omniture

Mouser Electronics Menilai Kepentingan Reka Bentuk untuk Keselamatan dalam Episod Empowering Innovation Together Ketiga

Mouser Electronics
2022-06-23 12:07 182

SHANGHAI23 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Mouser Electronics Inc., pengedar Pengenalan Produk Baharu (NPI) yang utama dalam industri dengan seleksi semikonduktor dan komponen elektronik™ yang paling luas, melancarkan bab terkini program Empowering Innovation Together™ yang memenangi anugerah. Dalam episod ini, Mouser meneroka kepentingan menggabungkan aspek keselamatan dalam setiap peringkat proses reka bentuk, bermula dengan seleksi seni bina dan pilihan komponen. Siri ketiga itu menampilkan pelbagai jenis kandungan termasuk video Then, Now and Next baharu, blog, artikel infografik dan episod baharu audio siar The Tech Between Us.


Topik terbaharu dalam program Empowering Innovation Together 2022 ini menawarkan pandangan yang tepat pada masanya terhadap peranan reka bentuk yang semakin kritikal yang mengutamakan aspek keselamatan, termasuk ciri-ciri perkakasan tersedia dan alatan serta teknik perisian yang terkini selain produk keselamatan mandiri.

"Peranti terhubung terus menjadi sasaran yang berisiko tinggi untuk ancaman keselamatan. Sama ada dalam kenderaan terhubung, rumah pintar atau peranti boleh pakai, jurutera semakin melaksanakan aspek keselamatan secara menyeluruh dalam reka bentuk mereka," kata Glenn Smith, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mouser Electronics. "Menerusi episod EIT yang terkini ini, kami menjelaskan tentang beberapa amalan keselamatan terkini bagi membantu jurutera ketika mereka melindungi reka bentuk mereka."

Dalam episod baharu audio siar Tech Between Us, Alan Grau, Naib Presiden Jualan & Pembangunan Perniagaan untuk PQShield, turut serta Bersama Pengarah Kandungan Teknikal Mouser, Raymond Yin, untuk berbual tentang trend keselamatan seperti pengesahan untuk sistem terbenam, menjamin pautan tanpa wayar untuk penghantaran data serta produk dan alatan yang tersedia untuk jurutera bagi reka bentuk persekitaran yang selamat.

"Memandangkan teknologi di sebalik peranti terhubung kami menjadi semakin canggih, begitu juga dengan usaha untuk menggagalkan sistem teguh yang melindungi peranti berkenaan," kata Grau. "Saya seronok dapat berbual bersama Raymond tentang generasi amalan keselamatan yang seterusnya termasuk kriptografi pasca-kuantum dan berharap agar perbualan kami dapat menjadi titik tolak kepada pereka untuk mereka bentuk dengan menitikberatkan aspek keselamatan."

Siri ketiga itu juga akan menampilkan dua artikel yang memfokuskan kepada zon dipercayai IoT dan kunci kepada keselamatan terbenam serta infografik yang mengetengahkan peranan penting aspek keselamatan dalam kenderaan terhubung.

Siri The Designing for Security ditaja oleh rakan-rakan kongsi pengeluar penting Mouser, Analog Devices, Infineon Technologies, Microchip Technology, NXP Semiconductors, STMicroelectronics dan Xilinx.

Topik-topik akan datang dalam program EIT 2022 akan meninjau sistem monitor pemandu, rangkaian 5G persendirian dan robot mudah alih berautonomi. Program berkenaan akan menonjolkan pembangunan produk tepat pada masanya dan mengkaji pembangunan teknikal yang diperlukan untuk tetap kena pada waktunya dengan inovasi dalam pasaran.

Ditubuhkan pada tahun 2015, program Empowering Innovation Together oleh Mouser merupakan salah satu program yang paling diiktiraf dalam industri komponen elektronik. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi https://www.mouser.com/empowering-innovation dan ikuti Mouser di Facebook dan Twitter.

Untuk lebih banyak berita mengenai Mouser, kunjungi https://www.mouser.com/newsroom/.

Source: Mouser Electronics
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Entertainment High Tech Security Radio Semiconductors Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services