omniture

AMAZFIT PERKENAL PENAMBAHAN JAM TANGAN PINTAR PENTING BERNILAI TERBAIK, AMAZFIT BIP 3 DAN BIP 3 PRO

Amazfit
2022-06-15 16:00 156

Produk-produk serba baharu menyerlah dengan paparan warna amat besar dan pengesanan kesihatan menyeluruh 

CUPERTINO, California, 15 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Amazfit, jenama peranti boleh pakai pintar global yang terkemuka Zepp Health (NYSE: ZEPP), memperkenalkan secara rasmi generasi baharu dengan jam tangan bernilai terbaik, Amazfit Bip 3 dan Amazfit Bip 3 Pro, yang menampilkan paparan warna amat besar dan fungsi-fungsi kesihatan yang menyeluruh. Mengikuti slogan "Fikir Besar, Fikir Bip" ("Think Big, Think Bip,"), penambahan baharu kepada siri Amazfit Bip ini dirancang untuk menginspirasikan cara menjalani kehidupan yang produktiviti, aktif dan praktikal.

Amazfit Bip 3 Series smartwatch
Amazfit Bip 3 Series smartwatch

REKA BENTUK BERANI  

Paparan Warna Amat Besar

Amazfit Bip 3 dan Bip 3 Pro kedua-duanya membawakan paparan warna 1.69" yang luar biasa besar. Diperbuat daripada 2.5D kaca waja dan diliputi dengan lapisan anti-cap jari, skrin yang amat besar membolehkan pengguna untuk melihat kesemua notifikasi mereka, seperti panggilan masuk, pesanan, peringatan serta data kesihatan dan kecergasan dengan begitu jelas.

Peribadikan Muka Jam Tangan

Amazfit Bip 3 Series mempunyai rangkaian yang amat besar dengan lebih 50 muka jam tangan, sesetengahnya boleh disesuaikan dengan widget boleh edit, kesemuanya tersedia untuk dimuat turun dalam Zepp App. Pengguna malah boleh menikmati pilihan untuk menjadikan paparan mereka unik dengan memuat naik foto mereka sendiri, untuk mengekspresikan personaliti mereka secara bebas.

TEMAN SUKAN PRAKTIKAL

Hayat Bateri 14-hari 

Amazfit Bip 3 Series direka bentuk demi praktikaliti maksimum. Jam tangan pintar ini mempunyai bateri yang berkuasa, dengan kapasiti nilai terkadar 280 mAh, kepada badannya yang sangat nipis dan ringan – yang membolehkan mereka berlari selama 14 hari berturut-turut pada satu cas dengan penggunaan tipikal.

Penentududukan berkejituan tinggi 

Amazfit Bip 3 Pro mempunyai GPS terbina-dalam dan menyokong sejumlah 4 sistem penentududukan satelit untuk membantu pengguna mengesan pergerakan mereka dengan kejituan tinggi, manakala Amazfit Bip 3 dapat menyokong sambungan ke GPS telefon mudah alih.

Rintangan-air 5 ATM

Dengan gred 5 ATM, Amazfit Bip 3 Series dapat menahan tekanan air yang bersamaan dengan kedalaman sehingga 50 meter, agar pengguna boleh menikmati percikan yang menyeronokkan dalam air. Malah, Bip 3 Pro mempunyai mod sukan Renang Air Terbuka, dijayakan dengan GPS terbina-dalam yang membolehkan pengguna mengesan data renang mereka.

Lebih 60 Mod Sukan 

Amazfit Bip 3 menampilkan 60 mod sukan yang membolehkan pengguna mengesan data untuk semua jenis sukan yang berbeza termasuk berjalan, berlari dan berbasikal dalaman dan luaran, serta latihan kekuatan, yoga dan jenis latihan bentuk bebas yang lain. Walaupun kedua-dua jam tangan pintar ini mempunyai fungsi Target Pace[1] yang membolehkan pengguna menetapkan matlamat kelajuan, Bip 3 Pro dilengkapi dengan mod Renang Air Terbuka tambahan untuk penjejakan aktiviti tambahan.

PENGURUSAN KESIHATAN KOMPREHENSIF

Pengukuran Ketepuan Oksigen-darah

Bagi membantu pengguna memahami dengan mudah keadaan fizikal mereka, baik Amazfit Bip 3 mahupun Bip 3 Pro dilengkapi dengan ciri pengukuran ketepuan oksigen darah yang dapat memberi keputusan sepantas 25 saat. Pengguna boleh mengesan oksigen darah mereka tatkala mereka berasa tidak selesa atau sesak nafas, untuk pemeriksaan kesihatan waktu sebenar.

Tidur Lebih Lena, Kurang Tekanan  

Amazfit Bip 3 Series mengesan data kesihatan yang penting seperti kadar degupan jantung, tahap tekanan, kualiti tidur (termasuk tahap tidur dan tidur waktu siang) serta kitaran haid wanita. Apabila ia mengesan tahap tekanan yang tinggi, jam tangan pintar ini malah dapat mengingatkan kepada pengguna untuk melakukan senaman pernafasan terbina-dalam untuk membantu menenangkan diri sendiri.

Penilaian Kesihatan PAI

Siri jam tangan pintar bernilai terbaik ini turut membawakan Sistem Penilaian Kesihatan PAI yang menggunakan algoritma pintar untuk mengambil data kesihatan dan kecergasan konvensional seperti kadar degupan jantung dan kiraan langkah serta data yang dikumpul daripada aktiviti-aktiviti harian pengguna seperti bermain dengan haiwan kesayangan mereka dan menukarkan kesemuanya kepada skor tunggal intuitif yang unik kepada pengguna.

[1] Target Pace hanya serasi dengan mod sukan Larian Luar dan Sawat Injak.

HARGA DAN KETERSEDIAAN 

Amazfit Bip 3 kini berharga $59.99/€59.90 manakala Amazfit Bip 3 Pro berharga $69.99/€69.90. Amazfit Bip 3 Series akan tersedia di seluruh dunia bermula pada 15 Jun 2022.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.amazfit.com/en/ dan ikuti kami di Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube.

Latar Belakang Amazfit 

Amazfit, jenama peranti boleh pakai pintar global terkemuka yang memfokuskan kepada kesihatan dan kecergasan, merupakan sebahagian daripada Zepp Health (NYSE: ZEPP), sebuah syarikat teknologi kesihatan. Menawarkan seleksi luas jam tangan pintar dan tali jam, intipati jenama Amazfit ialah "Up Your Game" ("Berusaha Menjadi Lebih Baik"), menggalakkan pengguna untuk menghidupkan minat mereka dan mengekspresikan semangat aktif mereka dengan bebas. Amazfit dikuasakan oleh platform pengurusan kesihatan proprietari Zepp Health yang memberi pandangan dan panduan boleh diambil tindakan 24/7 berasaskan awan untuk membantu pengguna mencapai matlamat kesihatan mereka. Dengan ketukangan yang cemerlang, jam tangan pintar Amazfit telah memenangi banyak anugerah reka bentuk termasuk iF Design Award dan Red Dot Design Award.

Dilancarkan pada tahun 2015, hari ini Amazfit diterima oleh berjuta-juta pengguna. Produknya boleh didapati di lebih daripada 90 negara merentas benua Amerika serta wilayah EMEA dan APAC. Untuk maklumat lanjut tentang Amazfit, kunjungi www.amazfit.com. Untuk maklumat lanjut tentang Zepp Health, kunjungi www.zepphealth.com.

 

Source: Amazfit
Related Stocks:
NYSE:ZEPP
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services