omniture

Semua mata tertumpu pada masa depan ketika Daxing berusaha menjadi zon inovasi

chinadaily.com.cn
2022-06-24 21:27 472

BEIJING, 24 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Laporan berita daripada chinadaily.com.cn:

Peta perancangan untuk International C&E and Consumption Hub bagi Zon Ekonomi Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing Beijing
Peta perancangan untuk International C&E and Consumption Hub bagi Zon Ekonomi Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing Beijing

Zon Ekonomi Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing Beijing (BDIAEZ) melancarkan pertandingan inovasi untuk meneroka bandar-bandar masa depan ketika ia beraspirasi untuk menjadi "aerotropolis" bertaraf dunia -- kawasan bandar yang bertumpu sekitar lapangan terbang -- sepanjang beberapa dekad akan datang.

Pertandingan Inovasi Global Penjelajah "Bandar Masa Depan" ("Future City" Explorer Global Innovation Competition) bermula pada 27 Mei dan akan berlangsung hingga lewat bulan Ogos.

Memfokuskan kepada empat tema pembangunan hijau dan karbon-rendah, keterangkuman budaya, penggunaan baharu dan teknologi pintar, acara berkenaan dirancang untuk mengumpul cadangan bagi tujuan pembangunan bandar, merangsang inovasi dalam dasar, teknologi dan model perniagaan serta membantu pengumpulan dan pemadanan sumber, kata jawatankuasa pentadbiran BDIAEZ, penganjur pertandingan tersebut.

Sektor teknologi pintar umpamanya, mencari teknologi, model dan cadangan termaju yang dapat meningkatkan pengurusan dan perkhidmatan zon serta membantu membina sebuah bandar pintar.

Ilmuwan muda, pelajar dan institut penyelidikan serta perusahaan teknologi dan syarikat pemula dari dalam dan luar negara dialu-alukan untuk melontarkan idea dan projek mereka.

Bertumpukan sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing Beijing, BDIAEZ di daerah Daxing, Beijing akan bertindak sebagai lapangan ujikaji dan memberi sokongan kepada peserta utama, memajukan industrialisasi dan pelancaran projek-projek mereka, menurut pihak penganjur.

Sebagai tambahan kepada hadiah, mereka akan disyorkan kepada pelabur dan mendapat bimbingan daripada pemimpin industri serta ahli akademik tersohor, tambah pihak penganjur.

Pertandingan tersebut merupakan sebahagian daripada acara yang diadakan oleh BDIAEZ baru-baru ini ketika ia mempelawa rancangan dan reka bentuk untuk pembangunan International C&E and Consumption Hub. Projek berkenaan bertujuan untuk mempromosikan perniagaan konvensyen dan pameran serta merangsang penggunaan.

Kawasan teras BDIAEZ meliputi kira-kira 150 kilometer persegi, terdiri daripada 50 kilometer persegi di Beijing dan selebihnya di wilayah Hebei yang bersebelahan dengan bandar ini. International C&E and Consumption Hub akan ditempatkan di kawasan timur bahagian Beijing.

Majlis Negeri meluluskan penubuhan zon ekonomi pada tahun 2016 dengan matlamat strategik untuk membangunkannya menjadi kawasan pembawa-fungsi untuk pertukaran antarabangsa, kawasan yang utama untuk teknologi penerbangan negara serta kawasan demonstrasi untuk pembangunan terselaras wilayah Beijing, Tianjin dan Hebei, menurut jawatankuasa pentadbiran.

Dengan memanfaatkan lapangan terbang dan dasar keutamaan zon-zon fungsian, BDIAEZ membina sebuah pusat di mana sumber-sumber global dikumpulkan serta daya penggerak baharu untuk pertumbuhan ekonomi serantau.

Corak perindustrian komprehensif BDIAEZ telah terbentuk, dengan industri kehidupan dan kesihatan sebagai peneraju, perkhidmatan berkualiti tinggi dan keselamatan penerbangan sebagai asas, serta teknologi maklumat generasi baharu dan peralatan canggih sebagai simpanan.

Enam taman perindustrian utama telah dilancarkan termasuk sebuah pusat perkhidmatan inovasi dalam zon perdagangan bebas, sebuah taman pembuatan pintar peralatan perubatan, sebuah inkubator bioperubatan dan sebuah kompleks perniagaan antarabangsa.

BDIAEZ ialah satu-satunya kawasan di Beijing yang mengamalkan dasar yang menguntungkan daripada zon perdagangan bebas dan Taman Sains Zhongguancun, zon demonstrasi berteknologi tinggi di ibu negara ini dan dalam masa yang sama mengikuti strategi-strategi bandar ini untuk membuka sektor perkhidmatannya.

Jawatankuasa pentadbiran BDIAEZ kini mempunyai 80 hak pentadbiran dengan 49 diwakilkan daripada kerajaan daerah Daxing dan 31 daripada pihak berkuasa perbandaran.

Kemajuan yang ketara telah dicipta dalam mewujudkan persekitaran yang mesra perniagaan dengan prosedur-prosedur kelulusan diperkemas dan perkhidmatan dioptimumkan.

BDIAEZ turut menyediakan bantuan secara bersemuka kepada perusahaan yang mengalami kesukaran dan dalam masa yang sama mewujudkan platform perkhidmatan dalam talian untuk meningkatkan kecekapan kelulusan.

Zon ekonomi merancang untuk menandatangani 20 projek mega dan memilih enam daripadanya untuk mula membangunkannya pada tahun ini, menurut jawatankuasa pentadbiran.

Ia akan terus melangkah ke hadapan dengan pembaharuan, memupuk industri-industri berorientasikan eksport dan membantu memastikan operasi lapangan terbang yang lancar.

Menjelang tahun 2035, sebuah zon ekonomi yang moden, pintar dan mesra alam akan dibina. Ia akan memainkan peranan penting dalam menggalakkan pembangunan berkualiti tinggi serantau, menurut rancangan pembangunan zon tersebut.

Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing Beijing dijangka menjadi sebuah hab penerbangan antarabangsa pada ketika itu, dengan kapasiti penumpang tahunan mencecah sehingga 100 juta.

Pertandingan Inovasi Global Penjelajah "Bandar Masa Depan" kini dibuka untuk pendaftaran.

Sila klik pada pautan berikut untuk mendaftar: https://www.wenjuan.com/s/YRN32a8/

 

 

 

Source: chinadaily.com.cn
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services