omniture

NCH di PAMERAN HIBRID ALAT MESIN, KERJA LOGAM DAN TEKNOLOGI AUTOMASI TERBESAR MALAYSIA 2022

NCH Malaysia
2022-06-16 19:31 143
  • Membawakan PENCUCI ALAT berasaskan air berkuasa dikenali sebagai TORRENT
  • Rangkaian luas Produk Pelincir, Penyahgris dan Pembaikan Logam

KUALA LUMPUR, Malaysia, 16 Jun 2022 /PRNewswire/ -- NCH Malaysia (www.nchmalaysia.com) akan hadir secara fizikal di PAMERAN HIBRID ALAT MESIN, KERJA LOGAM DAN TEKNOLOGI AUTOMASI TERBESAR MALAYSIA 2022. Ia akan terlibat dalam perbualan waktu sebenar yang bermakna dan perkongsian maklumat melalui sesi secara bersemuka di bilik sembang secara langsung kami.

NCH di PAMERAN HIBRID ALAT MESIN, KERJA LOGAM DAN TEKNOLOGI AUTOMASI TERBESAR MALAYSIA 2022
NCH di PAMERAN HIBRID ALAT MESIN, KERJA LOGAM DAN TEKNOLOGI AUTOMASI TERBESAR MALAYSIA 2022

Salah satu kemuncak reruai kami ialah pameran PENCUCI ALAT berasaskan air berkuasa kami yang paling laris terjual dikenali sebagai TORRENT. Selain itu, kami memiliki rangkaian luas Produk Pelincir, Penyahgris dan Pembaikan Logam untuk pelbagai keperluan.

Pameran Hibrid METALTECH & AUTOMEX merupakan acara pertama seumpamanya yang menggabungkan baik kehadiran fizikal mahupun kehadiran maya jenama-jenama yang mengadakan pameran. Acara hibrid ini memberi pilihan kepada peserta pameran dan pengunjung untuk berhubung dalam suasana profesional menerusi persekitaran fizikal yang selamat atau ruang maya yang tidak terhad. Pameran ini berlangsung mulai 22-25 JUN 2022 di Pusat Perdagangan & Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur, Malaysia.

NCH Corporation ialah salah satu peneraju global bagi produk pelincir, penyelenggaraan industri, pembaikan alat, rawatan air dan banyak penyelesaian serta perkhidmatan lain sejak tahun 1919. Penyelesaian teknologi canggih kami mencipta nilai untuk pelbagai pelanggan kami dengan memaksimumkan kecekapan operasi dan penyelenggaraan kenderaan serta peralatan sekali gus memastikan kos yang rendah.

Ayuh kunjungi kami di Pameran Hibrid METALTECH & AUTOMEX di MITEC Kuala Lumpur, DEWAN 4 Bekalan Perindustrian, Nombor reruai 4123. Pra-daftar untuk mempercepatkan proses memasuki dewan daripada laman sesawang Pameran Hibrid METALTECH & AUTOMEX.

Source: NCH Malaysia
Keywords: Computer/Electronics Construction/Building Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Mining/Metals Trade show news