omniture

IGS MENCURAHKAN KASIH SAYANG KEPADA ANAK-ANAK YATIM DAN OKU MELALUI INISIATIF "FOOD FOR CHANGE"

Integrated Global Solutions Sdn Bhd
2022-06-16 08:00 113

SUBANG JAYA, Malaysia, 16 Jun 2022 /PRNewswire/ -- "Food For Change" adalah sebuah inisiatif baharu yang dicetuskan oleh Integrated Global Solutions (IGS). Ia bertujuan membantu anak-anak yatim, Orang Kurang Upaya (OKU) serta rumah kebajikan dalam komuniti, khususnya kepada mereka yang mengalami cabaran kelangsungan hidup sejak dua tahun ini akibat pandemik COVID-19. Inisiatif ini juga bertujuan untuk membawa perubahan melalui makanan, memastikan bahawa tiada kanak-kanak dalam komuniti kita mengalami kelaparan.

Dari Kiri: En Ang Poh Koon (Ketua Pegawai Eksekutif IGS), En Cheah Siong Nyin (Pemegang Amanah, Pusat Jagaan Kanak-Kanak Cacat Taman Megah), Puan Umah Devi A/P Rajamanikam (Pengasas Bersama, Pusat Jagaan Kanak-Kanak Cacat Taman Megah), En Johan Halid (Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Food Bank)
Dari Kiri: En Ang Poh Koon (Ketua Pegawai Eksekutif IGS), En Cheah Siong Nyin (Pemegang Amanah, Pusat Jagaan Kanak-Kanak Cacat Taman Megah), Puan Umah Devi A/P Rajamanikam (Pengasas Bersama, Pusat Jagaan Kanak-Kanak Cacat Taman Megah), En Johan Halid (Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Food Bank)

Tiada sesiapa boleh hidup bersendirian dan berasingan dari komuniti, maka antara kita yang berkemampuan harus memberi sokongan serta bantuan kepada antara kita yang kurang berkemampuan dalam komuniti kita. "Keupayaan untuk menyalurkan bantuan adalah satu motivasi untuk memberi inspirasi bagi berkhidmat untuk komuniti kita. Prinsip 'Memberi kembali kepada masyarakat' juga membantu kita dalam memupuk budaya memberi dan 'paying it forward'." kata Ang Poh Koon, Ketua Pegawai Eksekutif IGS.

IGS telah bekerjasama dengan Yayasan Food Bank bagi melaksanakan inisitatif ini. Matlamat kami dalam kerjasama ini adalah untuk bergabung tenaga dalam membawa senyuman ke wajah kanak-kanak yang kurang nasib baik serta melahirkan kegembiraan buat hati mereka melalui makanan. Makanan merupakan keperluan asas yang diperlukan oleh rumah-rumah kebajikan. Barangan dermaan termasuk minyak masak, beras, gula, rempah, sos, mi dan barangan runcit yang lain.

Ang berharap dengan tindakan ihsan kecil ini, ia boleh membawa perubahan yang bermakna dalam kesejahteraan kanak-kanak dalam jangka masa panjang. Antara penerima manfaat inisiatif ini termasuk Pertubuhan Kebajikan Nur Hati, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Marry dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak Cacat Taman Megah.

IGS adalah "System Integrator" yang terkemuka dalam industri teknologi Malaysia dan terbukti sebagai pakar dalam transformasi digital. Sejak penubuhannya pada 2003, IGS telah mencapai rekod kejayaan dalam transformasi digital dan projek IT yang berskala besar. IGS menawarkan perkhidmatan dan produk IT khas bagi perusahaan dan korporat, sama ada besar atau kecil. Layari laman sesawang kami di www.igsb.com.my untuk maklumat lanjut.

Yayasan Food Bank merupakan rakan kongsi yang sesuai bagi inisiatif ini. Yayasan Food Bank adalah pemangkin dalam meminimumkan sisa makanan di samping menangani isu peningkatan kos sara hidup, khususnya bagi komuniti B40. Kerjasama ini selaras dengan Misi Bantuan Kemanusiaan Yayasan Food Bank yang menyediakan bantuan makanan khas kepada rumah kebajikan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Jika anda ingin menderma, anda boleh berbuat demikian ke akaun bank berikut:
Nama: Yayasan Food Bank Malaysia
Bank: Maybank
Akaun: 5660 1063 0584

Source: Integrated Global Solutions Sdn Bhd
Keywords: Food/Beverages Organic Food Retail Children-related news Corporate Social Responsibility Not for profit