omniture

Penjana Turbin Angin Luar Pesisir Shanghai Electric Direka Bentuk untuk Iklim China Siap Dipasang di Barisan Pengeluaran

Shanghai Electric
2022-06-27 09:04 148

SHANGHAI, 27 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Penjana turbin angin EW8.X-230 pertama Shanghai Electric Wind Power Group Co., Ltd. (Shanghai Electric) siap dipasang di barisan pengeluaran di kemudahan pembuatan Putian pada 10 Jun, mewakili pencapaian penting dalam pasaran pariti kuasa angin luar pesisir China.


Berdasarkan kepada platform Poseidon, EW8.X-230 ialah penjana yang direka bentuk untuk kelajuan angin sederhana-rendah yang biasanya dialami betul-betul di atas permukaan laut di luar garis pantai Cina serta tekanan berbeza yang dikenakan ke atas peralatan yang bergantung kepada arah angin.

Biarpun dengan purata kelajuan angin yang rendah, penjana dapat menyediakan penyelesaian yang menjimatkan kos untuk penggunaan angin sebagai sumber tenaga bagi memacu pembangunan ladang angin dan membolehkan China memenuhi sasaran puncak karbon dan keneutralan karbon ketika kita memasuki era pariti luar pesisir.

Menerapkan pengalaman selama 10 tahun Shanghai Electric dengan platform luar pesisir, platform Poseidon terkenal dengan reka bentuk bilahnya yang canggih, sistem dayung dan rewang yang andal, sistem penyejukan penggunaan tenaga yang cekap dan rendah serta sistem elektrik yang optimum. Penyelesaian pengeluaran, pengangkutan dan penyelenggaraan terbukti syarikat ini turut menyediakan asas yang kukuh untuk keandalan platform ini. Dengan teknologi rantai pemacu separa langsung generasi baharu yang amat disepadukan daripada Shanghai Electric, platform ini menyampaikan pengurangan ketara dalam kos kilowatt-jam dalam seluruh kitar hayat ladang angin.

Sistem ini menggunakan bilah gentian karbon 100-meter, memanfaatkan teknologi Sensor Roller pintar dan mengurus reka bentuk digital, pengeluaran serta O&M dalam seluruh kitar hayat. Dengan sistem kawalan LeapX yang terkini daripada syarikat ini, EW8.X-230 mengurangkan beban kendalian dalam seluruh sistem sekali gus mewujudkan saling hubungan pintar dengan sistem Fengyun Shanghai Electric untuk meningkatkan kadar penggunaan dan hasil pelanggan secara berterusan.

Berdasarkan kepada purata kelajuan angin tahunan 7.5 meter sesaat, sistem ini dapat menjana 28 juta kWj setiap tahun, memenuhi tuntutan kuasa elektrik tahunan 14,500 isi rumah dan dalam masa yang sama mengurangkan penggunaan arang batu sebanyak hampir 10,000 tan dan emisi karbon dioksida sebanyak 24,000 tan.

Latar Belakang Shanghai Electric 
Shanghai Electric Group Company Limited (SEHK: 2727, SSE: 601727) ialah sebuah kumpulan pembuatan peralatan bersepadu yang besar, mengkhusus dalam peralatan tenaga, peralatan perindustrian dan perkhidmatan pengintegrasian. Ia komited untuk menyediakan kepada pelanggan dengan penyelesaian untuk pengintegrasian teknologi dan sistem yang menggabungkan ciri hijau, mesra alam, kecerdasan dan Internet. Produk-produknya termasuk penjanaan kuasa arang batu dan peralatan korolari, penjanaan kuasa gas dan unit kuasa nuklear, peralatan kuasa angin, peralatan storan tenaga, lif, motor elektrik bersaiz besar dan sederhana, peralatan pembuatan pintar, internet perindustrian, perlindungan alam sekitar serta kejuruteraan dan perkhidmatan automasi, dsb.

www.shanghai-electric.com

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Mining/Metals Oil/Energy Utilities New products/services