omniture

Pemenang Enam Anugerah, Yili Tingkatkan Lagi Profilnya sebagai Penginovasi Terkemuka Dunia

Yili Group
2022-06-20 09:04 219

HOHHOT, China, 20 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Mulai 14-16 Jun, Kongres Tenusu Global ke-15 telahpun dianjurkan di Laval, Perancis. Dr. Zhanyou Yun, Penolong Presiden Yili Group, menghadiri sesi "Inovasi untuk Masa Depan", menyampaikan ucapan dasar dengan tema "Mencipta Nilai melalui Inovasi." Dr. Gerrit Smit, Pengarah Urusan Yili Innovation Center Europe menghadiri sesi perbincangan meja bulat.

Pemenang Enam Anugerah, Yili Tingkatkan Lagi Profilnya sebagai Penginovasi Terkemuka Dunia
Pemenang Enam Anugerah, Yili Tingkatkan Lagi Profilnya sebagai Penginovasi Terkemuka Dunia

World Dairy Innovation Awards diadakan serentak dengan Kongres berkenaan. Memanfaatkan sinergi yang strategik dan penyepaduan sumber, Yili Group dan subsidiarinya Ausnutria mengungguli rekod tersebut dengan enam anugerah, meliputi segmen-segmen reka bentuk pembungkusan, pemakanan bayi, produk tenusu mesra intolerans, ais krim, keju dan snek tenusu.

Salah seorang hakim mengulas bahawa "Yili benar-benar mengetahui apa yang sedang berlaku apabila melibatkan pengenalpastian jurang dalam pasaran dan penciptaan produk inovatif yang bijak dengan rasa dan rupanya kelihatan hebat dan dalam masa yang sama mempunyai fungsi khusus."

Dr. Yun menjelaskan bagaimana Yili memfokuskan untuk membina rangkaian inovasi yang bersepadu secara global yang membantu syarikat ini memenangi pengiktirafan global. "Mengintegrasikan bakat dan sumber pintar, ketika ini kami telah menubuhkan sejumlah 15 pusat inovasi yang tersebar di serata dunia dan 'rantai kecerdasan global' kini telah diwujudkan."

Membangunkan produk kesihatan melalui inovasi bertumpukan pengguna 

"Berpandukan Visi Baharu untuk Penciptaan Nilai kami, Yili meneruskan pembangunan sebagai sebuah syarikat berpandukan inovasi. Kami berdedikasi untuk melancarkan produk kesihatan bagi memenuhi keperluan semua-senario, kitar hayat penuh dalam kalangan semua jenis pengguna," kata Dr. Yun.

Untuk pengguna menikmati keju dengan bebas tanpa had penyimpanan, Yili membangunkan pemenang "Keju Terbaik —lolipop keju ambien yang kaya dengan nutrisi dan boleh disimpan dengan selamat pada suhu bilik. Mengimbas kembali estetika tradisional Cina, Xujinhuan 3D Fresh Milk Ice Cream direka bentuk kepada bentuk kipas Cina yang elegan, menampilkan lukisan tradisional yang diukir pada permukaan. Dihasilkan dengan susu dan bahan-bahan berkualiti tinggi global, rupanya yang indah juga diiringi oleh rasa yang enak dan zat pemakanan. Untuk lelaki pertengahan umur dan warga emas, kumpulan yang lebih menumpukan kepada kesihatan tulang dan kecergasan fizikal, Shuhua Lactose—Free Milk for Dad merangkumkan 50% lebih banyak kalsium semula jadi, vitamin D dan taurina. Mengaplikasikan teknologi berpaten Yili iaitu hidrolisis laktosa LHT, produk tersebut dapat menangani masalah intolerans laktosa yang biasa didapati dalam kalangan pengguna Asia.

Di Kongres tersebut, Dr, Yun turut berkongsi kemajuan syarikat dalam membina sebuah "Lembah Silikon Tenusu" ("Dairy Silicon Valley"). Pada bulan Jun, empat projek penting Future Intelligence and Healthy Valley Yili akan mula beroperasi di Hohhot, Wilayah Berautonomi Mongolia Dalam termasuk tapak pengeluaran susu cair, tapak pengeluaran susu tepung, Ladang Pintar Ekologi Chilechuan dan Pusat Pengalaman Pembuatan Pintar Yili.

Komitmen untuk membina masa depan karbon sifar-bersih 

Mengulas tentang peranan tenusu dalam menangani perubahan iklim, Dr. Yun berkata, "Dalam menerima arus pembangunan mampan di serata dunia, Yili memperkenalkan produk dan kilang karbon sifar bersih, memperkenalkan Roadmap to a Net-Zero Carbon Future dan berganding bahu dengan rakan-rakan kongsi kami sepanjang rantai perindustrian bagi membina masa depan karbon sifar-bersih."

Pada bulan April, Yili menjadi peneraju dalam industri makanan China untuk melancarkan sasaran terikat masa terhadap pengurangan karbon, bertujuan untuk merealisasikan keneutralan karbon seluruh rantai perindustrian sebelum tahun 2050.

Pada 5 Jun, Yili turut memperkenalkan pembungkusan yang memaparkan "tiada cetakan, kurang dakwat." Mengaplikasikan teknologi pencetakan pengurangan dakwat, pembungkusan tersebut mampu menjimatkan penggunaan dakwat sebanyak 60%. 80% karton luar terdiri daripada kertas kitar semula. Dengan menaik taraf kepada pemegang kertas, setiap 100,000 karton luar akan mengurangkan penggunaan plastik yang bersamaan dengan 260 kg.

Source: Yili Group
Related Stocks:
Shanghai:600887
Keywords: Food/Beverages Awards