omniture

Zoomlion Bawa ke Hadapan Pembangunan Pasaran Antarabangsanya dengan Strategi Penyetempatan dan Logistik Terpelbagai

Zoomlion
2022-06-27 08:58 77

CHANGSHA, China, 27 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion"; 1157.HK), sebuah perusahaan pembuatan peralatan berkualiti tinggi yang terkemuka, melaporkan pertumbuhan jualan luar negara sebanyak 51.05 peratus berbanding tahun sebelumnya pada tahun 2021, meluaskan lagi pembangunan perniagaannya dalam pasaran antarabangsa dengan penekanan penting untuk menggalakkan strategi penyetempatan dan penyelesaian logistik antarabangsa terpelbagai.

Pelbagai peralatan pembinaan digunakan untuk membina N'Djamena Stadium di Chad dibekalkan oleh Zoomlion.
Pelbagai peralatan pembinaan digunakan untuk membina N'Djamena Stadium di Chad dibekalkan oleh Zoomlion.

Zoomlion komited untuk menyediakan produk jentera yang berkualiti tinggi bagi menyokong pembinaan infrastruktur dalam pasaran luar negara dan telah mengambil bahagian dalam siri projek berprofil tinggi termasuk N'Djamena Stadium di Chad dengan 10 unit kren, mesin pengorek, jentolak dan trak pam konkrit disediakan dan projek metro Mumbai di India dengan kren semua-rupa-bumi ZAT4500H Zoomlion dipaparkan di lapangan.

Mengikuti strategi penyetempatan, Zoomlion juga telah menyesuaikan produk untuk pasaran luar negara. Pada 24 Mei, Zoomlion menyerahkan pesanan peralatan pam yang disesuaikan kepada Singapura yang menepati permintaan pasaran tempatan menerusi kecekapan tenaga dan prestasi yang andal. Mesin gerek terowong ZTR260 juga telah digunakan untuk bahagian F4 dalam projek lebuh raya E60 di Georgia yang meningkatkan kecekapan kerja dan keselamatan dengan ketara untuk salah satu projek infrastruktur yang terbesar dan paling penting di Georgia.

Dalam pada itu, Zoomlion menyertai pameran-pameran perdagangan antarabangsa termasuk World of Concrete di Las Vegas, A.S., Build Expo di Kenya, NAMP di Afrika Selatan dan KOMATEK Exhibition di Turki untuk mengekalkan hubungan yang erat bersama rakan-rakan kongsi di seluruh dunia.

"Kejayaan Zoomlion dalam pasaran luar negara ialah hasil daripada strategi pembangunan penyetempatan kami, dengan produk tersuai yang dapat menampung keperluan khusus pelanggan sebagai asas, kami juga menubuhkan pasukan kami sendiri di lapangan bagi mencapai model perniagaan hujung-ke-hujung," kata Li Bin, Timbalan Pengurus Besar Eksekutif Zoomlion Overseas.

Zoomlion mengukuhkan lagi strategi setempatnya untuk mewujudkan 10 tapak pengeluaran yang komprehensif dan 10 gudang alat ganti di seluruh dunia dengan pekerja tempatan mencecah 87% daripada jumlah keseluruhan kakitangan, menawarkan perkhidmatan dengan produk dan penyelesaian tersuai yang meliputi lebih 130 negara dan wilayah.

Zoomlion juga meneruskan dengan aktif pembangunan pasaran luar negara yang stabil melalui saluran eksport terpelbagai sebagai sebahagian daripada strategi penyetempatannya. Dengan menaiki kereta api pengangkut Changsha China-Eropah, masa logistik dari Hunan China ke negara-negara Eropah disingkatkan daripada 40 hari kepada kurang daripada 15 hari untuk pengangkutan laut pada kos satu perlima daripada pengangkutan udara, meningkatkan ketepatan masa logistik antarabangsa dengan ketara dan mempelbagaikan pilihan logistik antarabangsa antara Hunan dan Eropah.

"Pada masa akan datang, dengan kemajuan yang berterusan terhadap strategi penyetempatan dan penyelesaian logistik antarabangsa terpelbagai, Zoomlion akan berhubung dengan pasaran luar negara secara lebih baik dan lebih mendalam serta menyokong lebih banyak projek," kata Li.

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Keywords: Construction/Building Machinery Mining/Metals Transportation