omniture

Cambridge University Press & Assessment lancar jenama baharu untuk pelajar dan guru Bahasa Inggeris seluruh dunia

Cambridge University Press & Assessment
2022-06-25 01:34 856

SINGAPURA, 25 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Cambridge University Press & Assessment melancarkan lanjutan baharu jenamanya untuk produk pembelajaran dan penilaian Bahasa Inggerisnya di serata dunia. Berita ini menyusuli kejayaan penyepaduan pemimpin-pemimpin industri Cambridge Assessment dan Cambridge University Press tahun lalu.

Saban tahun, berjuta-juta pelajar dan guru di serata dunia mendapat manfaat daripada produk pembelajaran dan penilaian Bahasa Inggeris daripada Cambridge. Ini termasuk Kelayakan Bahasa Inggeris Cambridge (Cambridge English Qualifications), kursus, sokongan dan sumber digital untuk membantu orang ramai belajar Bahasa Inggeris dan membuktikan kemahiran mereka kepada dunia. Wajah dan sentuhan baharu daripada Cambridge untuk rangkaian Bahasa Inggerisnya turut merangkumi janji 'di mana dunia anda berkembang', yang merupakan komitmen kepada pelanggannya di serata dunia.

Francesca Woodward, Pengarah Urusan Global, Bahasa Inggeris berkata jenama baharu ini akan memberikan kepada organisasi ini identiti tunggal yang mantap menuju ke hadapan. Beliau akan dibantu oleh Paul Colbert, Timbalan Pengarah Urusan Global, Pengarah Bahasa Inggeris & Komersial. Francesca Woodward berkata:

"Tahun lalu, kami menggabungkan operasi penerbitan serta penilaian kami dan kini pasukan kami bekerjasama dengan lebih erat untuk menyampaikan penyelesaian yang terbaik kepada pelajar dan guru Bahasa Inggeris di seluruh dunia. Pada masa lalu, pelajar dan guru telah menduduki peperiksaan, menggunakan buku teks dan sumber digital daripada bahagian yang berbeza dalam rangkaian Cambridge kami dan jenama tunggal baharu kami untuk Bahasa Inggeris ini menghimpunkan kesemua ini di bawah satu bumbung. Ia membantu kami untuk menunjukkan kepada dunia bahawa kami mencipta pengalaman pembelajaran dan penilaian unik yang hanya datangnya daripada Cambridge."

Dalam beberapa bulan akan datang, jenama baharu Cambridge untuk Bahasa Inggeris akan direalisasikan di pusat peperiksaan, sekolah dan pada produk pembelajaran serta penilaian di serata dunia. Ini akan menjadi proses secara berperingkat-peringkat dan Cambridge akan bekerjasama dengan rakan kongsi serta pengedarnya untuk membawa peralihan ini kepada wajah baharunya langkah demi langkah.

Woodward menambah: 

"Sebagai sebahagian daripada komitmen kami terhadap alam sekitar, kami tidak meminta rakan kongsi dan pengedar kami di seluruh dunia untuk membuang bahan-bahan berjenama sedia ada. Kami ingin mereka mengambil pendekatan langkah demi langkah menuju peralihan kepada jenama Cambridge baharu kami untuk Bahasa Inggeris."

Cambridge University Press & Assessment merupakan sebahagian daripada University of Cambridge. Kami percaya bahawa Bahasa Inggeris dapat membuka pengalaman sepanjang hayat dan bersama-sama para guru dan rakan kongsi kami, kami membantu orang ramai untuk belajar dan membuktikan kemahiran mereka dengan yakin kepada dunia. Kami melaksanakan usaha ini dengan mencipta pengalaman pembelajaran dan penilaian yang hanya datangnya daripada Cambridge. 

Ketahui lebih lanjut di www.cambridge.org/english

Cambridge University Press & Assessment menyerlahkan potensi berjuta-juta orang di seluruh dunia. Kelayakan, penilaian, penerbitan akademik dan kajian asal kami menyebarkan ilmu pengetahuan, mencetuskan pertanyaan dan membantu pemahaman.

Ketahui lebih lanjut di www.cambridge.org/what-we-do

 

Cambridge - Di mana dunia anda berkembang
Cambridge - Di mana dunia anda berkembang

Source: Cambridge University Press & Assessment
Keywords: Education Publishing/Information Service New products/services