omniture

ZTE Keluarkan Laporan Kemampanan 2021

ZTE Corporation
2022-06-20 10:45 254

Memenuhi Tanggungjawab Sosial Korporat dan Menyuntik Kecerdasan Digital ke dalam Pembangunan Mampan 

SHENZHEN, China, 20 Jun 2022 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia bertaraf antarabangsa yang utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk internet mudah alih, hari ini mengeluarkan laporan kemampanan 2021 di seluruh dunia.


Laporan berkenaan menunjukkan bahawa ZTE, susulan kedudukan yang strategik sebagai "pemacu ekonomi digital", memenuhi tanggungjawab sosial korporatnya dengan proaktif pada tahun 2021. Dengan pelaksanaan pembangunan mampan yang aktif dalam bidang-bidang seperti tadbir urus operasi, pengurusan pematuhan, pembangunan bakat, pemerkasaan inovasi, keterbukaan dan ketelusan, pembangunan hijau dan sumbangan komuniti, syarikat ini mencipta nilai bersama untuk pihak berkepentingan dan juga masyarakat.

ZTE mengeluarkan laporan kemampanannya setiap tahun selama 14 tahun berturut-turut sejak tahun 2009.

Mengekalkan inovasi bebas dan pembangunan kecerdasan digital perindustrian yang berterusan dan memenuhi tanggungjawab sosial korporat

Ketidaktentuan yang dibawa oleh keadaan global yang rumit, pandemik COVID-19 yang masih berlarutan, penuaan penduduk dan degradasi ekologi pada tahun 2021 memberi cabaran yang lebih besar kepada pembangunan yang mampan. Dalam proses ini, transformasi digital dan pintar berdasarkan kepada teknologi maklumat yang baharu memainkan peranan yang tidak boleh ditukar ganti, menggalakkan pembangunan teleperkhidmatan, kolaborasi dalam talian, pembelajaran jarak jauh, teleperubatan, kilang pintar, perlombongan tanpa awak dan pelabuhan pintar.

"Transformasi digital dan pintar melengkapkan masyarakat kita dengan 'imuniti' terhadap ketidaktentuan, menjamin pertumbuhan ekonomi dan pembangunan mampan," kata Xu Ziyang, Presiden ZTE Corporation. "Sebagai pengusaha dan penyumbang utama yang berdedikasi kepada industri ICT selama 37 tahun, ZTE terus melakar inovasi dan penemuan baharu serta sentiasa bersedia untuk menerima perubahan. Dengan cara ini, syarikat ini terus meluaskan keupayaan dan perniagaannya dari segi teknologi digital dan pintar serta membawakan kemungkinan yang tidak terhingga untuk aplikasi digital dan pintar."

Menurut laporan berkenaan, bagi mengikuti kedudukan strategik sebagai "pemacu ekonomi digital", ZTE sentiasa menjadikan inovasi berteknologi sebagai daya penggerak utama pembangunannya dan berpegang untuk membina kecekapan teras yang lebih kuat. Syarikat ini telah menubuhkan beberapa pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) global yang canggih. Bagi mendorong inovasi yang selanjutnya, ZTE terus melabur dalam bidang-bidang utama seperti teknologi tanpa wayar 5G, rangkaian teras, rangkaian pengangkut, rangkaian akses dan cipset, dengan pelaburan R&D menyumbang sebanyak lebih 10% daripada hasil syarikat selama bertahun-tahun.

Menjelang 31 Disember 2021, ZTE telah memfailkan lebih daripada 84,000 permohonan paten global dengan lebih 42,000 paten dibenarkan, antaranya bilangan permohonan paten cipset dan paten cipset dibenarkan masing-masing mencecah 4,572 dan 1,990. Menurut satu laporan yang diterbitkan pada November 2021 oleh IPLytics, sebuah syarikat data paten yang terkemuka, ZTE menduduki tempat keempat di dunia dari segi bilangan deklarasi Paten Penting-Standard (SEP) 5G yang didedahkan kepada European Telecommunication Standards Institute (ETSI).

Dalam era ekonomi digital yang dipenuhi dengan ketidaktentuan perniagaan, ZTE sentiasa komited untuk mencapai pertumbuhan yang berkualiti tinggi bersama-sama industri komunikasi, vertikal dan masyarakat melalui kaedah kolaborasi yang cekap dengan cara yang terbuka dan telus. Dengan mengambil bahagian dalam pembinaan bersama ekosistem digital dan pintar, ZTE berusaha untuk mempercepatkan transformasi digital dan pintar dalam seluruh masyarakat.

Dengan terlibat secara lebih mendalam ke dalam vertikal, ZTE menyediakan penyelesaian berasaskan senario yang benar-benar mencipta nilai untuk vertikal melalui komponen modular. Syarikat ini telah menjalin perkongsian dengan lebih 500 rakan kongsi global yang melaluinya mereka telah meneroka hampir 100 senario aplikasi 5G yang inovatif untuk kilang-kilang di Thailand, pelabuhan-pelabuhan di Belgium, ladang-ladang di Austria selain industri, pengangkutan, kuasa, perlindungan alam sekitar dan banyak vertikal lain di China.

Memperkukuh pengurusan dalaman dan meneruskan pertumbuhan berkualiti tinggi 

Tahun 2021 adalah amat penting untuk fasa pertumbuhan yang ditakrifkan dalam strategi tiga fasa ZTE. ZTE mematuhi kepimpinan berteknologi dan mencapai pertumbuhan yang berkualiti tinggi, meletakkan asas kukuh untuk langkahnya yang mantap ke dalam fasa pengembangan dan ke arah matlamatnya untuk menjadi 500 syarikat terbaik dunia.

Xie Junshi, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi di ZTE berkata, "Di bawah keadaan ini, ZTE mengekalkan operasi yang stabil kerana kami komited terhadap pertumbuhan mampan yang berkualiti tinggi. Kami berusaha secara berterusan untuk menyatukan tiga asas kami iaitu pematuhan, kawalan dalaman serta bakat."

Mendukung pematuhan dan integriti dalam operasi. ZTE menggabungkan keperluan pematuhan ke dalam proses perniagaan syarikat, seterusnya membina sistem pengurusan pematuhan yang terbaik dalam kelas yang selaras dengan amalan perniagaan syarikat. Dengan cara ini, syarikat ini berusaha untuk mencapai pembangunan mampan bersama-sama pelanggan, pembekal dan rakan niaga yang lain di serata dunia.

Bagi kawalan dalaman serta tadbir urus korporat, dengan menggunakan alat-alat digital, ZTE menubuhkan sistem yang agak lengkap untuk pengurusan risiko serta kawalan dalaman dan meningkatkan secara berterusan sistem Pengurusan Kelangsungan Perniagaan (BCM). Menerusi usaha ini, syarikat ini meningkatkan kelangsungan operasi dengan berkesan, meningkatkan kecekapan pusing ganti dan mengurangkan risiko kendalian.

Berhubung pembangunan bakat pula, ZTE terus menarik minat dan mendorong bakat utama. Sebagai contoh, sejak pelancarannya pada tahun 2014, Blue Sword Program telah memupuk pemimpin-pemimpin masa depan untuk syarikat ini, seperti yang dibuktikan oleh pelatih-pelatih pertama yang memainkan peranan utama dalam syarikat ini. Pada tahun 2021, ZTE menggiatkan usaha dalam perekrutan kampus, menawarkan lebih 6,000 jawatan dalam bidang seperti R&D, pemasaran, sokongan operasi dan rantaian bekalan kepada para siswazah yang cemerlang di serata dunia.

Menjamin kepercayaan pelanggan dengan keterbukaan dan ketelusan serta mencipta ekologi kerjasama yang saling menguntungkan

ZTE komited untuk menyediakan kepada pelanggan dengan produk serta perkhidmatan yang terjamin dan dipercayai serta memastikan keselamatan peralatan rangkaian komunikasi bagi menggalakkan transformasi digital.

Pada tahun 2021, ZTE memperoleh pensijilan ISO 9001, TL 9000, QC 080000, ESD, ISO 45001, ISO 14001 dan sistem pengurusan ISO 22301, meliputi pusat-pusat R&D utama syarikat ini dan tapak-tapak pembuatan serta 62 kategori produk utama. Dalam tahun yang sama, ZTE memendekkan Min Masa Pembaikan (MTTR) sebanyak 29.5% berbanding dengan dalam tahun 2020. Tambahan pula, syarikat ini menawarkan sokongan pelanggan jarak jauh dan perkhidmatan alat ganting di 65 negara, dengan kadar kepuasan pelanggan melebihi 99%.

Bagi perkongsian yang saling menguntungkan, ZTE mengemas kini Perjanjian CSR Pembekal dan Tatakelakuan CSR Pembekal untuk menjamin pembangunan rakan-rakan kongsinya yang bertanggungjawab dan mampan merentas rantaian nilai. Di samping itu, ZTE mengeluarkan Laporan Mineral Konflik berdasarkan kepada usaha wajar dan penilaian 255 pembekal. Pada masa akan datang, usaha wajar dan penilaian ke atas mineral konflik mencakupi semua pembekalnya.

Menjadikan pembangunan hijau sebagai amalan dan menerajui jalan digital ke arah keneutralan karbon 

Dalam menghadapi cabaran yang dibawa oleh transformasi karbon-rendah, ZTE membuka laluan hijau menuju ekonomi digital dengan menggalakkan operasi hijau, rantaian bekalan hijau dan infrastruktur digital hijau serta memperkasa pembangunan hijau industri-industri, seterusnya memudahkan pembangunan mampan pengendali dan vertikal. Bekerjasama dengan rakan kongsinya, ZTE terus meninjau aplikasi 5G yang inovatif dan hijau dengan lebih 60 projek yang boleh dicontohi diserahkan ke seluruh dunia, dengan matlamat untuk merealisasikan puncak karbon keneutralan karbon masing-masing menjelang tahun 2030 dan sebelum tahun 2060.

Pada tahun 2021, ZTE memulakan projek strategik dwi-karbon peringkat-syarikat dan menyiapkan penubuhan dan peningkatan keupayaan pasukan strategik dwi-karbon serta lebih daripada 170 ahli pasukan mengambil bahagian dalam latihan menerusi inisiatif ISO 14064 dan Sasaran Berasaskan Sains.

ZTE mengekalkan penilaian CDP B untuk tindakan ke atas perubahan iklim dan penglibatan pembekal. Menurut data yang didedahkan di laman sesawang CDP, lebih daripada 40 pembekal utama dalam rantaian bekalan ZTE mewujudkan strategi-strategi penyahkarbonan.

Untuk operasi pejabat, ZTE melancarkan sembilan projek menjimatkan tenaga di China, lalu menjimatkan 21.56 juta kWj tenaga elektrik setiap tahun. ZTE mengurangkan penggunaan bahan-bahan pembungkusan sebanyak 689.1 tan melalui reka bentuk pengurangan berat pembungkusan.

Menjelang tahun 2021, ZTE telah mewujudkan 140 tapak kitar semula di seluruh dunia. Di China, syarikat ini mengoptimumkan 4 platform kitar semula dan pemprosesan bahan buangan terpusat dan menjalin kerjasama yang mendalam dengan lebih daripada 10 institusi perlindungan alam sekitar utama dalam industri ini, mencapai kadar kitar semula keseluruhan sebanyak 97%. Melalui kerjasama mendalam dalam tempoh jangka panjang dengan lebih 150 institusi perlindungan alam sekitar luar negara, ZTE memastikan agar perniagaan kitar semula memenuhi keperluan perlindungan alam sekitar setempat bagi negara-negara berbeza dan mencapai kadar kitar semula keseluruhan sebanyak 98%.

Stesen janakuasa hibrid PowerMaster ZTE memenangi anugerah Penyelesaian Inovasi Teknologi 2021 untuk Puncak dan Keneutralan Karbon serta Pembangunan Berkualiti Tinggi oleh China Energy News.

Mematuhi teknologi demi kebaikan sosial dan menyumbang kepada masyarakat global dengan aktif 

Sambil meneruskan pembangunan perniagaan, ZTE turut mengambil bahagian yang aktif dalam aktiviti-aktiviti kebajikan awam. Menumpukan kepada penerima dan keperluan sebenar mereka, ZTE memfokuskan kepada pembangunan pendidikan, bantuan perubatan, bantuan penduduk rentan, penggiatan luar bandar dan perlindungan alam sekitar serta memastikan agar semua projek kebajikan awam bertindak balas dengan berkesan terhadap keperluan penerima dan mencapai faedah-faedah sosial yang diharapkan. ZTE sentiasa memenuhi CSRnya melalui sumbangan dan pemerkasaan teknologi.

Pada tahun 2021, ZTE Foundation menyumbang sebanyak CNY 13.17 juta dan menganjurkan 220 aktiviti kebajikan awam, memberi manfaat kepada sejumlah 12,000 orang dan turut melancarkan sistem perkhidmatan sukarelawan serba baharu yang dikenali sebagai "ZTE Volunteer" dan mewujudkan 15 cawangan sukarelawan di seluruh dunia dengan lebih 5,600 sukarelawan setakat ini, mewakili pertumbuhan 76% berbanding tahun sebelumnya dari segi bilangan sukarelawan.

Pada masa akan datang, ZTE akan terus menjalankan operasi digital, membina organisasi yang tangkas dan menyumbang kepada pelaksanaan strategi dwi-karbon demi pertumbuhan yang mampan. Sebagai pemacu yang setia terhadap ekonomi digital, syarikat ini komited untuk memenuhi CSRnya dan bekerjasama dengan pekerja serta rakan kongsi untuk mencapai kejayaan yang saling menguntungkan dalam harmoni dengan alam sekitar, bagi membina masa depan yang cerah serta meninjau lebih banyak peluang di tengah-tengah arus pendigitalan yang semakin meningkat.

Untuk versi penuh Laporan Kemampanan 2021 ZTE, sila muat turun melalui pautan di bawah.

https://res-www.zte.com.cn/mediares/zte/Files/PDF/white_book/2021_ZTE_EN.pdf

Hubungan Media:
Margaret Ma   
ZTE Corporation   
Tel: +86 755 26775189   
E-mel: ma.gaili@zte.com.cn 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Environmental Products & Services Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Survey, Polls & Research