omniture

Gibraltar BSN: Tingkah Laku Pengguna Beralih Kepada Digital Kekal Di Landasan Kukuh

Gibraltar BSN
2022-06-16 10:00 114

KUALA LUMPUR, Malaysia, 16 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Meskipun aktiviti perniagaan fizikal semakin bertambah kukuh semasa negara memasuki fasa endemik, tingkah laku pengguna yang semakin beralih ke arah platform digital juga kekal meningkat. Ini merupakan petanda baik bagi mencapai cita-cita negara untuk beralih ke arah ekonomi digital menjelang 2030.

Gibraltar BSN telah meneliti tren yang memberangsangkan ini melalui perkembangan yang berterusan daripada pelanggannya yang lebih gemar menggunakan Chatbot rasmi, Live Chat, dan laman sesawang. Ketua Pegawai Eksekutif Lee Kok Wah mengulas, "Sejak dua tahun yang lalu, kami telah menyaksikan peningkatan dua angka dalam semua platform komunikasi digital kami. Walaupun ejen di lapangan kami mengalami peningkatan yang ketara dalam permintaan pelanggan untuk pertemuan bersemuka mengenai nasihat insurans, kami mendapati bahawa semakin ramai pelanggan kami memilih untuk berinteraksi dengan kami secara digital untuk perkara berkaitan polisi mereka. Tambahan, sehingga hari ini, transaksi bulanan Chatbot pintar kami di WhatsApp meningkat secara purata sebanyak 12%."

Gibraltar BSN sedang memperluaskan kegunaan Chatbot GINA (Gibraltar INtelligent Assistant) untuk memanfaatkan tingkah laku pengguna yang mengutamakan digital. Pada awal tahun ini, GINA telah dinaik taraf dengan keupayaan pembelajaran mesin dan kebolehan untuk berbual dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Terbaharu, GINA kini mampu menerima permintaan pelanggan untuk menambah atau mengurangkan jumlah yang diinsuranskan untuk pelan i-FlexCover mereka.

i-FlexCover merupakan sebuah produk insurans pelan langganan pertama di Malaysia yang dilancarkan pada awal tahun ini. Pelan ini membolehkan pelanggan menambah atau mengurangkan jumlah perlindungan mereka pada bila-bila masa dengan mengikuti bajet dan keperluan gaya hidup mereka yang sentiasa berubah.

Kok Wah seterusnya menghuraikan, "Jelas sekali, wabak ini bukan sahaja telah mempercepatkan transformasi digital tetapi telah memangkin perubahan berterusan dalam tingkah laku pengguna di Malaysia. Kami jangkakan bahawa pelancaran 5G akan mendorong lagi perubahan dalam landskap perniagaan; untuk mengekalkan kelebihan daya saing kami, pelaburan dalam digital kini lebih penting. GINA akan menjadi kunci utama bagi Gibraltar BSN untuk memperkasakan lagi interaksi pelanggan kami melalui fungsi baharu yang memenuhi perkhidmatan atas permintaan. Kami akan terus meneliti dan memanfaatkan teknologi baharu untuk memajukan perjalanan digital kami."

Source: Gibraltar BSN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Insurance Internet Technology Multimedia/Online/Internet Telecommunications