omniture

Ensemble Stars!! Music EN Dilancar Secara Rasmi pada iOS dan Android Hari Ini

Happy Elements
2022-06-17 10:36 242

NEW YORK, 17 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Ensemble Stars!! Music, diterbitkan oleh Happy Elements, dengan bangganya mengumumkan bahawa versi Bahasa Inggerisnya kini tersedia secara rasmi melalui Android dan iOS. Bermula pada 16 Jun 2022, pemain-pemain dari Kanada, AS, UK, Australia dan 10 negara tambahan yang lain kini boleh memuat turun permainan ini secara percuma daripada Google Play dan App Store untuk berpeluang menerima ganjaran yang hebat.

gambar pro
gambar pro

- Aktiviti dan Kemas Kini Dalam-permainan Menyeronokkan:

  • Gacha Terjamin: Himpunan kad jaminan 5-bintang kini tersedia.
  • Siaran Langsung & Lagu Baharu: Sebuah lagu baharu akan ditambah ke dalam senarai lagu pada setiap tarikh dengan Kadar Penurunan (Drop Rate) item yang lebih tinggi semasa tempoh perayaan pelancaran.
  • Kisah: Bab 1, 2 dan 3 Kisah Utama tersedia untuk perjalanan yang lebih menarik bersama para idola.
  • Beli-belah: Pakej Pemula, Kad Bulanan, Diamond Up untuk tambah nilai kali pertama dalam permainan
  • Acara Khas: "Sparkling Start Dash Mission" untuk membantu Subaru menjadi lebih berkilauan: Subaru Akehoshi [Lebih Berkilauan!] tanpa had sepenuhnya 5-bintang, Sparkling 10-Scout Ticket dan ganjaran lain menanti anda apabila semua misi pada peta diselesaikan.

Untuk maklumat lanjut, sila semak laman sesawang rasmi: https://www.ensemblestars.com/

Bagi meraikan dan berkongsi keriangan dengan lebih ramai peminat, Ensemble Stars!! Music mendedahkan iklan video permainan ini pada skrin besar Times Square yang terkenal di Bandar Raya New York mulai 15 hingga 21 Jun waktu tempatan. Coser yang menyukai permainan ini akan muncul di lapangan bagi menyaksikan detik yang penting ini. Interaksi dengan coser dalam dunia sebenar di hadapan video permainan yang seakan hidup pastinya akan memberi pengalaman rentas sempadan yang istimewa kepada peminat antara dunia anime maya dan dunia realiti.

Sebagai salah satu permainan mudah alih latihan idola muzik yang paling popular dengan lebih daripada 10 juta pemain di Asia, Ensemble Stars!! Music telah diberi penghormatan dengan beberapa anugerah yang disanjung tinggi termasuk "Permainan Pilihan Pengguna 2021", "Pilih & Main Terbaik" pada Google Play dan "Permainan Muzik Terbaik" daripada Sensor Tower APAC Awards 2021 seluruh dunia. Sejak pengumuman mengenai ketersediaan versi Bahasa Inggerisnya, permainan ini telahpun menarik minat lebih 200,000 pemain untuk membuat pra-pendaftaran di laman web rasminya yang membuktikan populariti permainan ini yang amat besar di seluruh rantau ini.

 

 

 

iklan video@Times Square
iklan video@Times Square

Source: Happy Elements
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet New products/services