangan kod legasi pada bahagian belakang.

InsureMO® ialah platform perisian tengah insurans terbesar yang mengupayakan pelbagai keadaan penggunaan merentas lebih 300 penanggung insurans, lebih 5,000 saluran dan InsurTech di lebih 30 negara seluruh dunia dan meraih lebih daripada $20 bilion premium setiap tahun. Unqork membantu perniagaan membina, melaksanakan dan mengurus perisian yang kompleks tanpa perlu memikirkan tentang kod. Melalui standard seni bina tanpa kod Unqork, perusahaan dapat memfokuskan kepada inovasi terhadap perniagaan dan mengekalkan kelebihan daya saing dan bukannya mengekalkan kod legasi.

Kolaborasi ini akan meningkatkan keupayaan penanggung insurans, broker, ejen, MGA dan syarikat pemula Insurtech untuk mengendalikan sifat volum tinggi dan kelajuan tinggi pasaran insurans digital hari ini. Pelanggan akan menggunakan antara muka tarik-dan-lepas Unqork untuk membina interaksi digital bahagian hadapan, melibatkan pengagihan merentas pelbagai saluran serta menyediakan portal pelanggan dan alatan layan diri yang dikuasakan oleh ribuan API yang sedia digunakan dan aset-aset Produk Insurans daripada InsureMO. 

"InsureMO dan Unqork membawa keupayaan yang belum pernah terjadi sebelum ini untuk memacu inovasi yang pesat dan kepantasan dibawa ke pasaran untuk ekosistem Insurans keseluruhan," kata Rajat Sharma, Ketua Pegawai Hasil di InsureMO. "Platform perisian tengah tanpa kepala InsureMO untuk industri insurans, diintegrasikan dengan keupayaan Unqork untuk menyesuaikan pengalaman bahagian depan, memperkasa penanggung insurans untuk melancarkan produk baharu, mengurangkan kos dan meningkatkan kepantasan dibawa ke pasaran dengan pesat dan mudah."

"Industri insurans merupakan detik transformatif, yang melaluinya penanggung insurans dapat meninggalkan sistem legasi berasaskan kod yang tidak fleksibel dan proses manual untuk kali terakhir," kata said Farooq Sheikh, Ketua Insurans, Unqork. "Perkongsian ini dapat menyediakan kepada pelanggan dengan apa yang benar-benar dicari oleh mereka dalam detik ini – cara untuk meningkatkan inovasi dan automasi sekali gus mengurangkan kos serta mempercepatkan masa dibawa ke pasaran."

Latar Belakang InsureMO 

InsureMO® (untuk "Pejabat Tengah Insurans") diwujudkan untuk mempercepatkan inovasi insurans, meningkatkan keterhubungan antara pihak berkepentingan dan mengendalikan sejumlah besar, variasi dan halaju data dalam "Era Digital". InsureMO ialah perkhidmatan-sebagai-satu-platform (PaaS) yang bertindak sebagai perisian tengah untuk industri insurans, membebaskan penanggung insurans daripada kekangan legasi dan menyerlahkan keupayaan mereka untuk berinovasi dan berhubung dengan pihak berkepentingan. InsureMO memiliki set penuh API insurans dan mikroservis untuk perniagaan insurans am (P&C), hayat dan kesihatan meliputi seluruh kitar hayat polisi. InsureMO menyokong kolaborasi Open API, diurus melalui Bekas Awan (berasaskan Docker dan Kubernetes) serta membolehkan pihak-pihak ketiga untuk membangunkan aplikasi.

Latar Belakang Unqork

Platform tanpa-kod perusahaan Unqork membantu organisasi-organisasi yang terkemuka membangunkan, melaksanakan dan mengurus perisian yang kompleks tanpa perlu memikirkan tentang kod. Unqork mencipta standard seni bina tanpa kod - masa depan pembangunan perisian yang membebaskan perusahaan yang terbesar di dunia daripada kesulitan tidak diduga kod legasi dan membolehkan mereka memfokuskan kepada inovasi untuk memacu perniagaan dan mengekalkan kelebihan daya saing. Lebih satu pertiga daripada pelanggan korporat Unqork disenaraikan dalam Fortune 500 dengan senarai pelanggan yang melibatkan Goldman Sachs, Marsh, Maimonides Medical Center dan Jabatan Kesihatan dan Khidmat Insan A.S. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi: unqork.com. 

Untuk pertanyaan lanjut tentang InsureMO Alliances, sila hubungi @Anubhav Sharma (anubhav.sharma@eBaoTech.com)

Hubungan Media:
Sandeep Bastikar
+65 81571458
sandeep.bastikar@ebaotech.com 

Source: InsureMO
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Insurance Licensing/marketing agreements