omniture

CGTN: China tegaskan keperluan majukan globalisasi ekonomi di tengah-tengah krisis global

CGTN
2022-06-22 02:02 257

BEIJING, 22 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Ketika dunia menghadapi perubahan besar dan pandemik yang belum pernah dilihat dalam seabad, China menekankan kepentingan untuk memajukan globalisasi walaupun apabila proses penyepaduan ekonomi menghadapi halangan.

Bagi mewujudkan sinergi yang lebih besar untuk pembangunan dan merapatkan jurang pembangunan, komuniti antarabangsa perlu menghimpunkan sumber kerjasama, platform dan jaringan perkongsian pembangunan, kata Presiden Cina Xi Jinping pada hari Jumaat dalam satu ucapan maya kepada sidang pleno Forum Ekonomi Antarabangsa St. Petersburg kali ke-25.

"Kami amat yakin akan pembangunan ekonomi China," kata Xi. "China akan terus menggalakkan pembangunan yang berkualiti tinggi, meluaskan pembukaan pada standard tinggi dengan keazaman yang kukuh dan meneruskan kerjasama Jalur dan Jalan yang berkualiti tinggi."

Pembangunan global lebih saksama, mampan

Mengambil maklum bahawa komuniti antarabangsa cenderung untuk mencapai pembangunan yang lebih saksama, mampan dan selamat, Xi berkata bahawa penting untuk merebut peluang, menyahut cabaran di hadapan dan mengusahakan pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Global demi membina masa depan dengan keamanan dan kemakmuran yang dikongsi bersama.

Presiden Cina itu mencadangkan Inisiatif Pembangunan Global dalam ucapan beliau kepada Sesi ke-76 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui pautan video pada bulan September tahun lalu. Rancangan tersebut merangka laluan bagi mencapai pembangunan antarabangsa.

Penting agar kesemua negara mengukuhkan "keterhubungan lunak" antara dasar pembangunan serta peraturan dan standard antarabangsa, seperti yang dimaklumkan oleh Xi kepada hadirin di forum berkenaan.

Percubaan penyahgandingan, gangguan bekalan, sekatan unilateral dan tekanan maksimum harus ditolak sementara halangan perdagangan dihapuskan agar dapat memastikan rantaian industri dan bekalan global stabil, menangani krisis makanan dan tenaga yang semakin memburuk dan memulihkan ekonomi dunia.

Penting untuk mengikuti multilateralisme sebenar serta menghormati dan menyokong usaha semua negara menuju laluan pembangunan yang sesuai dengan keadaan negara masing-masing, kata beliau, menambah bahawa ia juga penting untuk membina ekonomi dunia terbuka dan meningkatkan perwakilan dan suara pasaran-pasaran baru muncul dan negara-negara sedang membangun dalam tadbir urus ekonomi global.

Beliau turut menyeru negara-negara untuk mengejar pembangunan yang berpandukan inovasi, menegaskan kepentingan menyerlahkan potensi pertumbuhan berpandukan inovasi, memperbaiki peraturan dan persekitaran institusi untuk inovasi dan memecahkan halangan kepada aliran faktor-faktor inovasi.

Xi menggesa usaha untuk mempererat pertukaran dan kerjasama dalam inovasi, memudahkan penyepaduan sains dan teknologi yang lebih mendalam ke dalam ekonomi dan memastikan hasil inovasi dikongsi oleh semua.

China terus menggalakkan pembangunan berkualiti tinggi

Presiden Cina menyatakan bahawa asas-asas dalam ekonomi Cina – daya tahan yang kuat, potensi yang sangat besar dan kemampanan jangka panjang – kekal tidak berubah.

Sebagai salah satu daripada negara pertama yang meneruskan kerja dan pengeluaran, negara ini menjadi satu-satunya ekonomi besar yang mencatatkan pertumbuhan positif pada tahun 2020 dengan KDNKnya melangkaui 114.4 trilion yuan (kira-kira $18.1 trilion) pada tahun 2021.

Satu laporan terkini yang dikeluarkan oleh American Chamber of Commerce di China Selatan menunjukkan bahawa lebih 70 peratus daripada syarikat-syarikat yang dinilai mempunyai rancangan pelaburan semula di China bagi tahun 2022 manakala 58 peratus menganggap pulangan pelaburan keseluruhan mereka di China adalah lebih tinggi berbanding di tempat-tempat lain.

China bersiap sedia untuk bekerjasama dengan Rusia dan semua negara lain bagi meninjau prospek pembangunan, berkongsi peluang pertumbuhan dan memberi sumbangan baharu untuk mempererat kerjasama pembangunan global serta membina sebuah komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama untuk umat manusia, kata Xi.

https://news.cgtn.com/news/2022-06-17/Xi-addresses-25th-St-Petersburg-International-Economic-Forum-1aWGtfC4wN2/index.html

 

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion Trade show news