omniture

Bersama lebih baik: Ulang tahun ke-10 Pemerolehan Putzmeister oleh SANY

SANY Group
2022-06-22 02:21 220

CHANGSHA, China, 22 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Tahun 2022 merupakan ulang tahun ke-10 pemerolehan Putzmeister oleh SANY. Pada tahun 2012, SANY Germany dan CITIC PE memperoleh 100% saham ekuiti dalam Putzmeister bernilai 360 juta euro. Sebagai sebuah perusahaan yang masih baharu dan bercita-cita tinggi, ini merupakan langkah bersejarah untuk SANY serta merupakan peristiwa pengubah keadaan dalam landskap industri jentera pembinaan global.


Sepanjang dekad yang lalu, Putzmeister telahpun menjadi pengeluar jentera konkrit terunggul di Eropah, mencapai pertumbuhan dan pembangunan yang mantap di bawah SANY Group. Jumlah jualan Putzmeister meningkat daripada €500 juta pada tahun 2011 kepada lebih daripada €800 juta pada tahun 2021, seterusnya mengekalkan kedudukan utamanya dalam pasaran jentera konkrit global.

Dengan jaringan penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembuatan dan penjualannya yang berkembang untuk meliputi wilayah Eropah, Amerika dan Asia-Pasifik, bekas syarikat keluarga Jerman ini kini menikmati kehadiran global yang lebih luas di 154 negara dan wilayah.

Sepanjang dekad yang lalu, Putzmeister telah diintegrasikan ke dalam peta perniagaan global SANY. Hari ini, hampir separuh daripada produk jentera konkrit di serata dunia mempunyai logo Putzmeister atau SANY.


Bagi SANY, Putzmeister menyediakan pengalaman yang sesuai dalam pengantarabangsaan, pembuatan pintar serta konsep dan amalan yang serasi dengan revolusi perindustrian keempat. Bagi Putzmeister, keupayaannya membangunkan perniagaan baharu diperkukuh oleh bantuan kewangan dan sumber daripada SANY.

Kerjasama R&D antara kedua-dua syarikat ini ternyata membuahkan hasil. Pasukan-pasukan R&D bersama telah melancarkan dengan jayanya siri V8 dan pam konkrit dipasang pada trak 45m untuk pasaran Eropah dan kini menjadi peneraju dalam arena baharu produk elektrik, pintar dan digital. Putzmeister telah mengeluarkan pam konkrit dipasang pada trak hibrid yang pertama di dunia - "iONTRON" dan telah mengaplikasikan teknologi data raya dalam proses pengeluaran, pengangkutan dan penempatan konkrit bagi meningkatkan produktiviti, operasi dan kecekapan bahan api.

Kedua-dua syarikat berperanan bagi membuka pasaran untuk satu sama lain. Lebih banyak produk Putzmeister mendapat akses ke pasaran Cina melalui SANY seperti mesin konkrit tembak Putzmeister, mesin mortar, pam industri dan 'telebelt'. Begitu juga, banyak produk SANY yang telah menjadi terkenal di seluruh dunia melalui jaringan Putzmeister. "Berbanding dengan pertumbuhan jualan," kata Dr. Jiang Xiangyang, Wakil Pengerusi bagi pihak SANY dan ahli Lembaga di Putzmeister Holding GmbH, "kepentingan pemerolehan tersebut letaknya pada keupayaannya memberikan SANY pandangan yang lebih dekat tentang sebuah syarikat terkemuka di barat, pasaran di negara-negara maju dan cara tadbir urus syarikat mereka."


Sehingga kini, perkongsian antara SANY dan Putzmeister telah memberi hasil yang semakin positif dalam bidang latihan, pertukaran pekerja, R&D serta pembangunan perniagaan. Dengan berganding bahu, perkongsian mereka telah membuahkan hasil yang jauh lebih baik berbanding sebagai sebuah syarikat sahaja. Satu tambah satu telah mewujudkan hasil yang jauh lebih hebat berbanding dua.

 

Source: SANY Group
Keywords: Banking/Financial Service Construction/Building Machinery Mining/Metals