SINGAPURA, 24 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Huawei Mobile Services (HMS) mengumumkan permulaan pertandingan mereka yang amat dinanti-nantikan, Apps Up 2022, Pertandingan Inovasi Aplikasi Global Huawei hari ini.
Pertandingan ini bertujuan untuk memberi inspirasi dan menyokong pembangun mudah alih dalam memanfaatkan dan mengintegrasikan HMS Core Kits bagi membangunkan aplikasi yang inovatif. Dalam edisi Asia Pasifik, para peserta boleh mendaftar penyertaan mereka mulai 24 Jun hingga 9 Oktober dan bersaing untuk merebut hadiah terkumpul bernilai sejumlah US$200,000 dalam bentuk wang tunai.
Apps Up 2022, Pertandingan Inovasi Aplikasi Global Huawei kini dibuka untuk pendaftaran. Pembangun mudah alih yang berbakat diundang untuk menyertai pertandingan ini dengan mencipta aplikasi mudah yang inovatif dengan memanfaatkan HMS Core. Dalam edisi Asia Pasifik, peserta boleh mendaftar penyertaan mereka mulai 24 Jun hingga 9 Oktober dan bersaing untuk hadiah terkumpul berjumlah US$200,000 dalam bentuk wang tunai.
Berlangsung buat tahun ketiga, Apps UP 2022 akan memberi tugasan kepada para peserta di 5 wilayah – Asia Pasifik, China, Eropah, Amerika Latin dan Timur Tengah & Afrika, yang mana Huawei telah memperuntukkan US$1 juta daripada Shining Star Program sebagai hadiah wang tunai untuk pertandingan ini.
Apps Up 2022 mengalu-alukan pembangun yang berbakat untuk mencipta aplikasi mudah alih inovatif yang memanfaatkan HMS Core – perkhidmatan keupayaan terbuka dan pembangunan aplikasi oleh Huawei. Untuk menyertai pertandingan ini, pembangun aplikasi harus mengintegrasikan aplikasi mereka dengan sekurang-kurangnya satu keupayaan atau perkhidmatan HMS Core agar layak.
Edisi Asia Pasifik tahun ini mempersembahkan sejumlah hadiah wang tunai bernilai US$200,000 untuk diagihkan antara 21 finalis serantau dalam 9 kategori anugerah yang berikut:
Kategori Anugerah |
Hadiah Wang Tunai |
Aplikasi Terbaik x 4 |
US$15,000 |
Permainan Terbaik x 2 |
US$15,000 |
Anugerah Impak Sosial Terbaik x 1 |
US$15,000 |
Anugerah Inovasi HMS Core Terbaik x 2 |
US$10,000 |
Anugerah Wanita Teknologi x 3 |
US$8,000 |
Anugerah Bintang Semakin Bersinar AppGallery x 3 |
US$7,000 |
Anugerah Liputan All-scenariox1 |
US$7,000 |
Anugerah Inovasi Pelajar x 4 |
US$5,000 |
Anugerah Aplikasi Paling Popular x 1 |
US$3,000 |
Semua penyertaan akan dinilai berdasarkan kepada pengalaman pengguna, inovasidan nilai sosial yang akan menentukan bagaimana para finalis dipilih.
"Huawei berdedikasi untuk memupuk pertumbuhan setiap pembangun dalam ekosistem mudah alih kami. Justeru itu, dalam Apps UP 2022, kami terus mengiktiraf pelajar luar biasa, pembangun yang sedang meningkat dan pembangun wanita untuk memacu kepelbagaian. Kami tidak sabar-sabar untuk melihat inovasi yang akan dibawa oleh pembangun aplikasi mudah alih kepada ekosistem kami tahun ini," kata Rei Xiao, Pengarah Pertumbuhan Perniagaan Ekosistem Mudah Alih, Huawei Rantau Asia Pasifik.
Sejajar dengan visi Huawei untuk membina dunia digital semua-senario (all-scenario), terhubung sepenuhnya, pertandingan tahun ini turut memperkenalkan kategori baharu - "Anugerah Liputan All-scenerio" bagi meraikan aplikasi yang paling baik menyokong fungsi rentas-peranti seperti jam tangan pintardan banyak lagi.
Selain daripada hadiah wang tunai, Apps UP 2022 merupakan satu peluang yang tidak harus dilepaskan oleh pembangun yang ingin memasuki pasaran global. Dengan menyertai pertandingan ini dan melancarkan aplikasi mereka ke AppGallery, ia membolehkan pembangun yang bercita-cita tinggi untuk bertemu lebih 730 juta pengguna global Huawei. Finalis juga boleh menikmati peluang pendedahan media global dan pemasaran bersama dengan Huawei pada masa akan datang.
Kelayakan Penyertaan untuk Pembangun Asia Pasifik
Apps UP 2022 mengalu-alukan semua pembangun dan pemilik aplikasi mudah alih, sama ada pelajar, ahli profesional, syarikat pemula atau perniagaan untuk mengambil bahagian.
Untuk edisi APAC, pembangun haruslah berpangkalan di rantau APAC agar layak. Aplikasi-aplikasi yang dihantar haruslah diintegrasikan dengan sekurang-kurangnya satu keupayaan atau perkhidmatan terbuka HMS Core dan berupaya untuk beroperasi dengan lancar pada peranti yang hanya dipasang dengan HMS. Para peserta boleh menyertai pertandingan ini sebagai individu atau sebagai sebuah pasukan sehingga empat orang.
Aplikasi-aplikasi yang mengambil bahagian boleh memperoleh kredit tambahan dalam penilaian mereka sekiranya mereka mengintegrasikan kit khusus seperti ML Kit, AR Engine dan Map Kit. Aplikasi-aplikasi yang membenarkan keupayaan rentas-peranti seperti jam tangan pintar dan cermin mata pintar juga akan mendapat mata tambahan.
Pembangun yang berminat boleh mendaftar untuk menyertai Apps UP 2022 mulai 24 Jun hingga 9 Oktober. Pemenang-pemenang APAC akan diumumkan pada Disember 2022 di laman sesawang pertandingan.
Daftar untuk Apps UP 2022 sekarang di: https://bit.ly/APPSUP2022APACPR