omniture

Johnson Controls Dapati Kelebihan Kompetitif sebagai Pemacu Utama untuk Syarikat-syarikat Asia Tenggara Yang Mengutamakan Kelestarian

Johnson Controls
2022-06-16 12:00 162
  • Tinjauan menunjukkan keterdesakan dengan 70 peratus daripada 246 pemimpin strategi kelestarian disoal selidik dalam empat negara di seluruh Asia Tenggara mengenal pasti kelestarian sebagai keutamaan yang semakin meningkat sejak dua tahun yang lalu, dipacu oleh kelebihan kompetitif dalam menarik minat pelanggan
  • Sembilan puluh satu peratus menganggap bangunan dan ruang kerja cekap tenaga sebagai satu keutamaan pelaburan dalam tempoh tiga tahun
  • Lima halangan utama hari ini berkaitan dengan mengurus pelbagai pihak yang terlibat, kekurangan rancangan strategik, kekurangan rakan kongsi luar, pemahaman mengenai keperluan dasar yang berubah-ubah dan pergelutan untuk meningkat

SINGAPURA, Jun 16, 2022  /PRNewswire/ -- Johnson Controls (NYSE: JCI), peneraju global untuk bangunan pintar, sihat dan lestari, baru-baru ini mengeluarkan keputusan daripada kajian global bagi menilai tahap kemajuan yang telah dicapai oleh syarikat-syarikat dalam mengejar matlamat kelestarian mereka, menunjukkan bahawa kelestarian kini merupakan keutamaan pelaburan perniagaan yang tertinggi secara global.

Keutamaan ini diperlihatkan secara konsisten merentas wilayah termasuk Asia Tenggara, seperti yang ditunjukkan oleh 70% daripada 246 pemimpin perniagaan yang disoal selidik merentas Singapura, Malaysia, Indonesia dan Thailand. Keputusan daripada siri temu bual dan tinjauan dalam talian yang dijalankan oleh Forrester Consulting, ditugaskan dan dibangunkan dengan kerjasama Johnson Controls, mendapati kelebihan kompetitif merupakan pemacu yang jelas.

"Tinjauan berkenaan jelas menunjukkan bahawa pemimpin perniagaan di Asia Tenggara melihat kelestarian sebagai keutamaan perniagaan nombor satu ketika ini. Antara inisiatif-inisiatif kelestarian penting yang berbeza pula, bangunan dan ruang kerja cekap tenaga menjadi agenda yang tinggi dengan 91% menganggap ia merupakan satu keutamaan pelaburan dalam tempoh tiga tahun," kata Charles Lim, pemimpin, Asia Tenggara, Johnson Controls. "Lebih daripada tiga perempat responden mempunyai matlamat untuk mengurangkan emisi karbon dalam portfolio bangunan mereka sebanyak 26% atau lebih; dan 11% berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sifar bersih atau negatif karbon."


Walaupun organisasi-organisasi mengiktiraf faedah-faedah melaksanakan amalan kelestarian, banyak syarikat tidak tahu di mana untuk bermula bagi membuat persediaan untuk transformasi perniagaan yang kritikal. Lima halangan utama pada hari ini berkaitan dengan mengurus pelbagai pihak yang terlibat, kekurangan rancangan strategik, kekurangan rakan kongsi luar, pemahaman mengenai keperluan dasar yang berubah-ubah dan pergelutan untuk meningkat.


Tinjauan berkenaan selanjutnya mendapati bahawa hanya 18% responden di Asia Tenggara mempunyai perisian pelaporan ESG bagi membantu mengukur tahap kemajuan mereka manakala 41% responden percaya bahawa organisasi-organisasi mereka mengalami kekurangan kepakaran dalaman, lalu menghalang mereka daripada mengesan emisi karbon mereka dengan berkesan.

"Dalam perlumbaan menuju penyahkarbonan, syarikat-syarikat perlu menyelaraskan keutamaan mengikut tuntutan banyak pihak berkepentingan, bekerjasama dengan rakan kongsi untuk membangunkan hala tuju kelestarian yang telus dan mengenal pasti metrik serta menerima pakai alat untuk menjejak kemajuan," kata Mei Peng Hor, pengarah pembangunan perniagaan, infrastruktur lestari, Asia Pasifik, Johnson Controls. "Lebih ramai pelanggan mencari jalan untuk menjadikan proses ini lebih mudah dan memindahkan komitmen kelestarian serta risiko untuk mencapai sasaran ini kepada rakan kongsi luar yang mempunyai keupayaan, skala dan ekosistem. Bangunan Sifar Bersih OpenBlue sebagai satu Perkhidmatan kami umpamanya, telah membantu University of Hawaii mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 80% dalam empat kampus, menjimatkan AS$80 juta, melalui penyelesaian naik taraf tenaga dan tenaga boleh diperbaharui."


Tinjauan global mendapati bahawa Amerika Utara merupakan yang paling agresif dengan matlamat pengurangan karbonnya. Ketika keterdesakan dalam sektor swasta menjadi semakin meningkat di Asia Tenggara, banyak lagi yang diperlukan. Laporan Keadaan Perubahan Iklim ASEAN menyatakan bahawa "masih terdapat jurang yang besar dalam pelaksanaan dan cita-cita" berdasarkan kepada sasaran pengurangan emisi pada tahun 2030 dan trend emisi sehingga kini.

Untuk melihat keputusan global Tinjauan Perlumbaan menuju Penyahkarbonan penuh, sila kunjungi:
www.johnsoncontrols.com/forresterstudy

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana Johnson Controls menjadikan kepimpinan sifar bersih mudah, sila kunjungi:
www.johnsoncontrols.com/en_sg/openblue/net-zero-buildings

Latar Belakang Johnson Controls:

Di Johnson Controls (NYSE:JCI), kami mengubah persekitaran tempat orang ramai tinggal, bekerja, belajar dan bermain. Sebagai peneraju global untuk bangunan yang pintar, sihat dan lestari, misi kami adalah untuk memperbaharui semula prestasi bangunan bagi menawarkan perkhidmatan kepada orang ramai, tempat dan planet ini.

Meneruskan sejarah yang dibanggakan selama lebih daripada 135 tahun, kami menyampaikan pelan tindakan masa depan untuk industri-industri seperti rawatan kesihatan, sekolah, pusat data, lapangan terbang, stadium, pembuatan dan selanjutnya melalui OpenBlue, tawaran digital kami yang komprehensif. Hari ini, dengan pasukan global yang terdiri daripada 100,000 pakar dalam lebih daripada 150 negara, Johnson Controls menawarkan portfolio teknologi bangunan, perisian serta penyelesaian perkhidmatan yang terbesar di dunia dengan beberapa nama yang paling dipercayai dalam industri ini. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.johnsoncontrols.sg atau ikuti kami di Johnson Controls Asia Pacific di LinkedIn.

Source: Johnson Controls
Related Stocks:
NYSE:JCI
Keywords: Banking/Financial Service Construction/Building Household/Consumer/Cosmetics HVAC Survey, Polls & Research